Sunday, 19 June 2011

Jomu Digulo-gulokan

Selepas tamat dari misi Bosnia, Den telah bertugas semula sebagai Adjutant  di Rejimen 11 Rejimen Gerak Khas. Pada waktu tersebut, Den dapati ramai dari kalangan pegawai mudo, yang berpangkat  Lt –Kapt telah di berhentikan dari pekhidmatan dari unit Gerak Khas diatas pelbagai sebab. Ada diantaranya berhenti kerana tidak lulus peperiksaan kenaikan pangkat, ada yang disebabkan “ketidakpuashatian” dengan pihak atasan dan ada yang berhenti disebabkan gagal semasa pemilihan “regular board”, untuk menjadi pegawai regular. Kebanyakkan dari mereka ini berhenti dan kemudiannya menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan yang sesuai disebabkan kebanyakkan dari mereka termasuk Den memasuki tentera dengan hanya lulusan SPM atau STPM. Justeru itu mereka ini seringkali gagal untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan ada diantara mereka yang menjadi peniaga ikan, pemandu teksi dan sebagainya.


Fenomena ini membuatkan Den bertanya kepad diri sendiri. Bagaimana kalau perkara ini terjadi pada diri Den. Nak-nak masa tu Den dah berkahwin lak. Oleh sebab itu, pada masa tu Den dah bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan tidak dengan hanya mengharapkan sijil SPM dan STPM Den sahaja. Setelah berfikir panjang, dan juga melihat keputusan SPM dan STPM Den, maka Den telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, kerana Den rasa bidang tersebut memberi Den peluang yang agak luas untuk memilih kerja jika Den berhenti atau diberhentikan seperti kawan-kawan Den yang terdahulu.  Permohonan pertama Den untuk melanjutkan pelajaran dibuat dan telah tidak di sokong atas sebab “kelulusan Den tak melayakkan Den untuk mengikuti kursus terebut “…Tak Layak ???
DEN DONGAN OMAK DEN  SELOPEH TERIMO  PODANG KEHORMAT 

Den maleh nak layan, Den dapat Gred 1 SPM masa tu dah pernah ditawarkan buat kursus engineering dan kursus petroleum, dan Den ado STPM dan semaso cadet Den pemonang Pedang Kehormat dan Akedemik terbaik…macam mano dio org kato Den tak layak…Den tak percayo, tahun berikutnyo , permohonan Den mendapat jawapan yang samo tapi kali ini dari pihak Jabatan Arah Den, menurut pengarah, Den tak layak dan permohonan Den tak disokong. Kali ketigo Den buek permohonan dan kali ini Den buek ikut pintu belakang…Maso tu Pengarah yang tak sokong Den dongar ceritonyo “tongoh buek kursus master”..(hehehe..Den donga cerito dio failed kursus master tu  hahaha..hahaha..ambikkau, sodap mulut kato org yang taklayak..dio pun lagi teruk, dah diberi peluang failed pulak…!!!)Pegawai yang buek standing in maso tu seorang Major. Senior Den tapi baik, dio kato dio akan tolong Den, dio suruh Den anta ajo permohonan, Maso tu Den buek adjutant, kojo jadi mudah, Den buek surat sokongan CO , Den copy tandotangan dio, lopeh tu Den anta “sendiri” kat Major M, major M buek sokongan Pengarah dan kemudian dio tenyeh sebagai “pemangku pengarah”…tup-tup dalam sebulan Den di panggil temudugo untuk berkhursus  Sarjana Mudo Undang-undang ke UiTM Shah Alam. 

Semaso temudugo …tak ado masalah, semuonya lancar, kelulusan Den tak dipersolakan kerana pada masa tu Den 2-4 orang ajo yang dapek 1st SPM dan ado STPM yang lainnya 2nd Grade dari jumlah 10 orang calon yang lulus. Walau bagaimanapun, maso tu Den dah dapek khoba bahawa pegawai yang mengikuti kurusus Sarjana Mudo akan diberi gaji separuh..dan atas sebab tu dari 10 org yang dah lulus mulo-mulo hanyo 3 orang sahajo yang sanggup nak teruskan…yang lainnya tak sanggup. Den maso tu maleh nak fikir panjang, anak baru sorang, nak tak nak Den sondol jugo..Den nekad kalau perlu Den kojo part time, Den akan buek…sebab peluang nie Den tak nak lepaskan begitu sahaja. Syukur, cerito tu cumo khabar angin sahaja, memang mulo-mulo tigo bulan pertamao sahaja bondo tu jadi hangat..lopeh tu, terimo kasih kepada menteri pertahanan dan ATM, Den dan kawan Den yang duo orang lagi tu belajar dengan mendapaek gaji ponoh..sehinggo Den tamat mengikut maso yang ditotapkan.

Maso tu Den logo sangat . yo laa Den nie tak ado god father atau “cable ‘dalam askar, dah kenaikan pangkat Den pun punyolah sekso. Walapun Den lulus dengan hanya sekali sahaja mengambil peperiksaan kenaikan pangkat dari Lt ke Kapt dan dari Kapt Ke Mejar..tapi Den pakai pangkat lambat jugak. Selamo Den kojo doket komando Den tak pornah buek kojo staf luar dari unit tempur. Biasonyo pegawai yang tak buleh atau tak dibori peluang untuk buaek kerja staf ini adolah pegawai yang lombab…Den ini termasok didalam kategori pegawai lombab jugo ko,?? Sedangkan junior Den dipilih untuk buek kojo staf di Bde, HQ, MINDEF. Den pun teringin jugak…sebab itu salah satu keperluan kerjaya..tapi Den tak berpeluang langsung. Semasa Den berpangkat Kapt. Nak kato Den lombab pun Den tak pasti, kalau kursus kerjayo tu Den dapek jugo top TEN, semaso kursus ketuo pelatun Den dapek no 2 dari 116, ketuo kompeni Den dapek no 7 dari 129, All Arms Tactics Course Den dapek 6 dari 98…itu dah kiro oklea untuk pegawai Komando.

Sekarang nie baru Den perasan yang Den tak boleh pogi jauh dalam askar , mungkin pasal BMI Den…Askar nie pasal BMI ini sensitive  sikit, kalau kito tak ado cable atau god father, bagus macamano pun kito, jangan harap buleh naik pangkat, nak-nak kalau ado maslah BMI macam Den. Yang herannyo maso Den main rugby untuk ATM dulu,dio suruh Den makan dan kasi badan togap dan saso, jgn ghisau pasal BMI, sobab main rugby nie memang perlu badan macam tu..lopeh tu, bilo Den dah tuo sikit dah tak mampu nak main rugby lak….BMI Den jadi masalah utamo untuk Den . Disebobkan Den tak ado cable dan god father, mako pandai-pandailaa Den kono bawak diri…berundur…dari askar…nie…Isu BMI ini hanyo akan digunokan jiko orang-orang  biasonyo tak ado cable, ado kawan-kawan Den yang lobeh dari Den , pun pakai jugo pangkat, ado tu sobab baik sangat dongan org berpengaruh, tak ado kelulusan yg biasonyo ditotapkan pun boleh naik pangkat…Kalau Den menulis lobehlak ado yg marah kek Den..yang bonarnyo…peluang kenaikkan pangkat dalam askar ini bukanlah berdasarkan ap-apo kreiteria..ia sumonyo samo ado orang ateh kona dan nak kau naik atau tidak…yang kato syarat-syarat tu hanyolah nak meghabungi mato ojo…

Kali ini tulisan Den agak sensitive sikit sobab nak bagi tahu kawan Den yang ateh tu yang tukang jago kerjayo pegawai tu. Nak nak kor akhir Den, namo pengawainyo Lt Kol…hehehe..tak yah sobut laa..Dio ponah kato kek Den duo tahun lopeh..[Maso tu Den dah keluar dari  komando dan balek ke unit asal Den] “Den ..aku dah bincang dongan pengarah dan Dato dah setuju kau akan naik pangkat tahun nie (2009),sebab kau ado kelulusan dan kojo bagus.” Dan kawan Den ini lopeh pado tu abih dijajonyo satu ATM bahawa dio akan tolong Den naik pangkat walaupun BMI Den tak mengizinkan sobab dio yakin bos akan setuju memandangkan prestasi Den…Selamo 2 tahun tu dia jajo nomo Den , akan naik pangkat dan seolah-olah dio cubo menolong, gambar Den dah berkali diambiknyo ateh alasan nak buat dokumentasi kenaikan pangkat…tapi akhirnyo…setolah 2  tahun abok puntak ado. Tapi Den tak kisah dan Den faham pasal masalah utamo Den adolah BMI Den, maso tu Den tak kocik hatipun…

Tapi  yang membuekkan Den kocik hati dan terus mengambil kepututsan untuk berhenti dari askar ini pun berlaku secara spontan. Semuanyo bermula pada  bulan sebelas tahun lepas, maso tu  Den dimaklumkan oleh bos Den semasa satu majlis makan malam, dan Den masih ingat general tu kato : ‘ Den..tahniah , semasa mesyuarat jemaah tertinggi petang tadi, nama kau disebutx oleh Dato dan telah mengarahkan Pengarah untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat kau”..Kemudian selepas makan malam pengarah  berjumpa Den dan berkata : OK .Den good news, I think Gen had told you about your promotion…I will call you next week for interview…”. Rupo-ruponyo  next-week after next week tak ado pun interview..sehingga penghujung tahun. Pada awal tahun 2011 selepas Den balik dari cuti, Den dapek berita dari seorang kawan Den  “..Wah Tuan..tahniah..” Den tanyo apo pasal lak ..” Wah tuan akan mengikuti kurusus….bersamo saya pada bulan 9 nie..? “..Apo Den kono pergi kurusus…XEDFF ?..dio orang nie biar boto!” {Kursus tersebut adalah kursus lanjutan yg sepatutnyo dihadiri oleh pegawai mudo dan utk Den memang dah tak sesuai…”. Den tengok kalau ikut tarikh kursus ini, bermaksud Den tidak akan pakai pangkat lagi tahun ini.. Den ghaso ada tangan-tangan yang mengulo-gulokan Den nie...

Den ghaso marah dan malu pado diri sendiri sebab Den terghaso seperti  “ DIGULO-GULOKAN”..oleh pegawai kek Jabatan Arah tu…Selamo nie pun Den tak pernah bersuaro pasal pangkat-pangkat nie, sebob Den tahu BMI Den tak mengizinkan Den untuk naik pangkat. Tapi setelah mengenang kembali perisitiwa semasa majlis makan makan bulan 11 tu, janji pengarah dan berita yang telah diwar-warkan oleh  pegawai jabatan arah tu semenjak 2009 dan sebagainya..Den teraso sangat yang Den ini nak digulo-gulokan…Itu yang buek Den marah dan hari tu jugak Den tulis surat  kepada Bos Den,  Pengerusi dan PTD…..dan alasan Den beri untuk berhenti …”mempunyai permasalahan BMI yang melampau…” Walau bagaimanapun bos Den menentang permohonan Den tersebut, Den terus berjumpo dio dan Den kato “..Tuan saya tak pernah minta apa-apa pertolongan dari tuan sebelum nie, Tapi kali ini saya minta sangat tuan bantu saya dalam hal ini, saya bukan minta naik pangkat, saya bukan minta nak pergi berkurusus, saya bukan mintak nak belajar saya mintak nak berhenti, jadi tolong permudahkan permohonan saya sebab apa pun cakap tuan saya tetap akan berhenti..!


Bos Den seorang Jen, dia kata dia tidak akan sokong pemberhentian Den melainkan ada alasan yang kukuh ...Lalu Den jawab /.”.Tuan saya dah 40s, saya tak layak nak kerja dalam  askar sebab factor BMI, takkan saya nak pencen dgn pangkat ini. Kalau saya nak cari kerja keluar ini lah masa yang sesuai..dan kalau tuan sekat saya bermaknat Tuan sekat masa depan saya…”…kato Den dan Jen tu kato “ Ok kalau kau nak berhenti kau nak buat apa  nanti ?...” Buat apa.???{ baru laa Den terfikir secara serius masa tu…think !!! Den teringat bahawa masa tu ada satu jabatan kerajaan dah offer Den untuk dipinjamkan ke bahagian mereka.]”…Den terus jawab , “Tuan saya akan berkerja dengan xyzw, dio orang akan keluarkan surat tawaran dalam maso terdekat nie…”..jawab Den dengan confident walaupn benda tu tak pernah dibincangkan dengan jabatan tu…akhirnya bos Den bersetuju dan begitu  juga  Pengerusi Kor. Semasa temuduga Pengarah..Den maleh nak berkato yang sebonarnya..Den gunokan alasan yang samo dengan bos Den..lain tu Den angguk-angguk dan geleng-geleng ajo…maleh Den nak bersembangnak memberitahu  bahawa isu sebenar yang membuat Den berhenti dari ATM adalah disebabkan sudah jemu Den di GULO- GULOKAN..! 

DAN DEN PERCAYO BONDO INI BUKAN BERLAKU KEK DEN SORANG AJO, ADO 2 -3 ORANG LAGI..TAPI DIOORANG MUNGKIN SUSAH NAK BERHENTI SEBAB MEMIKIRKAN MASALAH UNTUK MENDAPATKAN KERJA KAT LUAR SANA..BAGI DEN , DEN AKAN SONDOL AJO..REZEKI , AJAL MAUT, TUHAN YANG TONTUKAN....ISYALLAH KALAU KITO BERUSAHO TONTU ADO ROZOKI...JADI KALAU JUMPO DEN JUAL AIR TOBO NANTI , SINGGAH-SINGGAH LAA BOLI YO....!