Sunday, 12 June 2011

Capt Den Boleh.!

Kira-kira hampir sebulan Den dan Tim tinggal di Hotel Livno sehingga  menunggu  kem baru MALCON I siap. Rutin kerja harian Den adalah kebanyakan mengikut  sajo jadual pergerakan Komander. Penugasan begini memang menyeronokkan kerana Komander selalu keluar sama ada untuk mesyuarat di Bde HQ  , pergi Sarajevo ( Ibunegara Bosnia), membuat pertemuan dengan pemimpin tempatan dan juga orang-orang penting di Bandar Livno seperti  Ketua Kaum Muslim, Paderi , Ketua Puak HVO (Croats) dan pemimpin puak Serbs. Ini adalah salah satu langkah “untuk memahami kehendak mereka dan meminta kerjasama mereka di dalam menjayakan mandat  “Perjanjian Dayton” . Ini merupakan salah satu  projek psikologi (PSYOPS) dan usaha untuk memenangi hati penduduk tempatan untuk menyokong dan memberi “bantuan” kepada usaha-usaha MALCON I untuk memastikan keamanan di kawasan tersebut. Kaedah ini memang biasa di kalangan tentera Malaysia yang di tugaskan di mana-mana ceruk dunia ini , ia itu usaha yang pertama sekali adalah untuk memenangi hati rakyat dan penduduk tempatan di mana mereka bertugas.


Atas usaha-usaha sebeginilah yang menyebabkan pihak ATM sering mendapat sokongan dan juga menjadi antara “ Negara yang favorite”  dan disukai oleh penduduk tempatan di mana sahaja mereka ditugaskan jika dibandingkan dengan  tentera dari Pakistan, Indonesia, British, USA dan lain-lain lagi. Perhubungan dan juga usaha untuk mendekati penduduk tempatan ini adalah penting untuk memastikan bahawa pasukan kita bukan sahaja mudah untuk beroperasi dan melaksanakan mandat yang telah diberikan dan juga sebagai salah satu usaha untuk mempromosikan Malaysia di kaca mata dunia. Pendek kata, mana-mana anggota yang ditugaskan keluar Negara , mereka sebenarnya adalah DUTA MALAYSIA, secara tidak rasmi . Sebab itu  semua anggota tentera yang bertugas di luar Negara sentiasa diingatkan supaya sentiasa berhemah dan berkelakuan baik. Semasa MALCON I di Livno, perhubungan kami dengan penduduk tempatan adalah amat baik dan akrab sekali. Pasukan kita sering mendapat maklumat “perisikan” yang berharga dan boleh dipercayai dari mereka. Dalam masa yang sama kita juga mengamalkan dasar pintu terbuka kepada penduduk tempatan  untuk terus datang berjumpa kami sekiranya mereka memerlukan apa-apa juga bantuan dari pihak kami...



Temu Mesra Dengan Penduduk Tempatan

Temu mesra dgn anak tempatan : NADIA

Ada satu pagi tu, kem  kami telah didatangi oleh beberapa orang penduduk kampung yang terletak berhampiran dengan tempat MALCON I, katanya ingin berjumpa dengan Komander kerana ini menyampaikan sesuatu berita mustahak. Walau bagaimanapun,  Pegawai Risik tidak mengizinkan kerana pada waktu itu kami sedang  “morning prayer”. Beliau sebaliknya bertanyakan apakah maklumat yang hendak disampaikan kepada  komander. Penduduk kampung tersebut memberi tahu bahawa terdapat beberapa tong yang mengandungi peluru  meriam telah dijumpai di satu tempat di hujung kampung tersebut dan di percayai bahawa peluru tersebut adalah yang masih boleh digunakan. Memandangkan berita itu amat serius jika benar ia nya berada di dalam kawasan tanggungjawab MALCON I. Maka  Pegawai Risik telah membawa penduduk tersebut untuk berjumpa terus dengan Komander di Bilik Mesyuarat. Selepas  perjumpaan tersebut, kira-kira 45 minit, mesyuarat tersebut disambung. Dan pada kali ini Komander telah menyampaikan maklumat yang telah diperoleh dari penduduk kampung itu.

Komander :  Saya telah mendapat maklumat  bahawa terdapat lebih kurang 20 peluru meriam yang saya percaya berukuran 106 mm, yang masih boleh digunakan di sebuah bangsal tinggal di hujung kampong ..bla..menurut..org kampong peluru tersebut dipercayai ditinggal oleh puak pejuang mujahidin ..yang dipercayai telah meninggal kawasan tersebut semasa mengetahui bahwa kawasan tersebut merupakan kawasan tanggungjawab pasukan Malaysia, MALCON I. OK ..OO (Peg Operasi ) What is your  advise …in this issue ?.”

OO :  tuan saya cadangkan agar kita hantar tim Mech Tinjau untuk membuat pengesahan dan kemudian kita maklumkan kepada Bde HQ berkaitan dengan insiden ini dan maklumkan bawah kita akan membuat pemusnahan ke atas bom-bom yang di maksudkan.”..

PEG NASI  TAMBAH : ..Sorry Sir to interrupt, ..let’s say that the report is true, and there are  boms  like what had been reported, and as OO suggest , we  will demolish them…I am in doubt about it..that we are capabale of doing it..because, the first issue is, do we have a special team to do it, because as far as I am  concern this job should be done by the Ordnance guys who are specially trained for this…?.

Ordnance Officer: ..Betul tu tuan, tapi buat masa ini tidak ada anggota ordnan yg ada di dalam pasukan kita yang mempunyai kelulusan demikian…
Enigneer Officer : Well Sir , saya ada seorang pegawai dan 2 orang senior rank yang biasa dengan pengurusan bahan letupan ini, mereka ini dulu bekas jurulatih di Sek Jurutera, saya rasa mereka mungkin boleh buat….

PEG NASI TAMBAH: Well I think we should be serious about this. If you think that your guys is not capabale of doing it, better don’t, sebab ini melibatkan bom hidup dan jumlah yang agak banyak, lebih kurang 20..takut jadi apa-apa lak susah kita nanti..ini melibatkan nama ATM dan Malaysia, so don’t gamble…

OC CRT :  Tuan saya rasa ini memang tanggungjawab kita dan benda tu d=berada di dalam kawasan kita.  Saya yakin kita boleh buat, walaupun tanpa anggota dari Ordnans yang memang mempunyai “lessen” untuk membuat pemusnahan bom…Well kalau tuan setuju, saya cadangkan agar  anggota engineer bergabong dengan 3 anggota saya, yang mempunyai kelayakan sebagai “special demolition team” untuk memusahkan bom tersebut…

Koamnder :  Komando ada anggota “special demolition team” yang mampu buat benda ini ke..?


OC CRT : Kita memang ada tuan, kalau tak ..masa raid , masa operasi, siapa nak pasang bahan letupan untuk pecahkan pintu, untuk pecahkan bangunan..Dalam CRT memang kami ad orang yang berkelayakan untuk membuat tugas tersebut, dan saya yakin mereka tidak menghadapi masalah dalam hal-hal ini..

Komander :..OK kalau macam tu, duA orang anggota jurutera to join sekali dengan anggota CRT untuk buat penugasan tersebut…Dan siapa pegawai yang boleh menjadi ketua dalam misi ini..?

OC CRT :  Kapt Den Boleh tuan….dia anggota “special demolition “ yang qualified”….[ Bilo Den donga namo Den disobut-sobut sebagai ketua tim untuk memusnahkan bom tersebut, mato Den terkobil-kobil macam cicak makan lalat…Banggo ado, sogan pun ado..tapi kojo macam tu memang tak menjadi masalah pada Den, kan Den ahli letopan khas, 11 RGK…INSYALLA….INSYALLAH…tak ada masalah buek Den dalam hal  ini.

Komander :  OK,kalau macam tu, Kapt Den (sambil menjoling pada Den yang ado kek belakang dio)..Lepas ini kamu buat persiapan dan pergi ke lokasi dengan  tim MP..dan tentukan kamu boleh buat, jika ada masalah maklumkan kepada saya….OK Capt Den ..?

Den : OK SIR ..NO PROBLEM SIR>>.

Sebagai sahaja keluar dari bilik mesyuarat, Den terus memanggil Kpl Azhar dan Tpr Lokman memberitahu penugasan yang kono buek. Beberapa minit kemudian 3 orang anggota engineer datang melapor ke tempat CRT..dan juga MP dan ketua platoon mech.  Selepas taklimat ringkas dan memeriksa persiapan, untuk pemusnahan,  seperti..decord (detonating cord), C4, detonator dan sebagainya..kami bergerak ke lokasi yang terletak kira-kira 17 km dari situ. Sesampai di situ, Den arahkan agar platoon Mech membuat sekatan jalan masuk ke kawasan tersebut, MP telah berjumpa dengan penduduk tempatan, polis dan ketua kampong untuk memaklumkan penugasan yang kami akan buat .  Kawasan tersebut telah diseal dan MP telah membuat rondaan supaya tiada orang kampong yang akan berada di kawasan tersebut. Pada masa itu hanya pemberita, tim Den, OO Engineer dan KM engineer yang berada di dalam kawasan tersebut.
Bosa samo dongan Den jugo bom tu..
Sebahagian Dari Bom yangdi jumpai....
Tindakan mula-mula kami adalah untuk memastikan bahawa tempat perjumpaan bom tersebut  adalah bebas dari sebarang “ booby trap”. Semasa pemeriksaan kami dapati kira-kira 18 butir bom meriam yang kami jumpai. Kami telah memindahkan ia di kawasan yang selamat  dan terlindung… Dalam masa yang sama anggota lain telah diarahkan untuk mengali beberapa lubang  dilereng bukit yang adakan digunakan untuk memusnahkan bom tersebut.  Dari perbincangan dengan puak engineer kami bersetuju untuk membuat 4 lokasi dan ia akan diletupkan secara siri, datu demi satu…setiap satu luban g kami letakan 2 bom..( 2x4 = 8 bom) untuk satu sessi..jumlahnya 3 sessi letupan…Segalanya berjalan lancar walaupun pada mulanya pergerakan kami agak lambat disebabkan terlalu berhati-hati dan hendak memastikan semuanya selamat  . Masok siri 2  dan seterusnya  semuanya berjalan dengan lancar kerana ia telah menjadi lebih mudah.. Pada jam kira-kira 5 petang misi kami tamat dan selamat. Petang tu kami bergerak balik dengan perasaan yang bangga juga…walaupun ada di kalangan pegawai ATM sendiri yang mempertikaikan kebolehan pasukan sendiri….dan dalam masa yang sama kami bersyukur ada juga yang masih mempunyai kepercayaan terhadap  ATM....ATM  Boleh, ..Malaysia Boleh..dan..ehhh Capt Den pun boleh….!!!!