Tuesday, 5 July 2011

Antara Den Atau Dia...

Den nak sambung balik pasal perjuangan Den yang bolom selosai sebagai pegawai undang-undang.  Semaso Den berkhidmat di dalam formasi yang akhir Den sebagai pegawai undang-undang, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang sering  “menimbulkan “conflict of interest” antara Den dan juga keperluan organisasi.  Di dalam masa yang samo Den selalu jugak berlago angin dengan beberapo orang pegawai memerintah unit. Den bukan lah nak berlagak hero atau nak jadi robin hood dalam kebanyakan kes, tetapi Den ghaso bilo Den diamkan atau tak ambik  port, Den tak seleso dan selalu jugak Den terjago tongah malam, dan bertanyo pado diri Den , adokah Den bersikap jujur dan buek apo yang sepatutnya di dalam menolong budak-budak (anggota) yang sering kali tertipu dan teraniaya secara tidak langsung disobabkan kenaifan mereko bilo tibo bab-bab undang-undang tentera ini.


Semaso Den berkhidmat di dalam formasi terakhir Den sebagai pegawai undang-undang, Den memang selalu dapek panggilan dari keng kawan dan juga anggota bawahan yang bertanyakan tentang hak dan masalah perundangan yang mereka hadapi. 

Ada satu kisah tu, pada satu potang, ketiko Den sodang asyik mengoreng ikan kek rumah, maso tu dah nak maghrib, Den dapek satu panggilan telefon. Den sebonarnya tidak mengonali pemanggil tersebut. Setelah dio memperkenalkan diri, dan menyatakan unit dio berkhidmat, dia mula memberitahu Den masalahnya. Menurut katanya:,  “ Tuan, road tax kereta saya telah mati, dan saya parking kereta saya di dalam kem, tetapi pagi tadi komandan telah mengarahkan agar kereta saya dihantar ke JPJ kerana kereta saya tidak mempunyai road tax.”  Lepas tu Den pun bertanya :

Den : Abih JPJ tu buat dengan kereta kau ?

Kpl X : Saya difahamkan bahawa JPJ tidak mahu mengambil sebarang tindakan dan mereka menyuruh orang yang membawa kereta saya tu balik ?.

Den :  OK, kalau macam tu apa masalah kamu lagi ?

 Kpl x :  Tuan, komandan saya telah mengarahkan supaya kereta itu dihantar ke balai polis pulak .Dan semasa sampai di balai polis , polis juga  tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana mereka menyatakan bahawa kereta saya walaupun tidak mempunyai road tax, tetapi tidak bergerak atau berada di atas jalan,maka dari segi undang-undang tidak salah . Maka polis pun menyuruh mereka membawa balik ke pasukan .

Den : ..Boto laa tindakan polis tu, abis apa pula masalah kau sekarang nie ? Di mana kereta kau tu sekarang ?

Kpl X : Tuan masalahnya, Komandan dah mengamok dan mengarahkan supaya kereta saya diletakkan di padang kawad pasukan dan keempat-empat tayar saya dibukak dan saya dimaklumkan bahwa saya hanya boleh mengambil kenderaan tersebut setelah saya membayar road tax ..

Den : Apo...??? Oh Mak oiiii...bosanyo kuaso komandan kau tu..! Tak poo, kau sms kek Den no telefon adjutant kau, biar Den cakap dongan dio.

Lobih kurang 5 minit kemudian, Den dapek sms no telefon adjutant Kpl tu, Kapt Zul namonyo. Den terus telefon  dio.

Den :  Kapt Zul ko tu ..? Saya Mej ..Den..PS 2 Undangx..MK...nak tanyo sikitlaa.
Kapt : Ya Tuan, tanya apa tuan?

Den :  Kau ado tak Kpl namonya.bla..bla...menurut kato dio kereto dio sekarang berada di padang kawad , unit....dan keompek-ompek tayarnyo dah dicabut, sobab tak bayar road tax.....boto ko ?

Kapt : Oh..yg tu Tuan, betul tuan, itu arahan dari komandan saya tuan .

Den :  Oh  mak oiiii...komandan kau guno undang-undang semerah padi ko..main sodap ajo buek peraturan . Kau tahu tak bondo yang komandan kau buek tu salah ? silap-silap Kpl X boleh saman dio ..kau tahu tak ?

Kapt : Tak Tuan, saya nak buat macam mana , itu arahan dia..

Den :  Laaa, kau nie...aku nak kau bagi tahu dio yang aku kato bondo ini salah. Aku nak dio suruh sesiapo pasangkan balik ke ompek-ompek tayar kereto tu dan kemudian sorahkan kereto tu  balik ke Kpl tu....kalau malam nie lopeh jam 9 , aku telefon budak tu dio tak dapek balik kereto dio.Aku akan telefon Dato dan aku akan pastikan besok komandan kau menghadap Dato....Kalau komandan kau tak pueh hati..suruh dio telefon aku..

Kapt  : ehhh OK tuan..kalau ada apa-apa nanti saya telefon tuan   balik.

Den : OK...Den tunggu nie...

Lopeh tu Den ghaso tak berapo seleso lak, fasal pandai-pandai guno namo Dato, walhal Dato sendiri tak tahu lagi kes tu. Lopeh tu Den terus telefon Dato dan bagi tahu apo yang Den arahkan pada adjutant tu. Maso tu Den ingek Dato tu baru lopeh main golf dan monang betting agaknyo . Bilo Den telefon dio kato

Dato :  hahhh....Komando ada apa nie ?

Den : Assalamualaikum Dato, Alaiii Dato, sorry ganggu Dato malam-malam nie...Dato baru lepas main golf ke ?...Actually Dato saya nak beritahu Dato bahwa...bla..bla... bla...kemudian saya telah arahkan adjutant dia untuk....bla..bla..bla...Lepas tu saya kata, kalau gagal....esok jam 8:30 , saya kata Dato nak jumpa komandan dia. ..kat office.....

Dato :  hehehe..pandai kau guna nama aku ya...! OK tak paa, kalau dia tak buat jugak macam cadangan kau tu, suruh dia jumpa saya esok...

Den : OK Dato..Terima Kasih Dato...

Fuhhhh...logo Den waktu tu...Dato tu,setakat nie memang tak pernah mengecewakan Den. Nasihat Den tak pernah lagi tak diikutkannya. Macam mana Dato tu baik dengan Den susah nak diceritakan. Den bukan kaki bodek..tapi Den tahu bahawa Dato ini, walaupun penampilannya agak tegas dan garang...hinggakan hanya pegawai staf gred 1 dan ke atas sahaja yang boleh berjumpa dengannya, tapi dengan Den dia ada buat exception. Mungkin sebab Den penasihat undang-undang dia sebab tu dia ‘ok’ dengan Den, atau mungkin sebab Den selalu berterus terang dengan dia, kalau tak baik dan tak betul Den kata tak betul, kalau betul Den kata betul....maka sebab itu dia baik dengan Den...

Berbalik fasal Kpl X tadi, kira-kira jam 10:00 malam Den dapek telefon dari Kapt Zul dan menyatakan bahawa komandan dah mengarahkan agar kereta tersebut dipasangkan tayar dan diberikan semula kepada Kpl X. Tetapi Kapt Zul kata, komandan amat marah dengan Den dan dia ada menyatakan bahawa Den kononnya nak jadi champion pada bebudak. Kapt Zul kata, esok komandan akan pergi berjumpa dengan Dato dan akan menerangkan keadaan yang sebenarnya. Dan menurut Kapt Zul, komandan memang marah benar dengan Den  dan beliau juga dijangka akan memberitahu kepada Dato atas ketidakpuasannya terhadap tindakan Den melayan kehendak bebudak Kpl X tu. Dalam hati Den lantak kau laa...esok kito tengok siapa yang kena.

Pada keesokannya pagi-pagi lagi Den dah masuk berjumpa Dato. Seperti biasa, kami akan bersembang fasal  ‘politik hari ini’ sebelum masok bab-bab kerja. Lepas tu Dato bertanya , apa tujuan den berjumpa dia pagi itu. Den pun terus kata, Dato, saya dimaklumkan bahawa komandan kayu akan datang berjumpa Dato fasal nak menerangkan insiden semalam. Sebelum dia menceritakan perkara sebenarnya, biar saya menceritakan kepada Dato apa yang terjadi semalam .Den pun bercerita ..dari a...sampai zz. Lepas tu Dato tu kata, alai kau jangan risau, aku nak tengok apa dia kata dulu, lepas tu nanti taulaa aku kenakan dia..”..Den golak bila Dato kata nak kenakan dia lalu Den kata pada Dato tu “ ..Tok...jangan sampai dia merah padam dan anta surat berhenti dah laa. Tok...”..kata Den dan terus keluar dari pejabat tersebut.

Kira-kira jam 8:30 komandan tersebut masuk berjumpa Dato, apa yang berlaku Den tak tau. Tapi kira-kira jam 0945, Den menerima panggilan dan suara tu familiar sangat dengan Den . “  Oii org muda kamu kat mana ?...sibuk ke ?...Datang jumpa saya sekejap ..” Wah Den dah tahu itu suara Dato Den dan nak jumpa Den. Den terus pergi ke pejabat dia . Bila Den masok aje, Dato tu suruh PA tu buat air untuk Den...Dan kami pun mula bercerita panjang...Dato tu maklumkan apa yang berlaku pada masa perjumpaan dia dengan komandan tu.  Menurut Dato tu, komandan tu marah sangat dengan Den sehingga mencadangkan kepada Dato supaya Den dikeluarkan dari formasi tersebut. Lepas tu Dato tu kata, alai aku pun nak jaga maruah dia juga aku kata akan aku pertimbangkan nanti...Lepas tu Dato tu tanya Den :” Kau rasa dia tu macam mana (komandan), sebab aku pun dah banyak dengar orang kompelin fasal dia .”..Den terus menjawab “ ...Dato to be frank, saya rasa  :he is not fit to be a commandant”..”..Kemudian Dato tu pun berkata..”.yea laa. Aku rasa juga..sebab dia dah banyak buat benda yang bukan-bukan.” Masa tu Dato tu mula bercerita satu persatu  kesalahan dan kesilapan yang pernah dibuat oleh komandan tersebut. Kemudian Den pun berkata “..Dato saya rasa dia pun lama jadi komandan , elok posting kan aje dia...”.. 

Dato pula seolah-olah setuju dengan cadangan Den dan masa tu terus mengangkat telefon dan terus bercakap dengan pengarah .....kor  komandan tersebut...dan antara lain butir yang Den dengar “...ohk.....I want him out by jan next year..is it ok ?.’..kemudian..ok..thanks , Dato tu terus meletakkan telefon dan berkata pada Den, “ Ok aku dah cakap dengan pengarah dia, jan depan dia akan diposting keluar ..(masa tu bulan okt)...kira-kira 3 bulan lagi komandan itu akan di tukarkan keluar”...kami bersembang agak lama juga, dan Den keluar dari pejabat itu ketika waktu hampir makan tengah hari.

Sebaik sahaja Den keluar , Den senyum panjang, niat komandan nak “memecat” dan memastikan Den diposting keluar dari formasi tersebut tidak tercapai sebaliknya dia pulak yang bakal diposting keluar. Dia tidak tahu bagaimana Dato tu akrabnya dengan Den, Den sendiri tidak pasti...tapi bak kata kawan Den, “...kalau di luar keadaan hujan lebat dan ribut petir dan Maj Den masok ke pejabat Dato, dan berkata “..Dato kat luar tu terang benderang “..nescaya Dato akan percaya cakap Den “....Maso Den kek formasi tu, Ketua Staff pun akan selalu jumpo Den sebelum  dia berjumpa dengan Dato kerana , kalau ada kes-kes yang panas dia akan mintak Den yang sampaikan kepada Dato...nantilah satu hari nanti Den akan cerita mengapa Dato nie percaya sangat kek Den..Buek masa nie Den nak golak dulu bila teringekkan ado orang yang berniat jahat dan nak memastikan Den  dipostingkan keluar dari formasi tersebut, sebaliknya dia pulak yang dipostingkan .GOD IS GREAT !