Monday, 20 June 2011

Without fear or Favor .

Selepas Den  tamat belajar di UiTM, Den telah menjawat jawatan Peg Undang-undang di Mk GGK, Kem Sg Udang. Bermula dari situ sehinggalah tahun ke 7  Den menjadi Pegawai Undang-Undang. Dalam masa 7 tahun tu, banyak peristiwa atau insiden yang berlaku yang mana semuanya gara-gara Den berpegang kepada prinsip “without fear or favour “. Sikap Den yang selalu berpegang kepada prinsip itu sebenarnya banyak mendapat tentangan dari rakan-rakan Den yang sama-sama menjawat Pegawai Undang-undang di formasi lain. Ada yang menganggap Den ini “ a liability to the legal community” di Sel Perundangan Tentera Darat. Sebabnya akan Den ceritakan satu persatu dan kemudian pembaca sendiri nilaikan. Den bertindak begitu bukan pasal nak jadi champion atau nak dapat populariti, tapi Den bersikap demikian kerana, niat Den tak nak menganiayai orang,itu posan arwah nenek Den dan omak Den yang tak akan Den lupo sampai bilo-bilo...Nenek Den selalu ingekkan Den maso Den kocik-kocik dulu ..” Czar..kau kalau kajo bosa dan ado pangkat esok, jgn aniya orang yo..tak baikkkk!”.Bondo tu InsyAllah akan Den pogang sampai Den mati...

Kes pertama Den adalah melibatkan kes seorang pegawai di tuduh AWOL (Absent Without Leave) selama 6 hari dan telah di rujuk untuk perbicaraan mahkamah tentera. Kes tu berlaku di sebuah Division lain, tetapi Den telah dipilih sebagai Ahli Kanan penasihat undang-undang di dalam Mahkamah Tinggi Tentera tersebut. Latar belakang kes secara ringkasnya, pegawai tersebut , telah dituduh AWOL selama 6 hari walhal dia tidak ada bekerja sebenarnya adalah 4 hari, tapi entah macam mana dio dituduh AWOL juga semasa hari Sabtu dan Ahad. Alasan yang diberi oleh pegawai tersebut adalah kerana dia sakit dan sedang mendapat rawatan cara tradisional, tetapi alasan tersebut tidak diterima dan beliau telah dirujuk untuk perbicaraan mahkamah tentera.

Semasa awal perbicaraan pegawai tersebut (Orang Kena Tuduh- OKT) telah membantah Den sebagai ahli mahkamah dengan alasan Den bukannya dari division yang sama (masa tu Den adalah Peg Undang-undang GGK) dan dia khuatir bahawa pemilihan Den sebagai ahli kanan mahkamah akan memberi implikasi berat sebelah dan mempunyai niat tertentu oleh pihak Pegawai Sidang. Walau bagaimanapun setelah berhujah  panjang di antara pihak pendakwa dan pembela akhirnya bantahan tersebut ditolak dan Den dibenarkan untuk terus menjadi ahli mahkamah. Semasa itu khabar angin hebat bertiup bahawa jika OKT tersebut jika didapati bersalah , beliau akan dibuang dengan keji dari perkhidmatan.

My Fav Film

Perbicaraan seterusnya berlalu dengan begitu lancar sekali,seorang demi seorang saksi pendakwa di panggil, kemudian di soal balas oleh pihak pembela , sehinggalah saksi pendakwa yang 11 kalau tak silap Den, pegawai penting. Sebaik sahaja selesai soal balas dari pegawai pembela, Den pun terus bertanya kepada saksi tersebut dengan pelbagai soalan sehinggakan saksi tersebut tergagap-gagap menjawab. Cara Den bertanya tu memang tidak ada perasaan untuk melindungi saksi sebagai pegawai. Bagi Den dia adalah saksi penting, Den dah tak kira pangkat dia, nasib OKT bergantung pada dia.

Sebenarnya banyak unsur-unsur yang boleh dipertikaikan di dalam perbicaraan tersebut, tetapi Den tak nak menceritakan kerana terlalu sensitif. Ada ketika tu, kaki Den beberapa kali di “sepak “ oleh YDP yang berpangkat Lt Kol , seolah-olah tidak bersetuju dengan soalan yang Den tanyakan kepada saksi tersebut dan mahu menghentikan Den dari menyoal saksi tersebut. Maso tu Den tak peduli akan tindakan YDP tu, bagi Den maso tu Den bertindak “without  fear or favor “...sehinggakan saksi tu tergagap-gagap menjawab soalan-soalan yang Den kemukakan. Setelah berpuas hati dengan fakta-fakta yang diberi , maka Den pun melepaskan saksi tersebut. Masa tu Den perhatikan saksi tersebut sangat marah dan mata nya asyik menjeling Den seolah-olah tidak berpuas hati Den soalan yang Den kemukakan. Masa tu situasi di mahkamah agak ‘tense’ muka YDP merah padam begitu juga dengan muka pegawai pendakwa, muka yang senyum yang Den lihat adalah muka OKT dan Peguam bela awam yang membela OKT.


Apa yang berlaku semasa ahli-ahli mahkamah membuat keputusan sama ada bersalah atau tidak dan kemudiannya menjatuhkan hukuman tidak dapat Den nak ceritakan kerana ia adalah rahsia terlalu sensitif . Di akhir perbicaraan , mahkamah menjatuhkan hukuman 6 hari tahanan gaji sahaja kepada OKT dan tidak dikenakan hukuman dibuang dengan keji sebagaimana yang di war-warkan. Hukuman tersebut merupakan satu hukuman yang tidak disangka-sangka oleh OKT sendiri .Hukuman tersebut tidak juga disukai oleh pegawai pendakwa. Dan semasa makan selepas perbicaraan Den melihat air muka YDP merah padam yang pada ketika itu sedang bercakap melalui telefon dengan boss dia  berkaitan keputusan perbicaraan tersebut.

Selepas perbicaraan , Den berjumpa dengan saksi ke 11 di luar mahkamah , dan belum sempat Den berkata apa-apa, saksi tersebut berkata ...”P@#i kau komando, kau ingat kau  boleh malukan aku kat dalam mahkamah ?”...kata saksi tersebut dengan marah. Masa tu semua anggota yang ada di situ memandang kepada Den. Den terus menjawab “...OK Sir first I am sorry if I offended you in the court, but it is all because you are the one who are trying to mislead the court..I just doing my job...if you are not happy with it, I suggest you write a complains...and for your information what I did were according to the law and regulations.”..dan  Den terus belah dari situ kerana Den tahu kalau Den tunggu lagi kek situ Den takut dio lak kono penerjang dengan Den. Dan lopeh tu Den pulak yang kono court martial.

Dalam perjalanan balik, Den ingat nak terus balik rumah sahaja dan malas nak pergi ke pejabat. Keputusan tersebut memang telah meng”upset” kan ramai pihak. Big Boss tidak bersetuju mungkin bagi mereka pegawai tersebut harus di berhentikan. Semasa dalam perjalanan , Den mendapat telefon dari PA Panglima GGK masa tu. Menurut PA panglima nak berjumpa dengan Den dengan segera di Markas GGK. Den yang pada waktu tu telah hampir sampai di rumah, terus berpatah balik. Dalam kepala Den dah tahu mesti isu yang sama akan ditanya oleh panglima. Sampai sahaja di markas Den terus masuk ke pejabat panglima. Panglima suruh Den duduk dan kemudiannya dia offer Den hisap rokok dia...Den ambil sebatang..{ jgn salah sangko ya, Panglima baik dengan Den sebab Den masa tu adalah penasihat undang-undang dia. Dan di memang mengenali hati budi Den }. Lepas tu panglima pun bertanya :
Another Fav Film

Panglima : Ha..aku dapat telefon , fasal kes mahkamah tentera tadi . Apa yang berlaku ceritakan kat aku .

Den :  OK Dato, actually tak ada apa-apa yang masalah pun Dato. Semasa sesi soal balas dari mahkamah ,saya ada bertanya saksi , iaitu saksi ..No 11..Dari jawapan yang diberi saya lihat dia tidak “memberi kerjasama sepenuhnya “ OKT. ( Sorry tak leh cerita secara detail part nie..)

Panglima : OK...pasal tu ke dia marah sangat kat kau.  ?

Den : Ya laa tu Dato, tapi saya tanya soalan dan semua prosedur yang saya buat adalah tidak menyalahi mana-mana peraturan.

Panglima : OK ...Kenapa hukumannya ringan sangat lak...sampai  ada yang  tak berpuas hati dan menganggap ia a “mockery” to the court ?

Den : ..Mockery ?...Dato , for your information, from my humble opinion, it is a mockery when somebody  first decided to refer the case to the court, because base on the evidence and the seriousness of the offence the officer should not been referred to the court , he should be dealt summarily..tapi apa sebab dia refer juga kes nie ke mahkamah saya sendiri tak pasti , mungkin ada agenda tersembunyi..

Panglima ;  So what do you think about the punishment ?

Den :  Dato, I think it is a fair sentence, if fact, if I strictly follow the rules , I will quashed the case because I believed that there is a “command influence “. Anyway, all was done in accordance with the rules and regulations and it was permitted by the laws...

Panglima : Ok , kalau macam tu aku tak kisah, janji apa kau buat tu tak menyalahi undang-undang itu yang aku nak tahu, sama ada dia orang puas hati atau tak bukan masalah aku...OK terima kasih...kau boleh pergi sekarang ..

DEN ..Thanks Dato, especially fasal memahami situasi ini. At least there is somebody want  to back me up .

Sorry sebab den tak leh nak cerita secara detail dalam kes ini. Apa-apa pun menurut naluri dan ilmu yang ada pada Den, pegawai tersebut tidak sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat dari itu. Den juga telah mengambil kira faktor yang dia dah berkhidmat hampir 16 tahun masa tu, mempunyai anak seramai 6 orang , isteri yang tak bekerja. Takkanlah disebabkan dia “absent” 4 hari dan itu pun masih  boleh dipertikaikan lagi dia dikenakan hukuman berhenti dan dibuang dengan keji. Bagi Den kesalahan dia tidak lah sampai merugikan harta kerajaan, menyebabkan hilang nyawa atau memalukan nama baik ATM sehingga ia perlu dihukum sebegitu berat sekali. Yang ponting selepas perbicaraan tersebut Den boleh tidur lena kerana Den tidak rasa bersalah kerana menjatuhkan hukuman sehingga ke peringkat menganiaya orang. Bermula dari kes tersebut dan beberapa kes yang berikutnya..Den selalu berlaga angin dengan ketua bahagian perundangan Den...Dia dok suruh buek sebab perkara itu adalah “wahyu”...Den tak bersetuju sebab Den berpegang kepada prinsip “without  fear or favor” di dalam melaksanakan tugas sebagai pengamal undang-undang ..(ehhhh dalam ATM ajo yo ..)