Wednesday, 1 June 2011

Smell..Smell..1,2,3..Got More.

Ado dari pembaco Den yang mengadu tergeliat lidahnya sebab membaca blog Den..pasal tu Den minta maaf sebab kalau boleh memang Den nak gunakan bahasa Malaysia standard atau bahasa inggeris lagi standard kan ?. Tapi kadang;kadang tu bila guno bahasa Malaysia, Den dah biasa dengan loghat  Den rasa laju nak menaip dalam bahasa loghat tersebut  Nak guno bahaso Inggeris Den kurang mahir lak. Apa-apa pun Den akan cuba menulis semudah boleh supaya apa yang cuba disampaikan akan dapat diterima dengan mudah. Seperti kata  pujangga, permudahkanlah kamu di dalam sesuatu urusan supaya kamu dipermudahkan. Den rasa walaupun bahasa Den tidak berapa baik tapi Den percaya pembaca masih buleh mendapat message yang cuba Den sampaikan. Hajat hati nak menulih dalam bahasa Inggeris baru standard boto, tapi bilo Den fikirkan, yang Den sendiri tak mahir dan baik di dalam penggunaan bahasa itu, takut apa yang Den tulih tak dapat Den nak sampaikan dengan baik, maka Den lupokan ajo niat Den tu.


Bercakap pasal penggunaan bahasa Inggeris, Den masih ingek lagi semasa dalam perkhidmatan  dulu, memang semua anggota komando digalakkan untuk belajar dan berinteraksi di dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana memang sudah menjadi kebiasaan bahawa anggota komando selalu menjalani latihan bersama tentera asing dengan itu kemahiran untuk berbahasa Inggeris juga di titik beratkan. Tetapi jangan pembaca salah sangka pulak, bukanlah bermakna komando mengagungkan bahasa Inggeris, tetapi demi untuk kepentingan perkhidmatan maka bahasa itu dititikberatkan.  Selain dari bahasa Inggeris , ada kalangan anggota komando yang memang diajar dan dilatih untuk mahir di dalam pelbagai bahasa lain terutamanya bahasa negara-negara  Asean. Kebiasaannya di dalam sesuatu unit komando itu ada sekumpulan anggota yang memang dilatih khas untuk menguasai bahasa asing  seperti bahasa Thailand, Vietnam, Cina, India Tagalog dan bahasa jawa indon. Kemahiran untuk menguasai bahasa asing adalah penting kerana  mungkin mereka perlu beroperasi di penempatan yang menggunakan bahasa tersebut.

Berbalik kepada penggunaan bahasa Inggeris tadi, memang telah menjadi kebiasaan bagi unit-unit komando, untuk melatih dan menggalakkan anggota nya untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi jika mereka akan terlibat di dalam latihan bersama tentera khas asing yang memang sering dilakukan pada setiap tahun. Justeru itu tidak mustahil ada di kalangan anggota komando yang fasih berbahasa Inggeris dan ada juga yang berbahasa Inggeris ala-ala red indian.. sebagai contoh  “you come, i go..you come and go...you come and go...cama-camaleaon..”..”you smoke you die you never smoke also u die, so lets  us smoke and die..”. Selain dari itu ada juga beberapa anggota komando yang mahir dan fasih untuk berbahasa Inggeris secara klasik dan mengikut dialek kedaerahan mereka. Ada satu peristiwa yang berlaku di stesen kereta api Tampin yang tidak mungkin Den lupakan yang bersabit dengan kefasihan anggota berbahasa Inggeris tu.

Kalau tak silap Den masa tu, unit 21 komando, X-Ray skuadron akan bergerak menaiki kereta api untuk ke Batu Gajah Perak, kerana mereka akan menjalani latihan Boraq di kawasan tersebut.  Kami telah sampai agak awal di stesen tersebut dan telah menunggu lama, tetapi kepala kereta api tidak muncul-muncul lagi. Keadaan tersebut membuat kami merasa jemu dan bosan.  Sedang kami berborak-borak di kerusi panjang menunggu ketibaan kereta api, kami lihat ada tiga gadis manis lalu dan duduk berhampiran dengan kami. Masa tu hajat Den nak ngurat pun ada tapi segan disebabkan kehadiran anggota lain yang ada di situ. Gelagat anak gadis tersebut telah menarik minat kawan-kawan Den..tetapi seorang pun tak berani nak menegur...tiba-tiba Trooper  Aziz (orang Kelantan ) menegur gadis tersebut dan berkata di dalam bahasa Inggeris ..” Heiii Frenng...Wat Tiiinee The Traryyy Willll Care..? ( Hei Friends What time the train will come ?”...Malangnya gadis-gadis tersebut tidak menjawab , Cuma tersenyum aje..., Tpr Nik, pula menyangka bahawa soalan tersebut ditujukan kepadanya dan beliau terus  menjawab ..” Beek Pairciannnn arr, any tineee at a momenngggg.the trayy will careee lah.” (Be patient any time at a moment the train will come) dengan berbahasa Inggeris dialek Terengganu. “ Melihat keadaan itu geng gadis tersebut tersenyum lebar dan hampir tergelak. Mereka terus bingkas dan berlalu sambil salah seorang daripada mereka  berkata. “ Hey Fren, if youuu doo noo to soopeak..doonnnn soopeak..buek malu yo..!.(Hei Friends if you do not know to speak don’t speak. ) Masa tu kami tergolak besar dan perasaan malu pun ada juga...maklumlah komando nak menunjukkan kemahiran dan kefasihan mereka berbicara di dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mampu untuk membuang dialek kenegerian mereka.

Ada satu kes pula semasa kami membuat latihan bersama dengan tentera khas Australia . Salah seorang dari anggota tentera Australia, telah menegur  seorang anggota komando dan berkata dengan slang Aussie ..”Hei Mike...howw aree  you to dieee” (Hey Mike (gelaran umum) how are you to day ).Kpl Mat terus respon dan berkata “..Sorry my name is not Mike   but MAT..M.A.T..and how do you know that  I am  going to die  ? Tentera Aust tu jadi confuse dan kemudiannya berkata ..” Oh My God  (OMG)no..no..I am not saying  you  dieee..I said  how are u TOday..”. “What ?,I am not your God dan how you know  I will die in two day ?...Tentera Aus to jadi bingung dah blah sambil berkata..” OK..it’s Ok...forget about it”sambil berlalu, melihat keadaan itu, Kpl Mat sempat berkata “Hey..it’s not OK....I am never forget !!

Ada satu kes lagi, BAKAT 21 Komando (BAKAT persatuan kebajikan isterix anggota tentera) ada membuat majlis di rumah bakat 21 Kdo. Tetamu kehormat adalah isteri kepada PTD. Justeru itu, Pengerusi BAKAT ingin meminjam sofa dari Mess Pegawai yang baru dibeli untuk kegunaan keluarga diraja sempena Hari Jadi Kor yang akan datang.. Walau bagaimanapun perkara itu telah mendapat tentangan dari YDP Mess kerana khuatir bawah sofa yang baru dibeli itu akan rosak atau kotor. Perkara itu telah dirujuk kepada Pegawai Memerintah. Lalu Pegawai Memerintah telah memberi kebenaran untuk BAKAT menggunakannya untuk majlis tersebut. Setelah selesai majlis sofa tersebut telah dikembalikan ke Mess dan terdapat sedikit kekotoran dan juga tercarik ,mungkin semasa kerja-kerja pemindahan dilakukan. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Pegawai Memerintah, beliau terus bergegas ke Mes Pegawai untuk melihat sendiri “kerosakan” yang dikatakan pada sofa tersebut. Sebaik sahaja beliau turun dari kereta, beliau di sambut oleh KPL Durai, anggota wisma. Pegawai Memerintah terus bertanya kepada Kpl Durai .”..Durai..macamana sofa...?.. Mungkin soalan tersebut tidak jelas pada pendengaran Kpl Durai, beliau terus menjawab...ehh SO Far So Goood Sir .! Bila mendengar jawapan tersebut. Peg Memerintah hampir nak tergelak dan terus berkata ..Kepala hanguk kau...saya tanya macam mana keadaan sofa yang BAKAT guna tu...bukan tanya fasal kau..”..”Ohhhh...thats sofa, ..okkkkk that sofa also  gooddd sir..! Peg Memerintah terus berlalu ke dewan wisma untuk melihat sofa tersebut dengan senyum lebar.

Ketidakfasihan dan kekurangan mahir di dalam penggunaan bahasa Inggeris ini bukan sahaja merupakan permasalahan yang sering di hadapi oleh anggota tentera kita, sindrom yang sama juga berlaku dengan anggota-anggota dari negara -negara lain seperti Thailand, Indonesia,  Jepun , Arab dan sebagainya. Perkara ini Den ketahui semasa Den menghadiri kursus “staff college”  di  Marines Corps University, Amerika Syarikat. Semasa berkursus di sana selama setahun, Den sempat bergaul dengan beberapa pegawai dari 26 buah negara yang turut serta menghadiri kursus tersebut. Masa mula-mula, tu Den tak banyak cakap dan lebih banyak memerhati gelagat mereka. Ini adalah kerana Den tidak fasih dan mahir untuk berbahasa Inggeris. Entah macam mana satu hari tu, Den dapat  bersembang  dengan pegawai  dari Jopon. Dio tu berpangkat Lt Kol dan merupakan pilot helikopter. Semasa bersembang tu dia tidak banyak bercakap melainkan sepatah dua kata dan kemudian dia senyum dan mengangguk-anggukkan kepala. Tahu-tahu ajo  laa kalau Den dan bercerito..berleret-leret..tapi Den tengok respon pegawai jopon tu samo jugo ,.yea ..yeaaa. .angguukk. .angukkk..sonyum ...bilo Den bercerito lagaknya  totap samo  yea ..yeaaa  ..angguukk.. angukkk. .sonyum”..Sampai Den abis cerito kemudian Den tanya..”OK Sir now I hope you have a better understanding about the malaysian politics ..”...Respon pegawai jopon tu “...yea..yea..but actually I dont understand what you say ..”kato pegawai jopon. ..Ohhh Makooiii...Den berbueh-bueh cakap dalam bahaso inggeris menorangkan fasal situasi politik kek Malaysia...di buleh kato tak faham...?..abh yang dio.. yea..yeaaa..angguukk..angukkk..sonyum maso Den bercerito tu apo fasal ?..den mati hidup ingek dio faham ..buang maso boto Den bersembang dengan dio.  

Kekawan tok arab yang samo-samo dengan Den kat sano tu pun samo...lagi hampeh...!! bukan ajo dio orang kurang pandai berbahasa Inggeris, malah samo dongan sifat pemalehnyo. Assigment, thesis atau write up, sumo di swastakan., maklumlah banyak duit. Den pun tompang suko jugo sobab buleh buek korjo sambilan..Apo-apo pun Den nak bagi tahu, setorok-torok askar komando bertutur di dalam bahaso Inggeris, Den ghaso torok lagi askar Thailand. Kawan Den dari Thailand yang samo berkursus dengan Den di USMC, berpangkat Kolonel.,tetapi bahaso inggerisnya alhai...standard Den darjah 6 dulu...Den dan dio pernah pergi ke Potomac Mill (Shopping complex kat Washington) untuk membeli belah, ada maso tu kami nak berpecah dio nak naik tingkat atas Den nak turun tingkat bawah. Sebolom berpocah dio kato...” I go downstairs..(tapi tangan tunjuk ateh)  and you go upstairs(tapi tangan tunjuk bawah)..and after  30  hour ( minits maksudnyo)   we meeting  at this  stairs (tangan tunjuk kat sini)...ok..?”..Den pun poning maso tu, tapi Den faham apo maksud dia..Den ok ajo....!!!  Ada satu ketiko tu , maso kami kat  Statue of Liberty,  nak bergambar  beramai-ramai...kami suruh dia snap gambar kami...Dia pun ambik 7 -10 kamera kawan-kawan Den, untuk tolong dia snapkan....sebolom snap tu dia siap bagi warning lagi.....smellll..smellllll..(smile..smile)..1..2..3...ok...kemudian tukar kamera lak smelll l  smellllll (smile ..smile)  ..1..2..3... ok..more..got more...!!! Maso kami semuo memang sonyom bosa..sambil “smell”...angin sungai New York..dan dalam hati Den berkato...lantak kau laaa siammm.!