Sunday, 10 July 2011

Looking For The Master .

Bila Den nyatakan bahawa sekarang ini ada ‘hidden hand’ yang nak memporak perandokan negaro kito Den pasti ghamai akan tergolak dan ado jugo kato yang Den dah melalut .Kalau ado yang beranggapan demikian Den tak kisah, sobab Den pasti ado jugak yang ingin tahu fasal “hidden hand” ini. Lagipun Den nak bagitahu sobab bondo ini elok dikhobarkan kepada orang ghamai, nak-nak geng-geng seIslam dan seMelayu Den. Terpulanglah pado pembaco nak terimo atau tidak.


Den bukan nak berpolitik,tetapi sobab bondo ini berkaitan rapat dengan isu keselamatan secara tidak langsung mako Den akan ceritokan apo yang tersirat di dalam kepalo Den bilo mano isu keselamatan dah terbolit samo di dalam sesawang politik. Bak kato Bro ol’rascal ..” Bidang politik tidak sama dengan bidang2 yang lain. Kita boleh mengatakan yang kita tidak minat pada bidang lain seperti sukan, hiburan dan sebagainye. ...”...Dan Den nak tambah , suka tak suka situasi politik tetap akan memberi  implikasi kepada kehidupan harian kita . Kesan yang paling ketara dan paling membimbangkan Den adalah implikasi keselamatan dan juga keutuhan bangsa kita, bangsa Melayu yang semakin menuju kehancuran.

Usaha-usaha hendak mencampuri urusan dalaman Malaysia dan nak melihat Malaysia antara negara yang boleh “diangguk-anggukkan dan digeleng-gelengkan “ oleh “hidden hand” ini sudah lamo . Ini adalah kerana Malaysia yang majoriti rakyatnyo beragamo Islam [sini tak Den leh nak kato sebagai Negaro Islam, sobab Den tak berkesompektan nak melangkah mayat org [sic] yang tak mahu mengakui bahawa Malaysia negaro Islam dan tak mahu nak berhujah dongan puak parti yang SANGAT ISLAM yang masih tak nak menerimo hakikat Malaysia adolah negaro yang menjunjung Islam sebagai agamo rasminyo.] Usaho ‘the hidden hand”[THH] ini yang pertamo sekali adolah mencari calon-calon yang sesuai yang boleh di ikek tangan dan kakinyo serta dipasang tali dikepalonya dan dalam bahaso yang mudah boleh dijadikan “puppet on the string”. Selain dari itu THH ini akan juga cubo mengunokan  group atau kumpulan tertentu yang bergorak atas pelbagai namo yang sengajo direko untuk mengabungi mato rakyat.  

Nak kenal individu-individu dan jugo badan NGO yang boleh dijadikan puppet ini bukan susah dan biasanyo dah terbontang di dopan mato, cumo nak mempercayoi bahawa mereko –mereko ini adolah “puppet’ kepada tangan-tangan dajal yang nak menjahamkan negaro ini  adolah amat susah sekali...terutamonyo bagi mereko-mereko yang telah ditanam hati sanubarinya bahawa kerajaan yang ado sekarang adolah corrupt. Justeru itu mesti ditumbangkan wak eee maa dongan apo caro sekali pun.{bilo Den menulis sebegini, dah ado diantaro hati kocik pembaco beranggapan bahawa Den dah mulo berpolitik lak..sabar dulu..jangan buruk sangko.....habihkan sesi pembacoan anda dan kemudian nilaikannyo}
SIAPA YANG MENJADI 'THH" ..?

Sebelum Den mengulas dongan panjang lebar lagi fasal THH ini dalam siri-siri penulisan Den yang akan datang , Den nak ulas isu corrupt ini dulu atau rasuah yang merupokan isu yang paling suko digunokan oleh THH sebagai isu hangat untuk memburukkan kerajaan. Bilo sobut ajo perkataan “rasuah”, perkaro yang pertamo terlintas di kepalo kito adolah orang yang rasuah tu, tak bersih, makan duit haram dan sebagainyo .Dan dah jadi budayo orang kito akan percayo membuto tuli bilo ado orang kato si anu tu kaki rasuah, kerajaan  tu kaki rasuah, mentori tu kaki rasuah..tanpa kito siasat atau lihat kes dan pertuduhan itu satu persatu. Dan dengan itu apo bila perkataan dan tuduhan rasuah itu di mainkan bertalu-talu..lamo-lamo bondo tu dah menjadi satu kepercayaan yang tak perlu di selidik lagi sama ada benar atau tidak yang orang yang dituduh itu benar-benar terlibat rasuah.

Den percayo dalam mano-mano kerajaan sekali pun yang ado hari ini unsur rasuah memang ado. Cumo dio kono tangkap atau tidak ajo. Tetapi di negaro-negaro maju lain di dunio, pemimpin dio orang tu mempunyai jati diri yang tinggi dan berhemah walau pun mereko tidak menganut agamo Islam. Jika mereko menuduh seseorang itu terlibat dengan rasuah, mereko akan kemukokan dengan bukti sekali dan mereko akan membantu pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah tersebut sehingga mereka yang dituduh akan didakwa. Tuduhan rasuah mereka tidak dibuat secara sembarangan dan mereka mengemukakan bukti supaya boleh diambik tindakan. Malangnyo kek Malaysia nie, scenarionyo lain sikit, asal ado orang yang berpengaruh tu kato, si anu tu rasuah, kerajaan tu rasuah ...habih suku sakat seluruh kampung akan percayo. Yang poliknyo orang yang menuduh tu tak ado bukti pun , main agak-agak dan berdasarkan prasangko ajo..itu pun dah cukup untuk membuktikan seseorang tu rasuah diMalaysia ini.  

Den pun polik jugo, sobab ghamai yang percayo bondo ini adolah Melayu yang beragamo Islam, minta maaf cakap kalau bangso lain , yang Den ponah kona, bilo kito kato pemimpin itu rasuah..dio akan sonyum ajo sobab ...”itu baik maa, lagi senang gua buak keleja “...Dan , Den lihat,rakyat jelato  hghamai yang membuka mato dan amat perhatian fasal isu rasuah ini, tetapi buto hati nak menyiasat  atau nak mengkaji kebenaran dakwaan tersebut sebaliknyo terus percayo. Den bukanlah nak mengatokan rasuah tu baik, ia memang tak baik..Den dulu pun pernah “mengenakan” beberapa orang atasan Den yang terlibat dengan isu tersebut, sehingga Den dinyahkan ...kalau tak dah bosa pangkat Den hari ini agakno..hahahaa....

Apo yang Den katokan kek sini adolah, isu rasuah adolah salah satu “elemen” yang sodap digunokan oleh puak-puak THH dan akan dilaung-laungkan oleh the puppets, tujuan ..ado duo....pertamo nak memporak perandokan sistem politik Malaysia, dan yang keduanyo, bilo keadaan mengizinkan mereko akan pastikan puppet mereko ini akan memerintah negaro ini . Dengan itu akan mudah mereko untuk mengawal dunio nie mengikut agenda mereko.

Macamano lak THH ini berkorjo untuk memastikan mereko dapek mencapai matlamat mereko untuk memporak perandokan Malaysia dan kemudiannya menguasai kepimpinan Malaysia....?..Ini dah kiro masuk cerito yang menjurus kepada perancangan yang strategik [grand strategy] . Bagi Den tak payah kito fikirkan yang jauh-jauh dan yang berbolit-bolit kerana sesawang grand strategy mereko amat rumit dan bercelaru dan kalau kito tak punyo ilmu yang cukup akan terbolit sendiri kek sesawang tu macam nyamuk terbolit sesawang labah-labah...dan kalau kito berjayo menyerangkaikannya sekalipun susah orang  ghamai nak percayo..baik kito lupokan pendoketan tu.  Sebonarnyoa ,bondo ini sonang dikosan..kalu  kito rajin meluncur di alam cyber dan bertanyo pada soalan-soalan asas...Who ?..What ?, Where ?, How..? Why ?..dan jawapanya...ohhhhhhh now I see.....!

Dalam dunio nie, yang Den tahu orang asia tenggaro, terutamonya bangsa Melayu adolah satu satu bangso yang suko belanjo orang makan atas sobab budayao kito. Bilo kito makan bersamo-samo kek kodai, biasonya [ado jugak yg kodokut, lopeh makan, bolom tibo bil dah declare...laaaa walet aku tinggal kat rumah laaaaa] . Tapi  biasonyo kito akan berlumbo-lumbo nak membayarnyo. Perkaro  yang samo jugo kito akan lakukan kalau kito makan semejo dongan orang yang baru kito konali.  Adokah bonda yang samo diamalkan oleh bangso-bangso lain, nak-nak group mat salleh ?. amat susah mereko nak membelanjo kito kecuali atas satu satu sobab sebagai balasan. Kalau tak mano datangnya istilah “ There is no such thing as free lunch”.

Point yang Den nak ketongahkan adolah budaya mereka  tidak akan suko-suko belanjo atau keluar duit macam itu sajo tanpa sebarang timbal balas. Dari sini, kalau kito rajin membuat pelayaran di internet dan lihat NGO, yang bergerak dan menyalak serta mencari kesalahan kerajaan kita, dan tanya diri anda dari mana sumber kewangan yang mereka perolehi untuk memastikan mereka terus menyalak dan menyalahkan kerajaan maka anda akan mendapat jawapan yang sukar untuk dibuktikan tentang siapakah di belakang mereka dan apakah motif mereka....tapi jauh di sudut hati anda akan bertanya. Adakah ini tangan-tangan yang tersembunyi yang nak menjahamkan negara....kalau jawapan anda positif...sekarang fikirkanlah bagaimana kita  harus ...memBERSIHkannya....!