Tuesday, 21 June 2011

NOT GUILTY AS CHARGED !

Secara peribadi Den dapati  menjadi pegawai undang-undang di dalam army, biasanya banyak berlaku “conflict of interest”.  Kadang-kadang kita cuba bersikap jujur dan nak memberi ‘hak kepada yang empunya hak’ tetapi  ada pula suara-suara yang mengarahkan sebaliknya. Den bukanlah seorang yang suka nak menjadi hero “rakyat”tetapi  di dalam satu-satu situasi tu kadang-kadang Den terpaksa menongkah arus semata-mata kerana “kesiankan rakyat”. Perkara ini biasanya tidak disukai oleh segolongan “chief” yang kebanyakannya “buta mata hati” bila tiba bab-bab undang-undang . Mentang-mentanglah dia chief of the red Indians, apa sahaja yang disuruhnya hendaklah di patuhi dengan alasan untuk kepentingan perkhidmatan, walhal dia tidak tahu bahawa tindakannya itulah yang boleh menggugat kepentingan perkhidmatan. Kalau kita tengok chief-chief ini , sijilnya sebesar poncho, kalau cerita “welfare” anggota seolah-olah dialah pejuang kepada nasib “red indians” tadi. Tapi pada hakikatnya, dia gunakan “undang-undang” untuk menguatkan kedudukan dia dan nak membuktikan dia berkuasa dan nak mencari populariti ...dah kena virus artis lak

Tak Rela Menjadi Peg Legal  Seperti Di atas

Ada satu ketika, semasa Den berkhidmat sebagai PS 2 Undang-undang di sebuah formasi lain (bukan di MK GGK) Den telah diarahkan untuk menjadi pendakwa kepada satu kes yang melibatkan kehilangan asset kerajaan. Pada dasarnya kehilangan asset itu memang dianggap serius kerana ia melibatkan isu keselamatan selain dari harga asset yang agak mahal. Secara ringkas fakta kes adalah seperti berikut. Selepas satu latihan medan,seorang anggota prebet diarahkan untuk memulangkan satu asset yang digunakan semasa latihan. Asset tersebut sepatutnya dipulangkan oleh anggota yang telah membuat pengeluaran  iaitu seorang kopral. Walau bagaimanapun memandangkan prebet tersebut adalah anggota baru, beliau telah diarahkan untuk membuat pemulangan. Pbt M tidak membantah dan terus menghantar asset tersebut ke stor dan telah menandatangani buku daftar pemulangan pada jam 1810. Kira-kira pukul 2030 , hampir 2 jam 20 minit kemudian , penjaga stor telah membuat pengaduan kepada pegawai bertugas bahawa asset yang dipulangkan “atau sepatutnya” dipulangkan oleh Pbt M telah hilang. Keadaan menjadi kecoh kerana asset itu merupakan asset “critical”.

Perkara telah dimaklumkan kepada Panglima formasi dan satu “Lembaga Siasatan “ telah ditubuhkan. Hasil dari lembaga siasatan yang dijalankan, Pegawai yang mengendali latihan tersebut , Jurulatih dan juga Kpl yang membuat pengeluaran asset tersebut telah tidak dipersalahkan secara langsung  dan akhirnya  Pbt M telah di syak bersalah dan disyorkan supaya diambil tindakan tatatertib ke atas beliau. Setelah cabutan keterangan dan siasatan dibuat, satu dokumen lengkap mengenai perkara tersebut telah sampai ke meja Den untuk semakan dan untuk tindakan selanjutnya. Semasa semakan, Den dapati Lembaga tersebut tidaklah telus dan tindak lengkap kerana banyak isu yang tidak terjawab. Dan yang lebih penting lagi, di dalam keterangan saksi, asset tersebut telah dihantar pada jam 1810 dan disokong oleh dokumen sebagai bukti sementara itu saksi utama , penjaga stor pula melaporkan bahawa kehilangan dilaporkan pada jam 2030. Bila Den Tanya kenapa laporan dibuat pada jam 2030 sedangkan asset tersebut telah dipulangkan pada jam 1810. Menurut saksi tersebut dia telah mencari dan tidak berjumpa , sebab itu pada jam 2030 baru dilaporkannya. Den bertanya , pada jam 1810, menurut buku peralatan tersebut telah di daftar di dalam buku pemulangan dan Den bertanya adakah asset tersebut “ada” semasa pemulangan dibuat oleh Pbt M…jawapannya positif ada .
Bilo ado kuaso jangan  suko memancong orang

Berdasarkan kepada semakan dokumen tersebut, Den telah memaklumkan boss Den bahawa kes tersebut “tidak ada merit untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera atas alasan “kekurangan bukti, keterangan yang meragukan”, serta kenapa si Pbt M sahaja yang harus di pertuduhkan sedangkan chief-chief lain termasuk kepala gembala yang melaksanakan latihan tersebut tidak di kenakan apa-apa tindakan. Seperti biasa boss Den ini setuju dengan cadangan Den. Den pun memaklumkan  kepada boss Pbt M dan juga kepada boss undang-undang Den di HQ mengatakan bahawa kes tersebut tidak akan dibicarakan di mahkamah tentera sebaliknya dicadangkan agar satu Lembaga siasatan dibuat semula .

Perkara tersebut mendapat tentangan Yang Arif  Boss Den yang pakar dalam segala isu perundangan tetapi penakut kepada chief dio. Katanya perkara tersebut hendaklah dibicarakan kerana telah sampai ke pengetahuan Papa Chief . Den bertekak dan bersilat dan kuntau dengan dia di dalam telefon kerana Den kata kes itu tak leh nak dibicarakan atas sebab “ Pbt M dah pulang asset tu jam 1810, masa dia pulang tiada sebarang kompelin pasal barang hilang, buku pemulangan dia tandatangan , dia bukannya “peminjam” atau orang yang membuat pengeluaran asset tersebut, bila hilang orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan yang pertama sekali “anggota yang meminjam atau membuat pengeluaran peralatan tersebut”…dah tu asset tu hilang dan dilaporkan pada jam 2030, ada “break in chain of evidence” dan dalam masa dua jam tu macam-macam boleh berlaku . Den treus “letak telefon”..”agaknya  si Yang Arif  tu tak puas hati, dan di arahkan staf dia untuk memaklumkan Den supaya  berjumpa dia  pada keesokan paginya.(menurut  staf dia , Den kono pakai bush jacket maso jumpa dio…woit, macam nak kono special interview ajo nie}. Tak pulak dia call Den dan bagi tahu supaya Den “sembah menghadap” dia.

Pagi tu Den tak pergi pun jumpa dia, Den terus jumpa “boss “ Den dan maklumkan kes tersebut. Boss Den telefon dia terus,  (agakxnya bila dua bintang cakap dengan lt kol siapa yang akan menang ..?) masa tu Den ada kat sini Den siap coach lagi boss Den , Den kata “..Dato kalau dia orang nak kita teruskan kes ini juga, suruh dia orang hantar surat supaya mengarahkan kes ini dibicarakan oleh Court Martial “. Perbualan mereka tidak lama, menurut boss Den yang Arif tu akan rujuk kepada immediate bos dia pulak…ala satu bintang aje..Beberapa minit kemudian satu bintang tu call boss Den”..”blalll.bla..balaaaa.”. Kemudian boss Den beritahu, “ OK komando, we have done our part, but they still insist that the chief of the all chiefs of the red Indians…wants this case to be trial by a court martial”. Masa tu Den benar-benar kecewa, boss Den pun tak leh nak buat apa,tapi Den puas hati sebab sekurangnya dia dah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak yang sepatutnya. Dalam hati Den berkata, nampaknya yang arif tu nak menunjukkan” kepoweran dia tu”…tu yang dia pakai talian hayat bila tengok Den pakai bantuan boss Den..tak paa kali ini dia menang  ..1-0, the time will come when I will be at winner pondium…siap kau yang arif..

Hari yang ditunggu telah tiba, Den bergerak ke selatan untuk menjadi pegawai Pendakwa kepada kes Pbt M. Semuanya berjalan lancar semasa penubuhan mahkamah, sumpah ditadbir dengan sewajarnya, sidituduh (OKT) diarak masuk dengan penuh tradisi ketenteraan, pertuduhan dibaca dengan jelas dan terang. Selepas part pertuduhan dibaca, Yang DiPertua bertanya OKT dan Den selaku Pegawi Pendakwa adakah ingin membuat bantahan dibawah para 60, 61, 62…Kaedah-kaedah Acara Mahkamah Tentera. OKT memang tak tahu hujung pangkal, dia senyap ajo..Den bangun dan menjawab, Tiada yang Dipertua…Kemudian YDP bertanyakan kepada OKT, bahawa adakah kamu...Pbt M... telah mengaku bersalah atau tidak bersalah di atas pertuduhan .bla..bla….bla…

OKT  : MENGAKU BERSALAH YDP.

YDP : ..[membacakan hak-hak dan sebab dan juga akibat dari pengakuan bersalah yang dibuat oleh OKT dan kemudian bertanya sekali lagi .] Adakah kamu …PBT M..bla..bla.mengaku BERSALAH ATAU TIDAK BERSALAH di atas pertuduhan..bla..bla…?

OKT : SAYA MENGAKU BERSALAH YDP.

YDP : OK baik kamu boleh duduk. Pegawai Pendakwa sila kemukakan  fakta kes .

DEN ; Bismillahirrahmananir rahimm…YDP..dan Ahli-ahli Mahkamah yang saya hormati, saya….bla..bla.. adalah Pegawai Pendakwa bagi kes..bla…bla…Sebagai Pegawai Pendakwa pada hari ini saya ingin member kepada mahkamah yang mulia ini bahawa, SAYATIDAK MEMPUNYAI SEBARANG FAKTA KES UNTUK DIBENTANGKAN DIDALAM KES INI. SAYA BERPENDAPAT OKT TELAH SALAH SEMASA BELIAU MEMBUAT PENGAKUAN BERSALAH KERANA SAYA SEBAGAI PEGAWAI PENDAKWA TIDAK AKAN MEMBENTANGKAN SEBARANG FAKTA KES UNTUK PERBICARAAN INI..SEKIAN TERIMA KASH..

Masa tu mahkamah macam diserang garuda, semua ahli mahkamah senyap termasuk penuntun, apa hal pula nie. Pegawai Pendakwa, tidak mahu membentangkan fakta kes di dalam kes di mana Okt mengaku bersalah? Tak pernah dalam sejarah Mahkamah Tentera. Adakah perbuatan Den boleh dianggap sebagai  “contempt of court” ? YDP kemudiannya bersuara dan mengarahkan Den untuk mengemukakan juga fakta kes. Den bangun dan menjawab bahawa Den tidak akan memberi sebarang hujah berkaitan dengan fakta kes. YDP panic dan terus mengarahkan berhenti rehat. Semasa rehat YDP dating berjumpa Den dan berkata :

YDP : Tuan, tolonglah, kes ini simple aje OKT dah mengaku salah, tuan bagi apa-apa fakta berkaitan kes ini , sikit pun cukup atau tuan baca aje keterangan saksi dah cukup untuk saya menyabitkan OKT , itu sahaja yang saya minta.

Den :  Maj .bla—bla..aku minta maaf bukan aku nak menyusahkan kau. Dari dulu lagi aku dah beritahu kes ini tak sepatutnya dibicarakan. Kau sendiri tahu kan dalam prinsip perbicaraan dan menjatuhkan hukuman “ biar kita lepaskan 10 orang bersalah dari kita hukum 1 orang yang tak bersalah “. Dalam kes ini Okt tu naïf, budak laei, baru tiga bulam lepas rekrut,dan baru kahwin lak, tak ke aniaya namanya kalau aku teruskan jugak. Apa-apa pun aku tak nak teruskan perbicaraan ini, “

YDP : OK tuan kalau Tuan dah kata  macam itu saya tak leh nak buat apa, nanti saya call boss kita untuk dapatkan  arahan selanjutnya dari dia .

Den : aku cadangkan kau tangguh aje mahkamah nie, dan esok kau jumpa dia .

Kes tersebut memang menjadi kecoh, Den tetap berkeras dengan yang Ariff tu, akhirnya boss Den panggil Den dan kata , jangan panjangkan isu tu lagi. Mahkamah seterusnya diadakan semula dan semuanya berjalan lancar. Sebelum perbicaraan tu Den dah  “merayu” kepada YDP, ok kau beri dia hukuman “denda” aje dah cukup dan yang ”LAINNYA AKAN AKU URUSKAN”..Lepas perbicaraan Pbt M hanya dikenakan denda “beberapa ratus” dan tidak diberhentikan dari perkhidmatan. Cerita tu tak abis kat situ juga . Lepas tu Den jumpa ajutan dan juga Komandan dia dan Den ajar dia buat ajaran sonsang….sebab Den nak pastikan bahawa denda yang Pbt M tu kena  “ hendaklah di atas kertas sahaja.”…Dan selepas kes itu, Den dan yang Arif selalu sahaja berlaga angin….angin apa pulak akan Den ceritakan nanti….