Saturday, 4 June 2011

Where Is MALAYSIA ?


RALAT : DEN MINTA MAAF KERANA ARTIKEL "I DID IT MY WAY"..TERPOSTING..DEN CUMO EDIT SIKIT BILO DEN PUBLISH..DIO KELUAR MACAM ARTIKEL BARU LAK...SORREY YEK...!

Dah menjadi satu impian dan harapan  mana-mana pegawai untuk  terpilih menghadiri kursus “Staff College”, sama ada di dalam mahupun di luar Negara .Kursus tersebut merupakan satu kursus yang  perlu dihadiri bagi  memudahkan peningkatan di dalam kerjaya masing-masing. Kalau di Malaysia kursus tersebut di adakan di Maktab Turus , di Kuala Lumpur  dan ada juga antara pegawai-pegawai yang terpilih untuk menghadiri kursus tersebut di luar Negara.  Mana-mana pegawai yang terpilih untuk menghadiri kursus tersebut di luar  Negara biasanya  dianggap  “elite” dan biasanya akan mempunyai peluang untuk dinaikkan pangkat berbanding dengan penuntut yang berkursus di dalam Negara. Walau bagaimanapun ia adalah satu andaian yang tidak berasas kerana kateria yang diguna pakai di dalam pemilihan untuk kenaikan pangkat di dalam askar ini adalah sama ada “ anda boleh diterima oleh pihak atasan” dan bukannya disebabkan kriteria yang telah digariskan seperti yang selalu di war–war kan .JIKA KAMU DIKEHENDAKI OLEH PIHAK ATASAN MAKA AKAN NAIKLAH PANGKAT KAMU. Den tahu statement Den tidak menyenangkan sesetengah pihak, tapi ini adalah hakikat yang sebenarnya. Tetapi bagi Den ini lebih kepada rezeki, kalau ada rezeki adalah kalau tak  nak buek macamano.


Tahun 2004 adalah tahun yang agak mengejutkan bagi Den. Ini adalah kerana sebelum itu, Den tidak  pernah disenaraikan untuk mengikuti kursus tersebut sama ada di dalam atau di luar negeri. Pada masa tu Den tak berapa kisah kerana, Den jenis kalau diberi Den ambil kalau tak , Den tak mintak. 

Entah macam mana pada bulan Feb , telah dipanggil untuk menghadiri ujian Bahasa Inggeris di Kedutaan Amerika, dan menurut maklumat, ujian tersebut adalah untuk memilih calon untuk mengikut kursus Staff College di  Marine Corps  University, Quantico, USA. Ada 4 orang pegawai  Komando yang telah dipilih untuk menghadiri ujian tersebut, dan Den adalah yang paling senior. Pada masa tu Den dah mendengar berita bahawa mula-mula Gerak Khas ingin menghantar 3 orang pegawai untuk menduduki peperiksaan tersebut dan nama Den memang tak pernah disenaraikan sama ada untuk calon berkursus dalam negeri apatah luar Negara, kerana BMI Den melepasi paras biasa..hahahhaaa..Dan Den  tidak ada “God Father” apa tah lagi pada waktu itu Den ada menimbulkan beberapa isu yang kontroversi dan menjadi kemarahan beberapa “pucuk pimpinan”  ATM. Isu tersebut akan Den ceritakan nanti . Den tahu kehadiran Den adalah hanya sebagai “pasu bunga aje”. Jadi Den tidak meletakkan sebarang harapan untuk terpilih. Tetapi Allah tu Maha kaya, setelah  berjaya mengatasi beberapa halangan yang sepatutnya tidak membolehkan Den pergi..akhirnya Den terpilih juga untuk menghadiri kursus Staff College di USMC walaupun pemergian Den banyak dipersoalkan . Sayangnyo Den tak sompek nak bawa keluargo  sekali fasal org ghumah Den maso tu tongoh sambong belaja laei..

Den tegobang ke USA dengan pesawat MAS dan nasib Den baik dapek duduk Bisnes Class lagi...Ooiii Mak oiii mogah boto ghaso Den. Dari KL ke LAX (Los Angeles) lobih kurang maso perbangan adalah kira-kira 18 jam. Den transit sekojap kek Taiwan dan kemudian terus   LAX. Sepanjang dalam kapal terbang Den makan tido makan tido. Sampai di LAX hari dah pagi. Malam tu Den naik kapal terbang menuju ke Dulles Airport, Washington....Sodar-tak sodar Den pusing ¾ dunio dalam maso 24 jam, ini dah kiro terror dah, sobab dalam cerito Jules Vernes pun dio orang ambik maso 80 hari nak keliling dunia. Den dari KL-Taipei-Jopon –LAX –Dulles. Sampai di Dulles, lopeh ambik bagasi Den mulo tercari-cari wakil USMC yang sepatutnya menunggu Den. Wahhh maso tu Den ghaso mogah jugak, orang putih kono tunggu Den dan bawak Den ke Quantico. Tibo-tibo Den nampak ado seorang pegawai Marine US, pegang playcard dan tertulih namo bapak DEN...”Major Taliban...Den “..Woit, bilo pulak bapak Den jadi Major nie..Maso tu otak nakal Den dah mulo nak perkono Pegawai Marine berpangkat Lt Kol tu. Den terus keluar dan perkono rokok sebatang..sambil sajo membiarkan Pegawai tu tertunggu-tunggu dan tercari-cari Den. Bilo laei nak perkena mat salleh nie..inilah masonya .Den jadi Tuan biar dio pulak  jadi “babu” Den.

Kiro-kiro 15 minit kemudian Den menghampiri Mat Salleh tu dan perkona diri. “Morning..I guess I am the one who are you looking for..”kato Den. Lt Col tu tanya”..Arhhh..are you Major Taliban..?’’ Den sajo buek bodoh dan jawab “...No..I am Major Den..Taliban is not a major , he is my father”..kata Den. “ Well sorry that is how we address people formaly, here,we call by surname “..respon Lt kol tu. “Well it is not how we address people back ini Malaysia..and it is sensitve and a taboo in Malaysia to call us by our father’s name”..kato Den. ‘ oh ..I am sorry then,I will call you Major Den, is it ok with you ?..”Yes of course..”..(Dengan lagak ghayo  si Labi dalam file Labu Labi). Lopeh tu dio kato “ OK I think we better make a move now , our transport is here and let me help you with your luaggages”...kato Lt kol sambil menolak keranjang bagasi Den. Den maso tu tak menolak pun hajat dio nak menolak keranjang bagasi Den. Maso tu Den terfikir yang dulu-dulu kito selau diperhambokan orang putih ,kali nie Den nak perhambokan dio orang.Maso tu dalam hati Den berkato “ Kalau orang kampung Den tengok, tontu dio orang .kato..”wah boso boto pangkat si Den tu yo,pegawai  orang putih pun kono angkek beg dio tu..”...hahahaa..golak Den dalam hati.

Perjalanan dari Dulles Airport ke Quantico memakan  maso lobih kurang  45 minit. Semaso dalam perjalanan Lt Col  Page (USMC – Pegawai Tadbir USMC Staff Collage)mulo bersembang dengan Den. Dio tanyo fasal kelurgo Den, unit Den dan sebagainya. Kemudian dio tanyo satu soalan paling bodoh dan tak bertamadun, (Insult my inttelligent) ..”Major Den, sorry to ask you about this “..Actually where  exactly Malaysia is located..? Well I know that it is in South East Asia but I am not that sure..where is it?..[.Den percayo yang pembaco sendiri tak kan percayo si Lt Kol Page tu  tanyo soalan macam tu ..tapi itu yang sebonarnyo dio tanyo…tapi bak kato Siti….PERCAYOLAA.”.]. .Pinnnnnnnnnnng…maso tu Den ghaso begitu dihino sekali oleh Lt Kol Page nie. Takkan lah soalan itu dio tanyo kek Den..seolah-olah Malaysia nie dudok ke corok dunio…kalau dio tanyo Batu Kikir ko, jolai ko, Ineh ko”…buleh jugak Den terimo ini dio tanyo MALAYSIA. Tapi maso tu Den cool lagi diatas ketidakdiplomasinyo soalan yang diajukan. Lalu Den jawab..”

Den :  OK…Sir you know where is Singapore ?’

Lt Col Page; Yes…I heard that it is a modern and the most advance nation in South East Asia.

Den  OK. …that’s is true …and Now..Do you know where is Thailand ..?

Lt Col Page  ;Yes ,I know , it share a same border with Cambodia and Myanmar.

Den ; OK..That’s is true also…Do you know, Philipines ?...

Lt Col Page   Yes I Do…it used to be US Colony, and where the famous Gen Mc Arthur uttered his famous quotes, …” I SHALL RETURN..”where..he has made a pledge during his withdrawal to Aust from the Japanese Invasion inWW II .

Den  That’s rite , And Do you know where is SUMATRA..a part of Indonesia province ?...

Lt Col Page; Yes…I know that and that is where the Indonesian govt are having troubles with Acheh Separatist Group…

Den  That's good, you have  a good knowledge about the nations that I have mention to you….

Lt Col Page : Well I used to do a lot of reading …(kato Lt Kol dengan bangga..Kemudian dia kata)”…Well you still did not answer me “..Where is Malaysia”…

Den: You still want to know where Malaysia is ? [Tanyo Den, dan dio mengangguk kepalonyo dan Den torouh jawab ) Well ..Malaysia is a beautiful muslin nation,  which Dato Seri Mahatihr is it PM and the country is located on the North of Singapore, South of Thailand, West of Philipines and East of Sumatra…and the center on the said counties, is  a country where I came from and known as MALAYSIA!

Lt Kol Page mungkin sedar bahawa Den sebenanrya memerli dio dan terus menjawab.”.Welll thanks,now I have a better understanding”. Lepas pada tu Den dah maleh nak bersembang dengan dio. Dalam hati Den berkato..”Apo laabodonyo Pegawai Marine ini, tanyo soalan macam tu, Dah tahu nak ambil  delegates dari Malaysia, kurang-kurang buatlah internet search ..pasal Negara Malaysia, ini tak ..bodoh dan luruh bendul boto.

Sebonarnya Den memang terghaso sangat bilo dio tanyo soalan macam tu. Setelah beberapa hari disana, barulah Den tahu yang kebanyakan orang Amerika ini punyo  pengetahuan umum lobih-lobih lagi dunio luar memang tahap macam gitu…Sejak hari tu , Den memang ghoram ajo dengon LtKol Page tu…seolah-olah dio nak mengondahlkan orang Malaysia nie. Kiro-kiro sebulan kemudian Den dapek peluang nak “memalukan “ Lt Col Page nie.

Sebagai tradisi, semua pelajar asing dikehendaki memberi “country  brief”  kepada semua penuntut dan kakitangan USMC Staff College. Ini lobeh kurang macam nak memperkonakan negaro kito, budayo dan caro hidup kito. Bilo tibo gelaran Den untuk membori “country brief ..” Slide pertamo Den  yang Den persombahkan  adalah gambar seekor Orang Hutan tongah gharu keplao,( animated) dan seperti berfikir “..WHERE IS MALAYSIA”…Bilo slide tu keluar ajo ….ghamai yang tergolak… dan Den sajo tulih  PAGE ONE…kek bahagian bawah slide to seolah-olah NO SLIDE..tetapi niat Den ialah nak menggambarkan yang orang hutan itu adalah Lt Kol Page. Bilo slide tu keluar , memang ghamai yang tergolak…dan maso tu Den perasan yang Lt Col Page, hanyo diam ajo…Den ghaso mungkin dio terghaso tu..Lopeh tu slide kedua Den masokkan peta (SATU PERSATU)..mulo Singapore, ke bhg bawah,lopeh tu philipine kek boleh kanan, lopeh tu thailand kat bhg ateh, lopeh tu Sumatra kat bahagian kiri…last sekali  “flyin in….PETA MALAYSIA…..dan Den kato …WELL LADIES AND GENTLEMEN… THIS IS WHERE MY BELOVED COUNTRY IS LOCATED….THIS IS MALAYSIA.!!! Maso tu ghamai penonton yg topok tangan dan golak dengan caro persombahan Den..

Lopeh ajo persombahan Den, ,macam biasa, ado jamuan. Biasonyo sebagai “host”, pelajar digalakkan membawa makan tradisional atau makan kebiasaan yang popular dari negaro masing-masing. Memandang maso tu Den datang tanpo keluargo…mako Den sediokan nasi goring yang sengajo Den buek podeh-podeh..Ghamai penonton yang try nasi goring Den sikit ajo, sobab terlampau podeh..Den guno chili padi siam yang dah di blend dan dibotolkan Geng Indon dan Thai pun tak sanggup makan pasal podeh. Lalu Den ambik dan isi sepinggan ponoh. Kemudian Den bori kepado Lt Kol Page dan suruh dio cubo….maso tu Den kato..” Sorry sir…in my  country it is ok not  to accept  any food given by somebody. BUT  if you have accept it, you must finish it..if not it we be seen as a disparagement to us.”. 

Bila dio dongar ajo kato Den tu, mungkin pasal di ghaso kali ini kono hormat sikit dengan budayo Den (yo..ko..mano ado  budayo kito macam tu, Den sajo reko ajo, niat nak perkono si Page nie..) Lt Kol tu mungkin ghaso serba salah pun yo..lalu dio terus duduk sebolah Den makan nasi goring Den yang podeh berapi tu… Den tengok nak golak pun ado, kesian pun ado…dio tolan sesudu, dio togok air duo tiko kali..muko dio pun dah naik merah, nak-nak part ke telingo dio tu…Sambil tu Den layan sembang dengan dio..dio tak banyak bercakap, mungkin dio tongah berusaha untuk menghabiskan nasi goring Den..Maso tu Den tengok leher, telingo, pipi dio dah merah menyalo dah…Den sembang bersahajo...dengan dio..dan kato akhir Den selopeh dio menghabihkan nasi goreng tu ..”Well Sir , thanks I really appreciate you effort to finish the food even it is hot…well now I think you not only know where is Malaysia, but you also had a better taste of Malaysian food”…Lt Col Page…maso tu..golak pon tidak, sonyom pon tidak..toroh berkato..OK..thanks for the  food , well it’s good even it is spicy a bit “…dan minta beredar…Maso tu Den terfikir dan berkato dalam hati…Alai…Page..jangan nak carma laa…Den tahu kau tak suko makan tapi terpakso makan sobab nak jago hati Den…tak payah puji-puji Den…!!!