Sunday, 26 June 2011

U STRIP OFF...I... STRAP ON

Sebagai Pegawai Undang-undang , selain dari mengendalikan kes-kes untuk perbicaraan Mahkamah tentera, Den juga terlibat di dalam menyediakan dokumen untuk kelulusan pihak berkuasa tinggi di dalam meluluskan beberapa hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pegawai Memerintah atau Komandan di unit-unit bawah naungan formasi. Bab ini pun selalu menimbulkan kontroversi antara Den dengan beberapa pegawai memerintah atau komandan . ini adalah kerana ada di antara perbicaraan terus yang di laksanakan adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang. Walau bagaimanapun perkara ini banyak tidak diketahui oleh para anggota. Justeru itu ramai di antara anggota yang dibicarakan secara terus “sering kali tidak mendapat hak yang sebenarnya”..dan ada di antara mereka yang telah disalah bicara tanpa di ketahui oleh OKT sendiri. Ada juga antara PM atau komandan yang membicarakan orang main ikut sedap hati dan menjatuhkan hukumannya secara salah.  Walau bagaimanapun perkara ini ramai tidak diketahui oleh pihak umum dan jika ada pun ramai di antara mereka yang buat-buat tak tahu.

Ramai anggota yg tidak tahu pasal  undang-undang Tentera menyebabkan ramai yang merasa  Akta 77 hanya untuk Pegawai Menindas LLP  sahaja.
Ada satu ketika itu, Den telah mendapat permohonan kepada pihak berkuasa atasan (Panglima formasi)  untuk meluluskan hukuman “penurunan pangkat” dari sarjan ke Pbt oleh seorang Komandan. Dari segi dokumentasi , memang tiada yang cacat celanya. Semasa Den membuat “memo;” untuk mendapat kelulusan Boss Den berkaitan dengan permohonan tersebut, Den telah dimaklumkan oleh staf Den bahawa Komandan  tak patut  menjatuhkan hukuman tersebut. Den pun bertanya kepada staf Den kenapa beliau berkata demikian. Staf Den kato :” Tuan , sarjan nie dah dibicarakan dua kali sebelum ini atas kesalahan yang sama. Pertama dia dituduh di bawah Sek 63, tidak ada di perbarisan dan dikenakan hukuman  Ketua Pengawal, kemudian di tuduh atas kesalahan tidak mematuhi perintah tetap dan dikenakan hukuman, kawad dan akhir sekali dia dituduh tiada di tempat pengawal dan telah di jatuhkan hukuman “strip of “ rank dari Sarjan ke pbt. Kesalahan yang sebenarnya dilakukan oleh Sarjan tersebut adalah tidak hadir sebagai ketua pengawal. Walaupun ia hanya melakukan hanya satu kesalahan, tetapi dia telah dikenakan dengan tiga pertuduhan. Pertuduhan tersebut telah dibicarakan secara berasingan pada tiga tarikh yang berlainan dan telah dikenakan dengan tiga hukuman dan hukuman yang ketiga iaitu “strip of rank”perlu mendapat kelulusan dari boss den.

Bila Den mendapat maklumat tersebut, Den terus menelefon Adjutant unit tersebut. Pada mulanya adjutant tidak menceritakan hal yang sebenarnya, dan menyatakan bahawa tiada perbicaraan lain yang telah diadakan sebelum perbicaraan yang  menyebabkan penurunan pangkat Sarjan itu di buat. Bila Den mendapat maklumat tersebut, Den terus panggil staff Den dan bertanya dari mana dia mendapat berita tersebut. Menurut staff Den, berita itu diterima dari Sarjan yang kena tuduh  itu sendiri. Bila Den dimaklumkan sedemikian Den jadi marah lak, sebab Adjutant dia baru sahaja menerangkan keadaan yang sebenarnya. Den tak puas hati, Den terus maklumkan kepada staff Den, “ Ok , esok kau ikut saya,  kita pergi ke unit....di Port Dickson. Saya nak jumpa OKT tersebut dan kemudiannya saya nak jumpa Adjutant...tapi kau jangan maklumkan akan kehadiran kita. Saya nak dapat kepastian fasal isu ini.”

Tujuan Den ke sana adalah  untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan kes yang dilaporkan itu. Ini adalah kerana, dari pemeriksaan dokumen yang dibuat, Den lihat  tidak ada alasan untuk memaklumkan kepada boss Den bahwa permohonan tersebut tidak di sokong. Jika betul seperti apa yang di dakwa oleh staff Den, maka Den tidak akan membuat surat sokongan supaya permohonan untuk perlucutan pangkat itu di luluskan oleh boss Den. Jika Den berbuat demikian, ini bermakna maruah komandan akan tercalar dan pasti akan menimbulkan kemarahan kepada dia. Selain dari itu perkara tersebut akan juga memberikan satu gambaran yang tidak baik kepada komandan kerana “telah salah membicarakan OKT”. Jika ini berlaku sudah pastilah maruah dan kredibilitinya akan turut tercemar.
For those who used law to suppressed his subordinates  

Keesokannya sebaik sahaja Den sampai di unit tersebut, Den terus mengarahkan staf Den untuk memanggil sarjan tersebut dan  berjumpa di kantin. Semasa di kantin, Den telah bertanya dengan sarjan tersebut perihal kes beliau. Apakah kesalahan yang telah dilakukan dan bagaimanakah perbicaraan terus yang dilaksanakan oleh Komandan ke atas beliau.  Dari cerita beliau.,beliau telah gagal untuk menghadiri diri semasa perbarisan pengawal malam. Walau bagaimanapun beliau telah dipertuduhkan dengan tiga pertuduhan secara berasingan dan dibicarakan secara berasingan. Sebelum ini beliau telah dikenakan hukuman kawad kaki dan pengawal tambahan dan kedua-dua hukuman tersebut tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa atasan. Semasa perbicaraan kali ketiga, beliau telah dikenakan hukuman “dilucutkan’ pangkat ke Pbt atas kesalahan tersebut. Jika dilihat dari keseluruhan kes tersebut, dia hanya melakukan satu kesalahan, tetapi telah dibicarakan atas tiga pertuduhan. Kesemua pertuduhan tersebut di bicarakan secara berasingan. Dari segi prinsip perundangan terdapat unsur-unsur  “mala fide prosecution. ( pendakwaan dengan niat jahat) dan ia menyalahi prinsip natural justice. Setelah mendapat pengesahan dari Sarjan tersebut, Den terus bergerak menuju ke markas unit untuk berjumpa dengan adjutan.

Semasa Den sampai di pejabat Adjutant, Den lihat Adjuntant tu biasa sahaja  seperti tiada mengesyaki apa-apa tentang kehadiran Den . Setelah di jemput masuk ,Den pun berkata kepada adjutant ;

Den ; Bro aku nak tanya sikit laa,fasal kes Sarjan bla..bla..Semalam kau kata bahawa sebelum nie dia tak pernah dibicarakan oleh komandan atas kesalahan tidak menghadiri perbarisan pengawal pada ...bla..bla.. Betul ke ?

Adjt ;  Ehh ..tuan, saya minta maaf bukan saya nak tipu tuan, tapi  benda ini datang dari  boss saya. 
Sebabnya memang sarjan tu dah dibicarakan dua kali sebelum ini..Pada ...hb...dan pada .....hb...Tapi saya tak berani nak memaklumkan kepada tuan , takut saya kena dengan boss saya.

Den:  Kapt  bla...apa laa kau nie, kalau benda tu salah awat kau takut lak, kau beritahu ajelaa, ini tak kau pulak boleh bersubahat,. Sekarang aku nak tengok kedua-dua dokument perbicaraan terus sebelum ini yang telah di buat ke atas Sarjan tu.

Adjt ; ok tuan sekejap ya, saya suruh chief clerk dapatkan dokumen tersebut.

Den :  Aku nak tanya kenapa kau nak sorokan hal ini ? Kenapa kau tak nasihatkan komandan yang benda dia buat tu salah. ?

Adjt : alaah tuan, saya dah nasihatkan dan saya kata tak boleh buat macam tu. Dia kata apa fasal pulak tak boleh, dia tak di bicarakan sekali tetapi dibicarakan secara  berasingan jadi tidak ada masalah tentang prosedur tersebut.

Den:  oiii mangkuk, itu kes aniaya namanya.  Kalau nak letak tiga cas untuk satu ‘perbuatan kesalahan tu memanglah melanggar prinsip natural justice dah tu kenapa tak bicara sekali, nie nak bicara asing-asing lak...kan fakta kes sama, saksi sama..tak  ke nak mengenakan orang namanya kalau  dibicarakan 3 kali dan beri 3 hukuman untuk satu kesalahan.?

Adjt:  Betul tuan, tapi tuan tahu laa komandan saya macam mana . dia mana nak dengar kata orang macam saya nie.

Den :  Ok, aku nak tanya , dia ada tak ?, aku nak jumpa dia..

Adjt  : Dia ada tuan, kalau tuan nak jumpa dia saya maklumkan.

Den : Ok , kata aku nak jumpa .

Selepas Den periksa dokumen perbicaraan  tersebut, Den terus masuk berjumpa dengan komandan.

Komandan :  Haaa..mr komando , ada apa nak jumpa aku nie..

Den ; Tuan sorry ya , actually saya nie singgah sekejap sahaja, nak bagi tahu tuan pasal kes Sarjan bla..bla..

Komandan : haaa kenapa lak kes dia ? Apa dokumen permohonan kelulusan strip of rank tu tak lengkap ke ?

Den ; Tak Tuan, dokumen tu ok, Cuma saya dapati prosedur perbicaraan tu tak ok. Tuan silap bila tuan kenakan dia dengan tiga pertuduhan dan tuan bicarakan sebanyak tiga kali secara berasingan.

Komandan ; Apa pulak silap, kan benda tu dibenarkan di dalam undang-undang?.kau tunjuk kat aku mana peraturan mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan secara berasingan serta dikenakan hukuman secara berasingan. !

Den ; Tuan , saya sendiri tak jumpa isu seseorang itu tidak boleh dibicarakan berasingan dan boleh dikenakan hukuman secara berasingan. Tetapi masalahnya ia berlawanan dengan konsep natural justice . kenapa tuan tak bicarakan ketiga-tiga kesalahan itu sekali dan kenakan hukuman yang paling berat sekali .? kenapa tuan mesti bicarakan dia tiga kali dan kenakan hukuman tiga kali ?

Komandan ; itu aku punya suka, hak aku. Aku nak bagi pengajaran kepada anggota aku bahawa aku tidak akan berkompromi  dengan kes-kes perlanggaran disiplin.

Den ; Kalau tuan dah cakap macam itu saya tak nak cakap panjang lagi laa. Cuma saya nak bagi tahu , bahawa saya mungkin akan mensyorkan kepada dato supaya tidak meluluskan hukuman tuan itu.

Komadan;  You  do what you have to do...i will calll and explain to Dato ..

Den : Ok lea tuan kalau macam tu saya minta diri dulu.

Den terus keluar dan sebelum balik Den sempat memphotostate dua dokumen perbicaraan yang terdahulu.  Den terus bergerak balik ke markas dan Den tak berhenti makan tengah hari pun. Kira-kira 1:30 kemudian Den sampai di office.  Staf lain bertanya kenapa Den datang balik ke office, sebab biasanya kalau Den out station Den tak akan balik ke office. Den malas nak jawab dan staff yang ikut den tadi pun memberi isyarat kepada staff yang lain , seolah-olah jangan tanya banyak soalan sebab “ Tuan Den tongah paneh ‘...

Potang tu juga Den mengarang memo berkaitan dengan permohonan perlucutan pangkat Sarjan  tadi. Antara lain memo tu Den tulis “.Staff berpendapat bahawa YBhg Dato,  TIDAK SEHARUSNYA MELULUSKAN permohonan untuk pelucutan pangkat dari SARJAN ke PBT...yang dibuat oleh Komandan...atas sebab-sebab berikut ;...

A.      PENDAKWAAN DIBUAT SECARA MALA FIDE DAN MEMPUNYAI NIAT JAHAT.....bla..bla,..

B.      OKT telah dibicarakan dua kali sebelum ini atas kesalahan yang sama dan telah dikenakan dua hukuman....ini adalah merupakan kes penganiayaan kepada OKT.

C.  Sekiranya YBhg Dato meluluskan, maka YBhg Dato , turut terlibat di dalam melaksanakan satu hukuman yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan menyalahi konsep “natural justice”.

Sebaik sahaja siap memo tu den terus pergi ke pejabat bos Den. Seperti biasa, kalau Den masok bos den akan suruh duduk dan mula bersembang fasal benda-benda ‘lawak ‘ dulu sebelum berbincang fasal kerja.  Dato den tu memang tegas dan ramai pegawai takut dengannya. Kemudian Den dengar dato tu kata ‘..ini mesti fasal sarjan bla..bla..nie..Tadi komandan dia ada telefon, dia marah sangat dengan kau komando..apa kau kata kat dia ?..Seterusnya Den terus menceritakan fasal kes tersebut, fasal perjumpaan dengan adjutan dan juga dengan komandan Lepas tu Dato tu tanya Den ‘ what is ur advise in this case “...Den jawab ; ‘Dato, saya cadangkan Dato JANGAN LULUSKAN PERMOHONAN TERSEBUT.”.Bila Den berkata demikian,Dato tu senyap sekejap dan berkata ‘...susah juga nie, ini maruah dia sebagai komandan, apa pula orang kata, malu nanti dia ..”.Den terus menyampok “..Dato saya rasa lebih baik kita memalukan orang dan dalam kes ini bukan niat kita, daripada kita menganiaya sarjan tu tu “...Dato bayangkan kalau sarjan tu ‘strip off’ rank dia sampai prebet . gaji dia pun akan luruh jugak, macam mana dengan anak bini dia, sedangkan dia dah pun dihukum dua kali atas kes yang sama. Setelah berfikir agak lama, kemudian Dato tu kata ..Ok laa, saya setuju, STRAP ON balik pangkat sarjan dia tu. Maso tu Den sonyum lebar, Den terus hulur dokumen yang Den siapkan dan minta dato tandatangan, keputusan  TIDAK MELULUSKAN PERMOHONAN UNTUK MELUCUTKAN PANGKAT TERSEBUT....Dato terus sign dan lepas tu , Den terus bersembang dengan Dato tu sampai waktu nak balik......Dalam hati Den puas, komandan nak marah ke nak buat apa ke Den tak kisah , yang pasti, pangkat sarjan tu tak jadi nak di Strip off kan..dan komandan tu berjaya DIMALUKAN OLEH DEN HAHAAHAHAHA.....!!!