Tuesday, 7 June 2011

OK Sir Line Clear ..!

Seminggu pertamo Den  duduk kek Konjic tak ada banyak apo-apo tugeh yang sepesifik yang diborikan kepada team Den. Ini mungkin di sobabkan semasa tu pasukan MALCON satu sedang sibuk di susun semulo dan  bersiap sedio untuk berpindah ke kawasan operasi baru di Livno. Kawasan ini majority penduduknyo adalah berbangso Croatia dan berugamo Kristian.  Pada masa tu Den di fahamkan bahawa  tim tinjau dan group engineer telah bergerak ke kawasan baru untuk membuat tinjauan kawasan dan juga memulakan permbinaan kawasan penempatan Markas baru MALCON di kawasan Livno. Pada satu potang tu selepas waktu berbuko puaso, Den telah pergi ke Markas MALCON di Konjic, yang terletak kiro-kiro 15 Km dari tompek tinggal Den. Semasa minum di mess, kami digemparkan dengan berita bahawa , pasukan tinjau dan engineer telah di ganggu dengan tembakan rambang oleh anggota bersenjata yang di percayai puak Crotia. Den pun terus bergorak ke bilik gorakan dan ingin mengikuti perbualan antara team tinjau MALCON dan pengawai bertugas di Markas yang pada ketiko itu rancak  sedang membuat laporan..Den mendonga dengan tokon dan ponuh debaran perbualan mereko..[lobih kurang laa]


[Mk Malcon ] O :  Tanggo 1 bagaimana keadaan anda semua..Ganti (OVER) [ G, ganti – prosedur bercakap dgn radio set]

[Kump tinjau ] T1 :  Semua selamat, tapi kami tidak mempunyai tempat perlindungan yang selamat , lokasi di sini..lapang tiada perlindungan .G.

O: difahami…untuk  maklumat, kami telah meminta bantuan  Helang Terbang (Pesawat NATO)..untuk membuat fly pass di lokasi anda…G..

T1 : Difahami dan kami telah melihat helang tu laksanakan fly pass dua kali ..G..

O : Bagaimana dengan pasukan ‘covering force” yang sepatutnya mengiringi anda ..? G 
. [Kumpulan tersebut sepatutnya mendapat perlindungan dan diringi oelh tropp Mech british yang telah lama beroperasi di kawasan sana}

T 1 :  Ada mereka ada bersama, tetapi mereka juga tengah “duck in’..bawah kenderaan Mech mereka…Kami tumpang sekali …G..

O :  Difahami..bukankah mereka sepatutnya, membuat “show of force’…untuk menunjukkan kehadiran kita dan membantu kita di dalam keadaan begitu?..G

T1.Betul..tapi mereka tidak mahu bergerak ke kawasan yg dipercayai lokasi dimana tembakan rambang tersebut dilakukan atas alasan tidak mahu memburukkan keadaan..”..G..

O :  Difahami..masukkan perkara itu di dalam lap kejadian anda nanti..supaya sini boleh maklum kepala TIKUS (British Bde HQ : RATS)..HABIS ..( ROGER & OUT)

T1 : Terima..terima..sudah semestinya…HABIS..( ROGER & OUT)

Pada keesokannya semasa mesyuarat pagi, kami dimaklumkan bahawa, tembakan tersebut adalah merupakan tembakan rambang pihak Crotia, yang pada ketika itu tengak mabok dan tujuan mereka adalah untuk menakut-nakutkan kumpulan tinjau MALCON . Mereka telah melepaskan tembakan secara rambang dengan menggunakan senjata AK 47 dan perbuatan mereka terhenti setelah melihat pesawat NATO membuat Fly pass…ke kawasan tersebut. Walau bagaimana tindakan pihak Troop Mech British telah menjadi bahan gelakkan kerana mereka pun turut mengambil pelindungan di bawah kenderaan mereka semasa kejadian tersebut . Walaupun pada dasarnya mereka sepatutnya membuat sesuatu tindakan untuk memberhentikan tembakan tersebut atau sesuatu tindakan “show of force” agar pihak Croatia memberhentikan tembakan tersebut tetapi perkara itu tidak dilaksanakan atas sebab-sebab yg tak diketahui.
Semasa meeting,  atas nasihat  pegawai risik, Pemerintah Malcon, telah mengarahkan agar satu tim  CRT dihantar ke Livno untuk membuat “tinjauan dan security assessment” berkaitan dengan ancaman  keselamatan dan juga penerimaan penduduk tersebut terhadap kehadiran pasukan MALCON yang dijangka akan berpindah ke lokasi tersebut di dalam masa seminggu lagi. Bos Den telah mengarahkan Den untuk mengetuai tim tersebut dan seorang ’interpreter” akan turut bersama  di dalam tim Den. Wah masa tu Den ghaso seronok jugo, sebob dah laa seminggu terkurung ke dalam :weather heaven” dan kali ini diberi peluang untuk melaksanakan satu :”fact finding mission”..dikawasan baru yang terletak kira-kira 100 km dari Konjic…Seronok, bangga dan juga risau ..begitula perasaan Den pada waktu tersebut..Pada sebelah tengahari kira-kira jam 1, tim Den bergerak menuju ke Livno dengan menaik satu Land Rover. Bersama Den adalah LKPL HISHAM sebagai Driver, Kpl Azhar, LKPL SAID, KPL DIN dan interpreter..Amelia..[Pelajar university Sarajevo..]
DEN &  AMELIA KEK SARAJEVO

Tempat yang pertama kami tuju adalah kawasan penempatan baru MALCON yang sedang dibina oleh puak engineer dan tim pendahuluan. Kawasan penempatan tersebut adalah lapang dan sangat luas..dan  hanya diliputi ais dan tiada sebarang pokok dan bukit di kawasan berhampiran. Selepas bersembang dan bertanya khabar , Tim Den bergerak menuju ke HOTEL LIVNO, untuk “check in” sebelum kami melaksanakan “operasi fact finding kami “…Semasa kami turun dari kenderaan dan sedang sibuk memunggah peralatan..Den lihat ramai “bystanders” yang memerhati kami..maklumlah, kami  “new kids on the blocks”..Sebelum memasuki pintu masuk hotel Den telah membuka jaket Den…dan hanya memakai loreng sahaja….Pada masa itu Den perasan ada 4-5 orang , kumpulan wanita berumur datang terus merapat kepada Den…masa tu Den agak panic juga..dan cubo menjauhkan diri..Maso tu donga salah seorang dari wanita tu berkata “’Dobro ..dobro …yea love Malasie …Malasie ..dobro. .mahathir..dobro…help muslimm here..dobro..dobro..! ( Bagus..bagus..saya suka Malaysia bagus, Mahathir bagus..tolong Islam sini..bagus..bagus…Bila Den mendengar perkataan tu,, Den jadi rileks dan senyum panjang..Den baleh “…Thank ..you..thanks..Yes nea preacher Harvaska..sorry..sorry..(Terima Kasih, Saya tak boleh berbahasa Harvaska (Croatia)..Maaf)..Dia orang seolah-olah faham..dan senyum balik kepada Den..

Malam tu lepas mandi, Den tukar pakaian awam., Den ajak Kpl Azhar dan Amelia untuk keluarjalan-jalan cari makan di Banda Livno. Kami masuk di sebuah restoran, yang menurut Amelia restoran tersebut ada menyediakan makanan Islam . Kami masuk dan terus membuat pesanan, masa tu Den pesan pizza, sahaja.  Kira-kira 30 minit kemudian pizza yang dipesan sampai. Masa Den nak makan Den gahso pelik sikit pizza nie..dagingnya merah semacam ajo..lalu Den Tanya kepada Amelia..” What do you think..is it beef or pork ?..” Amelia kemudiannya memanggil pelayan dan berkata sesuatu, kemudiaan amelia kata :..” You don’t worry it ‘is beef , halal beef…!”..Den masih tak makan lagi sebaliknya Den terus minum coke..bila tiba-tiba seorang wanita berusia dalam 50an datang ke meja Den dan kata ..”..I muslim…bismillah….(dia baca ALfatihah sampai abis)..” now u eat..HALAL…”rupa-rupanya wanita itu adalah tukang pembuat pizza tadi. Dia daaing nak menyakinkan Den bahawa makanan tu halal mungkin setelah dia Nampak Den “ ragu” dan telah bertanya kepada Amelia tentang status daging tu yang mana kemudiannya Amelia telah bertanya kepada salah seorang pelayan tersebut..Lepas tu baru laa Den terus makan pizza itu dengan lajunya , sebab perut masa tu memang kosong…!!!

Selepas makan kami bergerak ke sebuah pub..Semasa kami masuk, kami dapati bahawa di dalam pub tersebut ada beberapa orang HVO (askar Croatia) yang masih beruniform dan ada di antara mereka membawa pistol. Kami tak mengendahkan mereka lalu duduk di satu sudut dan bersembang dengan Amelia..Kira-kira..10 minit kemudian, seorang HVO..datang ke meja kami..”.Helo, are you came from NATO force..?’..”Den jawab “..Well nope, actually we are Malaysian Army who HAVE A JOINT OPS WITH“NATO”..!..”Wow,,that great…I like Malaysia..!.., can  I join you  ?..”.Den jawab..”Why not..it’s a pleasure to have you here ..”..HVO tu namonya Den tak berapo ingek adolah bunyi jovic, kovik..sikit..dia berpangkat Capt..semasa perang..dia kata dia join dengan mujahidden Bosnia untuk melawan Serbs..”..Maso tu macam-macam laa yang diceirto, pasal porang tu..”..Dalam pada tu sompek Den bertanyo pasal siapo bos dia kek kawasan Livno tu, macamano pandangan dio tentang kehadiran pasukan MALCON satu, macamana padangan dia tentang Islam dan bermacam-macam soalah lagi…maklumlah maso tu tugas Den kan “fact finding”…tidak lama kemudian beberapa kawan-kawan dia datang dan menyertai kami. Pendek kata semuanya Nampak agak mesra dan tidak sombong…Perbualan kami telah banyak memberi maklumat kepada Den berkaitan dengan “situasi keselamatan” di kawasan Litvno. Secara keseluruhanya.. situasi di situ adalah selamat dan mereka bersedia menerima kehadiran puak-puak dari Malaysia.

Den mengambil kesompektan itu untuk bertanya pasal insden yang belaku beberapa hari lalu berkaitan dengan kes tembakan rambang ke arah kawasan penempatan baru Kem MALCON. Salah seorang dari mereka menjawab >.” Well we not want to fire MALCON or to threat you..that  nite, we celeberate..party..birthday party…, some of us drunk, so they shoot the weapon…not meant to shoot u all..hahahaa..”…katanya sambil gelak. Masa tu barulaa Den faham situasi sebenar. Padanlah insiden menembak tu hanya berlaku sekejap sahaja dan tidak berulang. Kalau mereka niat nak menakut-nakut tim MALCON mesti mereka akan tembak berulangx.  Tapi dio orang tak tahu,fasal tembakan tersebut telah menyebabkan NATO telah belajan beberap ribu euro sebab nak bayar duit minyak pesawat yang membuat fly pass tu.

Pertemuan Den dengan puak-puak HVO malam tu amat berhasil sekali. Salah seorang dari mereka berpangkat Mejar, mengajak Den untuk per ke kem mereka yang terletak tidak jauh dari HOTEL LIVNO, tempat penginapan kami. Dia juga bersetuju untuk membawa Den berjumpa dengan Paderi Gereja di kawasan tersebut dan juga beberapa kenalan dia yang juga  “somebody” di bandar tu. Kami balik agak lewat malam tu , kira-kira pukul 2 pagi…masa tu salji turun dengan lebat, mereka telah menghantar kami menaiki kereta untuk pulang ke hotel. Sampai sahaja di hotel Den ucapkan selamat tinggal dan berjanji esok akan berjumpa semula dengan mereka sewaktu sarapan di hotel..untuk pergi ke kem HVO. Sampai di bilik badan Den agak lotih sekali,hati Den ingek nak terus membuat laoran untuk dihantar ke HQ pada keesokkan pagi, tapi tak jadi dan  terus tarik selimut dan dalam hati Den akan mengarang laporan tu di dalam kepalo Den.., laporan pertamo yang akan Den sampaikan ke markas pada pagi esok..secara rengkas nya adalah….OK…SIR ..LINE CLEAR ..!