Sunday, 5 June 2011

@#$..Masak Asam dan Kopi Salju.

Bosnia Herzegovina (BiH) merupakan salah satu Negara kecil yang berasal dari Republik Sosialis Yugoslavia.  Pada 1991, Republik  Yugoslavia telah berpecah berikutan dengan kejatuhan pengaruh komunis di Eropah Timur. Pada mulanya Slovenia dan Croatia berhasrat  menyatakan untuk berpisah dari Yugoslavia, dan menjadi negara berdaulat. Semasa itu BiH melalui suatu referendum telah menyatakan untuk berpisah Yugoslavia dan menjadi negara berdaulat dipimpin Presiden Alija Izatbigovic. 


Pada February 1992, BiH telah mendapat pengiktirafan PBB, tetapi Kerajaan Serbian Republic of Bosnia and Herzegovina, menyatakan bahawa tindakan BiH itu tidak mendapat restu dari penduduk Serbs di situ.  Inilah yang membawa kepada mula peperangan yang banyak mengorbankan  rakyat Muslim Bosnia oleh bangsa Serbia pimpinan Slobodan Milosevic pada 1992. Presiden Milosevic yang disokong oleh  Jeneral Radovan Karadzic.. Bermula dari saat itulah nama Bosnia Herzegovina telah mendapat perhatian dunia dan PBB telah menghantar pasukan pengaman dan di kenali sebagai UNPROFOR.  Tentera Malaysia turut terlibat di dalam misi tersebut dan MALBATT  (Malaysian Battalion) telah  bertanggungjawab untuk turut menjadi tentera pengaman di negara tersebut.

Misi UNPROFOR di negara BiH ini tertumpu kepada tiga penugasan termasuk sebagai Pasukan Pengaman yang ditempatkan di wilayah-wilayah Konjic, Jablanika, Visoko, Pazaric, Split dan Zagreb, Staf di Markas PBB dan Pegawai Pemerhati Tentera di Kiseljac, Dubrovnic, Bakavo, Okucani Gunja, Bihaj dan lain-lain. UNPROFOR ditubuhkan untuk memastikan tiga Kawasaan Perlindungan PBB(United Nations Protected Area - UNPA) menjadi kawasan bebas tentera serta menentukan semua penduduk di kawasan tersebut dilindungi daripada ancaman serangan bersenjata. Trup pertama Malaysia mula berkhidmat pada Oktober 1993 dengan 996 anggota yang dikenali sebagai MALBATT 1 yang telah diletakkan di bawah pemerintahan Perancis dan ditempatkan di Konjic, Jablanica dan Pazaric.

Semasa perkhidmatan MALBATT I, iaitu pada 19 April 1994, Mej Ramli Shaari telah terkorban ketika membuat rondaan untuk menentukan lokasi periuk api darat. Pada 12 Mei tahun yang sama, Mej Ariffin Zakaria (Peg Cdo 11 RGK – Senior Den) pula terkorban ketika membuat rondaan di Camenica, di timur laut Sarajevo. Kegagalan UNPROFOR mencapai keamanan di BiH menyebabkan PBB mengundur diri dalam bulan Disember 1995. Pengunduran ini digantikan dengan NATO di mana kekuatan MALBATT dipertingkatkan daripada 996 kepada 1533, dan dinamakan semula sebagai MALCON atau First Malaysian Contingent. MALCON I memulakan tugas pada 1 Mac 1996 dan bertugas di BiH sehingga 10 Jun 1996. Tugas MALCON adalah bagi melaksanakan aspek-aspek ketenteraan dalam kawasan tanggungjawab sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Keamanan Dayton.

Penugasan MALBATT 1 di bawah UNPROFOR yang dikendalikan oleh PBB di bawah IFOR [Implementation Force ] yang merupakan satu pasukan pelbagai negara yang diketuai oleh NATO di Bosnia dan Herzegovina di bawah satu mandat selama satu tahun bermula pada 20 Disember 1995 sehingga 20 Disember 1996 di bawah nama kod Operation Joint Endeavour. MALCON 1 diletakkan di bawah pemerintah Bde RATS (British).  Ini merupokan sejarah jugo untuk pasukan 11 RGK kerano buek pertamo kali kami di deploy di dalam satu unit yang agak bosar yang diketuoi oleh seorang Mejar dan Den maso tu senior Kapten sebagai pembantunyo. Sebelum permergiaan kami , kami telah di “buat uji nilai” dan telah di periksa oleh wakil NATO untuk memastikan kami boleh beroperasi dengan pihak tentera NATO yang lain. Berkhidmat dengan NATO tidak sama dengan berkhidmat dengan PBB. NATO lebih mementingkan kepada kualiti, dedikasi dan tahap profesionalisme yang tinggi. Dan tidak semua Negara luar (bukan NATO) boleh diterima untuk berkhidmat di bawah panji-panji NATO. Rakyat Malaysia patut berbanggo kerano unit, 11 RGK antara unit khas luar dari NATO yang  pertamo di bori kepercayan untuk berkhidmat dengan NATO.

Setelah kelulusan diberi oleh NATO, pada bulan Disember , bulan puaso, Den telah bergerak ke BiH dengan menaiki Charlie -130. (Kapal TUDM) dari Subang.  Perhontian pertamo kami adolah di Maldieves, kemudian di Amman, Jordan dan last sekali di Split,Crotia. Sepanjang maso penorbangan keadaan kami tak ubah macam “ ayam Karen”. Kami duduk meregkok, sobab tompek duduk kami adalah tompek duduk “para”, yang sesuai untuk buek latihan terghojon dan bukan nyo macam tompek duduk biasao. Keadaan agak sojok, tandas utk yg “bosa” tak ado, yang ado utk yg “kocik ajo.” Bilo sampai ajo ke Maldives, berlumbox askar kito, yang selalunyo dapek dulu komando laa, guno toilet kek air port. Maso turun kek Amman, jam maso tu 6 pagi, bilo ramp dibuko, untuk keluar, kami Nampak cahayo matohari torang, kami ingek kek Jordan , negaro arab, mesti paneh ,lalu masing-masing turun dan buka jacket..lopeh tu, Den lihat ghamai askar berlari masok balik ke dalam kapal tergobang. Maso tu Den tak turun lagi..Den tanyo salah seorang pada mereko ..”Napo sumo lari masuk ni?”…Askar tu jawab ..” tuan, kat luar tu sejuk sangat, lebih sejuk dari peti ais..”..Laa Den mati-mati ingek kek Jordan tu negaro Arab , mesti paneh berdontangnyo..rupo-ruponyo sojuk jugo yo…”..alahkah jahil nyo Den maso tu.

Semasa sampai di Split, Crotia, hari telah petang, salji tebal, kami telah tido satu malam di Split. Keesokannya kami bergerak Konjic dengan menaiki bas. Maso tu dapeklah kami lihat keindahan bumi Bosnia. Keadaan pekan-pekan yang kebanyakannya musnah akibat peperangan. Kami berehat di Mostar, Bandar yang cantik tetapi telah hamper musnah..dan akhirnya kami tiba di Konjic, Markas MALCON 1. Kami sampai dah agak senja. Semasa turun dari bus, Den dapek donga beberapa jeritan kanak-kanak Bosnia yang berada di sekitar kaw tersebut menjerit di dalam bahasa Malaysia ..”Selamat Datang Askar Malaysia.. .”Kepala...B%^$&h..Masak Asam!!!!”...sambil melambai-lambaikan tangan. Maso tu ada di antara kami yang terkejut dan hairan dan ado jugo yg tergolak...Dalam hati Den berkato. ”Ini semuo mesti ajaran songsang dan sosek oleh puak-puak terdahulu kepada bebudak tu..” 

Lebih kurang 1 jam kemudian, kami diberi berita yang tidak menggembirakan. Kami dimaklumkan bahawa disebabkan keadaan tempat yang sesak , pasukan kami, CRT (Combat Rescue Team) terpaksa bergerak ke satu penempatan lain kira-kira 15 km dari MK untuk tinggal di situ. Ketua Den, Mej akan tinggal di Markas dan Den serta kuncu-kuncu Den akan tinggal di penempatan bawah khemah  kira-kira 15 km dari Markas tersebut. Kami bergerak di dalam keadaan salji tengah turun lebat dan jalan yang agak licin. Sebaik sahaja kami sampai, kami dimaklumkan lagi dengan berita tidak baik, kami hanya diberikan satu khemah weather heaven untuk diduduki oleh hamper 35 orang dari kami.  Walau bagaimanapun kami tidak merungut dengan permasalahan logistik itu,  kami terpaksa duduk bersesak di dalam khemah tersebut…Andaian  kami bahawa komando selalu dianaktirikan oleh unit-unit lain nampaknyo macam ado kebenaran.

Setelah berkemas Den mengarahkan buddy Den Kpl Azhar untuk memasak air panas , kerana cuaca amat sojok sekali dan suhu di bawah -7 darjah C. Pada masa itu Den menyuruh agar Kpl Azhar pergi ke tandas untuk mengambil air. Walau bagaimanapun tandas agak jauh, kira-kira 50 meter dan agak sukar untuk berjalan di dalam keadaan salji yang tebal dan cuaca yang sejuk selain daripada terpaksa memakai pakaian yang tebal untuk keluar dari khemah. Pada masa itu, Sarjan Aduka, pun mencadangkan “..Ala Azhar, tak payah pergi ambil air kat tandas, guna salji aje, salji tu kan bersih dan berlonggok kat luar tu, bila masak nanti air tu lebih ori dari air paip.”..”betul jugak tu sarjan “..kata Kpl Azhar..dan terus bertanya kepada Den “..ehhh boleh ke Tuan “…Den jenis yang tak berapa ambil kisah benda-benda macam tu , terus aje setuju..Kpl azhar terus bergerak ke muka pintu khemah dan men”scop” beberapa tin salji dengan menggunakan “water cup”..Lepas tu salji tersebut di masak di dalam  mes tin..

Sebaik sahaja masak dan mendidih , Kpl Azhar terus memasukan uncang kopi dan gula dan diberikan kepada Den..Setelah agak sejuk..(air memang cepat sejuk di dalam keadaan cuaca sebegini, kalau masak Maggie, lepas 5 minit aje, minyak Maggie itu akan beku)”. Den terus minum..”…Slurppp pertamo..oh ..nyamannya” ”Slurrp kedua…wah segarnya…masuk slurpppp yang ketiga…PUueiiiiiiii ::..Den terus meludah dan hamper tersedak…Den raso tokak Den kasar semacam ajo, macam ado pasir , begitu jugo kek  lidah Den…lalu Den suluh ke dalam water cup tu Den Nampak…ohhhh mak oi…..berkeladak dongan pasir….!!!!! Rupo-ruponyo..salji tu memang Nampak bersih , putih…dan boleh di buek ais kopal…tapi bilo dimasak….dia akan keluarkan sekali keladak-keladak pasir…menyosa Den setuju Kpl Azhar guno salji tu untuk buek air kopi Den..Maso tu kekawan Den yang lain tergolak bosa…dan ado yang kato .” tuan baru pertamo kali jumpo salji ko ,,?...Den diam maleh Den nak melayannyo..dan Den toruh berselubong dongan selimut…..!!!!