Sunday, 3 July 2011

Nasib Baik Aku Tak Join .

Den maleh nak berpolitik, tetapi memandang ghamai pembaco Den terdiri dari anak-anak mudo yang mungkin suko berpolitik, mako Den nak sampaikan sikit messsage, manolaa tau kot-kot ado yang boleh menerimo, pada yang tak boleh menerimo Den tak kocik hati...masing-masing ado pandangan sendiri. bilo tibo bab politik ini.sensitif sikit banyak yang nak menorokam Den kalau Den tak sealiran dengan mereko.....kalau macam tu suko hati kau lah.. Niat Den cumo nak mengingekkan bondo yang Den ghaso baik....

Mengikut Ambiga perhimpunan Bersih yang dijangka  akan di teruskan secara aman sebagaimana yang dilancangkan . Perhimpunan ini dirancang ekoran dari timbul tangkapan bahawa pilihan raya Serawak baru-baru ini  telah dilaksanakan secara tidak ‘bersih’.  Dan seruan Ambiga ini mendapat “sokongan padu” dari semua golongan rakyat jelata “: kecuali komponen parti BN dan kroni-kroni sahaja”. Bersih di anjurkan oleh satu kumpulan NGO yang mendakwa tidak mewakili man-mana parti walau pun Ambiga secara khusus menyatakan bahawa’ ada di antara ‘gabungan ahli bersih “ yang menganggap ini sebagai salah satu cara untuk menumbangkan kerajaan BN. Maka Ambiga menjemput semua rakyat yang perhatin  supaya keluar beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut. Dan bagi menjustikasikan yang hak untuk mereka berhimpun itu adalah sah dan dibenarkan di bawah undang-undang, maka Ambiga merujuk kepada Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan  menyatakan bahawa : Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan di benarkan di bawah Artikel 10  tanpa membaca keseluruhan Artikel tersebut. Dan para penyokongnya pun menjerit-jerit memberi sokongan ya...hak mereka untuk berhimpun dibenarkan dan dijamin di bawah Perlembagaan.

Justeru itu Den merasa terpanggil untuk membantu Ambiga untuk menyampaikan apa yang dibenarkan di bawah Artikel 10 secara keseluruhan, bukan main ambik suku-suku atau sebahagianya sahaja.  Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);


  • (a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

  • (b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

  • (c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.
  • Kepada pengikut Ambiga..ambiga hanya mengajar sampai di pada ini sahaja. Ini yang Den nak sambungkan nie.....


(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:

  • (a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuanatau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

  • (b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam

  • (c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang  melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindungkan oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
CARA AMAN ATAU TAK AMAN : YANG PASTI INILAH KESUDAHANYA

Den malas nak mengulas lanjut berkaitan dengan ‘isu kempen bersih tersebut” kerana itu semua memanglah benda yang ideal dan kalau boleh kita nak ianya dilaksanakan tetapi Den lihat cara dan pendekatannya sahaja yang tak betul kat sini , sekurangnya dari pandangan mata Den sebagai rakyat biasa.  Apa yang Den pasti perhimpunan tersebut  TIDAK AKAN DAPAT MENCAPAI 8 MATLAMAT YANG HENDAK DI CAPAI OLEH AMBIGA DAN PARA ‘PENGANUTNYA’. Sebaliknya Ia akan membawa kemudaratan kepada sistem sosial dan ekonomi Malaysia. Den tak payah nak mengulas lanjut tentang ‘akibat’ dari perhimpunan ini kerana Den percaya pengikut BERSIH sudah tahu dan mereka mungkin menganggap bahawa itulah pengorbanan yang harus dibayar untuk mencapai matlamat mereka. Tak guna Den berhujah panjang pasal isu ini kerana Den percaya pengikut dan penyokong setia bersih pasti akan menolak dan menyangkal dengan hujah-hujah mereka. 

Begitu juga dengan group PERKASA dan Pemuda UMNO tak payahlah termakan dan terikut-ikut dengan cara BERSIH ini, nak menjadi samsing jalanan, taraf anda akan sama juga jik aanda juga turut menyertai perhimpunan haram walaupun niat anda nak membersihkan BERSIH.

Cuma message # 1 yang Den nak sampaikan kat sini kepada pengikut Ambiga dan penyokong bersih adalah  bahawa kebebasan yang anda semua rasakan untuk mengadakan perhimpunan pada hari tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang di benarkan di bawah perlembagaan, sebab ambiga walau pun dia seorang peguam, tapi dia tak membaca keseluruhan isi kandung Artikel 10 tersebut dan kalau dia bacakan pun mungkin dia tak faham itu sebabnya dia menyatakan perhimpunan pada 9 julai ini adalah dibenarkan di bawah undang…dan para penyokong dan penganut ajaran Bersih.....Yahooo..hidup Bersih ...!
ANDA BERSIH ATAU PERKASA ATAU PEMUDA UMNO   SAMA JUGA

Message # 2 , untuk para penyokong ambiga dan penyokong bersih, datanglah beramai-ramai ke perhimpunan haram yang telah di halalkan oleh Ambiga itu, nikmatilah kemeriahannya..rasailah detik kejatuhan system social dan keamanan Negara kita. Lagipun anda semua mungkin telah ‘jemu’ keadaan aman dan damai yang kita kecapi selama ini…sesekali nak juga merasa yang sebaliknya dan anda juga tentu ingin rasa macam mana yang dirasai rakyat di Iraq, Filipina, Thailand,Libya dan sebagainya…Dan anda semua jangan risau, jika  berlaku sebarang kekecohan dan pergaduhan , anda  ada polis yang akan boleh dipersalahkan, anda ada  kerajaan BN yang boleh dipersalahkan kerana gagal nak mengikuti aspirasi Ambiga dan rakyat. Dan masa kekecohan itu lah masa yang paling sesuai untuk rakan-rakan kita “uncle Sam dan “ yahudi” datang menyelamatkan Malaysia. Semoga niat anda untuk menyaksikan 8 tuntutan yang dilaung-laungkan oleh ambiga dan kuncu-kuncunya akan dilaksanakan rakan anda “Uncle Sam” dan Gyomin Master.

Message # 3 Sebelum anda bergerak  keluar dari rumah pada pagi hari tersebut, jangan lupa adakan bekalan untuk  bahan-bahan dapur , beras, gula , susu dan lauk pauk secukupnya sekurang-kurangnya untuk 7 hari, kerana jika anda di tangkap dan berpeluang untuk tidur di balai pasong, sekurangxnya anak bini anda tidaklah ‘kekurangan makanan’ dan kalau nak lagi bagus bawalah mereka bersama, sekurang-kurang mereka akan faham betapa susah dan pengorbanan anda untuk “membetulkan’ sistem pemerintahan negara yang serba tak kena nie “...Anda jangan risau fasal duit khidmat guaman jika anda ditangkap kerana Den pasti ambiga dan konco-konconya pasti akan datang membantu anda.

Message #4 . Jika anda datang membawa kenderaan, pastikan yang kenderaan anda mempunyai insurance yang cover “vandalism” dan “riot”.  Ini adalah untuk memudahkan anda membuat claim sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau kecalaran pada kenderaan anda selepas sahaja perhimpunan tersebut selesai .

Message # 5 : Semasa perarakan nanti, pastikan berapa ramai di kalangan anda adalah orang Islam dan Melayu. Ini mungkin boleh membantu anda untuk menyelang  selikan seruan HIDUP BERSIH dengan TAKBIR supaya perhimpunan tersebut mendapat keberkhtan dan juga kita yang menjerit-jerit akan mendapat pahala kerana sentiasa mengingatkan Allah. Kalau anda bernasib baik, berjalan bersama-sama dengan pemuda Cina, jangan lupa untuk berkenalan dengan mereka kerana, di dalam siri-siri perhimpunan haram yang dihalalkan oleh puak pembangkang memang susah nak mencari species pemuda cina ini. Anda mungkin bernasib baik jika dapat berkenalan dengan pemuda-pemuda cina ini kerana mereka ini besar kemungkinan jenis sespecies dengan Tiong Chua.

Message # 6.  Anda diingatkan bahawa tempat permulaan bagi memulakan perhimpunan tersebut adalah di Masijd Kg Baru, dan bukannya di sebuah kuil hindu di jalan raja alang, walaupun chief coordinator perhimpunan tersebut adalah Ambiga, tetapi ia tidak menjadi kesalahan untuk anda mula berhimpun di kuil tersebut , jika anda teringin sangat nak jumpa Ambiga , idol anda, antara orang yang memainkan peranan penting yang menyokong kemenangan semasa legal tussle Linda Joy untuk memurtadkan diri dan dibenarkan dari segi undang-undang..  Ini laa peluang yang baik untuk anda mengenali orang yang khabarnya  menyokong pemurtadan Linda joy...[sumber orang ramai...hehhee..Den tak tahu kesahihannya].

Message #7 . Anda juga dingatkan untuk membawa peralatan yangboleh membantu anda mengharungi sebanrang ‘bencana’ yang mungkin berlaku semasaperhimpunan tersebut. Jangan lupa membawa google, wet blanket, helmet dan juga baju hujan bagi menghadapi keadaaan di mana anda mungkin akan di simbah dengan air berwarna, gas pemedih mata dan juga takut-takut FRu terluku kepala anda.

Message # 8  anda jangan lupa membawa penyapu, plastik sampah hitam (saiz XL) kerana selepas perhimpunan selesai dan anda bernasib baik tidak turut di bawa masuk ke dalam lori biru.....anda boleh membantu pihak bandar raya untuk membersihkan kawasan yang telah digunakan semasa perhimpunan tersebut. Nama pun perhimpunan bersih, selepas anda selesai untuk berhimpun, jangan lupa pula nak membersihkan kawasan tersebut  maka sebab itu penyapu  dan plastik sampah  adalah berguna untuk anda bersihkan kawasan tersebut setelah selesai perhimpunan dan JANGAN PULA ANDA GUNAAN PENYAPU ITU UNTUK ‘MEMBERSIHKAN POLIS PULAK.....NANTI KAMU PULA YANG ANIAYA.
MASO TU DEN AKAN KATO  ""FUHHH NASIB BAIK AKU TAK JOIN"

Messsage # 9 : Kalau anda cintakan keamanan, dan bencikan kerajaan yang memerintah sekarang, daftarkan diri anda sebagai pengundi, tunggu sahaja masa PRU 13, dan pangkahlah PARTI  YANG ANDA SOKONG. Sementara itu, batalkan rancangan anda untuk membeli belah atau membeli tudung di kawasan tersebut pada minggu ini dan duduklah di rumah sekeluarga dan lihatlah apa yang berlaku di sana dan suasana perhimpunan tersebut dan pada masa itu Den gerenti anda akan kata “....NASIB BAIK AKU TAK JOIN SAMA”....sambil tu anda menikmati bubur kacang panas bersama keluarga anda, juadah minum petang hari itu yang disediakan oleh isteri anda.