Thursday, 9 June 2011

Boleh Tuan,Tidak Ada Masalah !

Setelah lebih kurang seminggu Den berkampong di hotel Livno, maka kem yang baru di bina pada dasarnya telah hampir siap dan sebahagian dari pasokan Malcon telah mula menduduki kem tersebut. Pada masa itu Den masih lagi tinggal di hotel Livno bersama tim Den kerana penempatan untuk Komander Malcon masih lagi di dalam pembinaan. Oleh yang demikian tim Den diarahkan untuk terus tinggal di Hotel dan bertindak sebagai “security team” untuk membori perlindungan kepada Komander Malcon yang tinggal di hotel tersebut. Mewah jugo Den ghaso maso tu, maklumlah maso tu salji tongah toba lagi,kalau tingga ke kem tentu masih banyak perkara yang tidak memberi keselesaan berbanding dengan tinggal di dalam hotel. Tim Den akan mengikut dan memberi perlindungan kepada Komander Malcon ke mana sahaja beliau bergerak. Untungnya penugasan ini, Den dapat banyak peluang untuk keluar dari kem Malcon dan melihat sendiri keadaan Bosnia dan Bandar-bandar kecil lain. Semasa ini lah peluang yang baik bagi Den untuk memahami dan melihat sendiri kesan dari peperangan yang berlaku sebelum ini. Peluang ini jugo Den gunokan untuk bergaul dan berkonalan dengan penduduk tempatan.


Seperti biasa semasa kami tinggal di hotel , setiap pagi kami dah bersedia untuk mengiring Komander Malcon untuk ke penempatan Kem MALCON yang terletak kira-kira 10 km dari hotel. Sesampai di Bilik gerakkan MALCON, biasanyo Den akan mengiringi beliau dan turut sama di dalam sesi ‘morning prayer’ [mesyuarat harian] dan akan mengikuti perbincangan mengenai perkembangan semasa berkaitan dengan operasi dan penugasan yang MALCON. Semasa itu, penugasan utamo Den adalah menjadi “body guard” kepada Komander dan kehidupan Den adolah ‘sonang banyak’ disebobkan Den terkecuali dari terlibat di dalam tugas-tugas pentadbiran di kem. Yealaa, bilo dah jadi body guard dan merangkap Personal Assistance (PA) pergerakan Den agak terbatas dan selalu sahaja berdamping dongan bos Den. Komander Den tu adalah antara sebilangan kocik pihak atasan yang sangat Den hormati kerana dio tu seorang yang very understanding, mudah sonyum (Dongan Den ajolaa, dongan org lain khabarnya garang..”..)dan suko bertanyo pendapat dan yang ponting ..TIDAK MEMONTINGKAN DIRI..! Itu sobab Den hormat dan jago boto dio,,,

Ada satu ketiko tu sewaktu morning prayer, pihak Markas telah mendapat berita dari British Bde HQ :RATS yang berbunyi lobih kurang : “ Need Malcon assistance in rescuing  a team of British Royal Signal, at Zebra Station GR.38487475,  they had bee run out of food supplies and  petrol for 3 days. Route to the loc...covered with heavy snow and very dangerous...and ...bla..balah..”.. Selepas Komander membaco message tu, beliau terus bertanya kepada Pegawai Operasi, bagaimana bentuk bantuan yang boleh diberi dan adakah MALCON bersedia dan mempunyai kepakaran untuk melaksanakan tugas tersebut. Respon dari pegawai operasi agak negatif dan beliau berkata [lebih kurang] :

OO (Operation Officer) :  “tuan, kalau tak silap saya pihak British telah pun menghantar pasukan bantuan dia orang , semalam, tetapi saya difahamkan bahawa mereka tidak boleh naik ke lokasi tersebut yang terletak di atas bukit. Ini  adalah kerana keadaan jalan yang curam di bahagian tepi bukit dan disebabkan pada masa ini salji adalah terlalu tebal dan amat sukar untuk mengesan jalan sebenar..itu sebabnya mereka gagal untuk memberi bantuan kepada tim mereka dan mereka cuba untuk meminta bantuan dari kita.
  
UNKNOWN OFFICER 1:  Tuan saya operasi itu agak berbahaya kerana keadaan cuaca dan juga keadaan muka bumi yang sangat berbahaya. Saya cadangkan kita maklumkan kepada pihak British bahawa kita tak dapat membantu mereka. Takut nanti nak selamatkan anggota mereka anggota kita pulak yang akan mendapat kecelakaan.

PEG NASI TAMBAH :  Betullaa tuan, kita jangan ambik risiko ini. Sedangkan mereka yang dah biasa hidup dengan salji pun tak berani nak naik ke atas lokasi tersebut nak selamatkan orang dia , ini nak suruh kita pulak yang buat. Saya setuju dengan pendapat UNKNOWN OFF tu...

PEG SERBA TAHU :  Tuan kita boleh bantu mereka tetapi dengan syarat kita minta bantuan helikopter dia orang. Kan lebih mudah instead of using road we come in by air , ia kurang risiko, tidak membuang masa dan saya pasti ia akan selamat.

Operation Officer  : Tuan, mereka dah cuba untuk menggunakan helikopter tetapi kawasan tersebut adalah puncak bukit yang kecil dan tidak sesuai untuk heli mendarat, lebih-lebih lagi kemuncak bukit itu sering diliputi kabus dan dengan keadaan salji yang agak tebal sekarang dan angin yang agak kuat, tu sebab mereka tidak boleh menggunakan heli untuk operasi tersebut...

KOMANDER :      Welll kau pula.  .Mej bla. .bla.  .(OC DEN: In charge CRT)  .. macamana lak pendapat kau. Saya rasa kerja-kerja rescue ini sepatutnya menjadi kerja team CRT, nama pun dah Combat Rescue Team, boleh tak team ini membuat tugas nie..?

Komander CRT :   Tuan saya rasa tak ada masalah, asalkan Tuan beri arahan kami akan buat...Walau apa pun kami akan laksanakan kalau tuan dah beri arahan.

KOMANDER :       Betul ke kau  orang boleh laksanakan operasi ini. Bebudak kau tu dah terlatih ke..? Kalau betul siapa yang akan ketuai tim tu saya nak tanya dia dulu..?

Komander CRT :       Colur  (Staff Sarjan)Ringgit tuan. Nanti saya panggil dia. { OC terus memberi isyarat kepada Den untuk memanggil Color Ringgit (Team Standy CRT).} Beberapa minit kemudian Den masok semula ke bilik gerakkan bersamo Color Ringgit . Sebaik sahaja masok Color Ringgit terus hentak kaki dan bersedia sambil memberi hormat dan berkata “..Komando Selamat Pagi Tuan, Saya Color Ringgit ak Duit Siap melapor Tuan.!’{ Maso tu ada juga peg yang tersonyom melihat kesungguhan color ringgit tu...dio nie Iban sejati..semangat memang tinggi !..}

KOMANDER :     Color...kalau saya mengarahkan untuk menyelamatkan dan memberi bantuan kepada pihak British yang terkandas di sebuah bukit adakah kamu boleh melaksanakan tugas tersebut ..?

Color :   [TANPA BERTANYA LANJUT DAN TANPA MENGETAHUI SITUASI SEBENAR KEADAAN TERSEBUT TERUS MENJAWAB] ...BOLEH TUAN, TIDAK ADA MASALAH !!! [pinggg..maso tu hati Den tak sodap, boto ko color nie, tak tahu lagi keadaan sebenar dah mengaku boleh ajo. Walau bagaimanapun Den banggo sobab semangat dio memang semangat komando...YO DULU BUEK KEMUDIAN..!]

KOMANDER : OK KALAU MACAM ITU, MEJ BLA..BLA..ARAHKAN ANGGOTA KAMU MEMBUAT PERSIAPAN DAN TERUSKAN OPERASI TERSEBUT.

OC Den terus keluar bersama Color Ringgit..Selepas beberapa jam, mesyuarat tamat, Den pun keluar dan pergi ke pejabat CRT, untuk melihat persediaan dan mendapat maklumat berkaitan tim yang akan terlibat dengan operasi itu. Malangnya bila Den sampai, Den telah dimaklumkan bahawa tim tersebut telah berlepas dengan menaiki satu landrover dan hanya 5 orang sahaja yang terlibat dan diketuai  oleh Color Ringgit..

Kira-kira dua hari  juga Den tidak mengetahui  perkembangan tim tersebut..sebab setiap kali Den bertanya ke Markas, masih tiada jawapan dari tim tersebut. Keadaan ini membuatkan Bos Den dan Den jadi ghisau akan keselamatan mereka, adakah mereka selamat , adakah mereka berjaya atau sebaliknya...Pada hari ketiga jam lebih kurang 10 pagi kami mendapat berita bahawa , mereka berjaya membawa memberi bantuan minyak dan makanan untuk tim Signal british yang berada di situ dan mereka sekarang sedang dalam perjalanan balik ke markas. Berita itu amat menggembirakan kami semua, sekurangnya-kurangnya, anggota kami semua selamat. Dan pada masa itu Den tak sabar menunggu tim tersebut balik dan Den nak mendengar cerita mereka macam mana berjaya membantu pihak British tersebut. Pagi tu OC Den arahkan Den untuk mencari kambing untuk di buat BBQ bersama team CRT (kami Cuma dalam 45 org aje) sebagai nak menyeleberate (celebrate) kepulangan tim Color Ringgit.

Cari kambing untuk 45org makan ?...Hehehehe...itu bondo sonang, semuo puak ke MALCON tu konar Den...body guard merangkap  PA Komander, Den joling ajo semua akan ketopi  hahaha...nak-nak kalau tengok pistol Den yang bersilang, dagger , senapang..hahhahha semua akan ketopi...Den terus pergi berjumpo dengan Pegawai Bekalan dan berkata “..Tuan, saya bawa amanat dari Komander, petang ini tim CRT yang berjaya membantu geng British tu akan balik, so , Komander suruh kami jamu dia org dengan BBQ kambing...dan atas sobab itu Den nak minta tolong kek Tuan nie...! Bilo dongar ajo arahan dari Koamnder, Mej tu berkato :..OK no  problem...berapa banyak kau nak, nanti saya panggil Q saya..”..Sekejap tunggu, saya panggil Q (org jago stor ) datang,” dan sebaik sahaja Q tu datang Pegawai tu kata kepada Den, “OK beritahu kepada Q keperluan kau dan dia akan beri...”...Lepas tu dia kata kepada Q “..Ok Q , Kapt Den ,...nak buat BBQ ..beri dia apa dia nak...Komander dah setuju ..”...Ok”...jawab Q...Lepas tu Den pergi ke stor makanan dan  minta :...Saya nak dua ekor kambing, sayor, bahan untuk buat BBQ, susu kotak, air minum..bla......bla.”.Pendek kato macam-macam Den  minta...inilah peluangnyo...hahahahaaa .That is the beauty being the body guard for important people..

Malam tu jam lobih kurang 8 malam tim Color ringgit sampai..Kami pun menjamu mereka dengan BBQ dan pelbagai juadah yang telah disedekahkan oleh pihak KP Bekalan..{rela dalam paksalaa tu..hahahhaa} .Lepas tu Den bertanya kepada Color Ringgit macam mana dia berjaya membantu pihak British tu...color Ringgit pun bercerita :....

           “ Alaaa Tuan, biasa aje, masa kami sampai, hari dah petang, malam tu kami tidur kat bawah, esok pagi-pagi, kami bawa bergerak naik atas, jalan memang curam dan salji memang tebal...tapi kami suruh dua orang jalan dulu dan tandakan arah jalan, bahagian tebing kami tandakan dengan red tape...dan tali putih...tu fasal kami lambat, kami rasa jarak dari bawah hingga ke atas bukit tu lebih kurang 7 km juga...kami jalan berganti-ganti sampai ke atas...Bila di atas kami tengok Mat salleh tu semuanya duk berlonggok di dalam kenderaan mereka kerana mungkin cuaca akan sejuk...Sebenarnya mereka belum lagi di dalam keadaan kritikal...tapi mereka mungkin menggelabah tu yang minta bantuan cepat-cepat tu...”...Begitlua yang dikisahkan oleh Color ringgit berkaitan Operasi menyelamatkan puak-puak British tu..

Laaaa itu kisahnya..si maluan British tu lak...buat cerita minta tolong macam nak rak, sampai tak  fasal-fasal komando kita di deploy  untuk menyelamatkan mereka, ..Ishhh...Tapi nasib baik juga tim Color Ringgit tu berjaya...Dan selepas kes tersebut, kita adolah mendapat ucapan terimo kasih dari pihak British kerana  “BERJAYA MENYELAMATKAN ASKAR MEREKA YANG TERKANDAS’....Dan Den ghaso usaha itu berjaya adalah disebabkan semangat yang ditunjukkan oleh Color Ringgit dan tim nya yang sentiasa mempunyai semangat ...YOO DULU....BUEK KEMUDIAN...!