Wednesday, 15 June 2011

Ampon Yo Tok..!

Selain dari menjadi PA dan tim “pelindung” kepada Komander, Den juga sering kali terlibat di dalam memberi perlindungan keselamatan semasa lawatan –lawatan VIP dan  kumpulan-kumpulan tertentu  yang datang ke Bosnia. Penugasan Den ini agak rumit kerana terpaksa menjago VIP dan pada kebiasaannya akan  membuat lawatan ke lokasi-lokasi di sekitar Bosnia. Ini menyebabkan  geng CRT ini terpaksa cover banyak tompek dalam jangko maso yang agak singkat. Biasanya seminggu sebelum ketibaan VIP Malaysia yang akan datang melawat, maka  kami akan bermula membuat tinjauan kawasan dan tempat-tempat yang bakal di lawati. Tujuan adalah untuk membuat security assessment dan juga untuk memudahkan mengatur gerakkan tim pengiring. Lawatan VIP yang pertamo yang tim kami kena cover adalah PTD. Kami telah membuat perancangan teliti bagaimana hendak melaksanakan “security protection” ke tas VIP ini memandangkan beliau akan melawat banyak penempatan tentera dan juga beberapa kawasan riadah di Sarajevo.


Setelah perancangan di buek OC Den pun memborikan tugas.  Tim Den telah membuat recce and secure” tompek yang dio akan lawat, lopeh tu Den akan melotakkan tim untuk “flushing”..(bukan flush toilet dio yo) tompek-tompek yang dio nak tinggal. Semasa tu tugas Den yang pertamo adaloh nak menyambut PTD di  Lapangan Terbang Split,  Semaso menunggu ketibaan Panglima tersebut di Lapangan Terbang Split Den berada di dalam keadaan tidak selesa dan menurut geng Den air muko Den tak secerio macam biaso. Keadaan ini membuatkan geng Den tertanyo-tanyo…kenapo  bermuram durja. Salah seorang dari mereko bertanyo kepada Den”. Tuan awat lain macam aje Tuan hari ini, risau lak saya tengok ada apa-apa yang tak kena ke ?.”..Mulo-mulo Den maleh nak menjawab, tapi akhir nya terkeluar jugo dari mulut Den “...Mana aku tak ghisau,kau tahu  dulu semasa PTD  jadi Panglima Div, aku pernah menjawab “ Sorry Datok , you only need to know basis”..masa dia tanya aku di dalam salah satu pameran statik “special demolition”..tu yang aku risau tu, takut-takut dia ingat lagi peristiwa tu..manalah tahu kalau-kalau dia nie jenis yang suka berdendam...”..”Oh fasal itu, tak ada hal laa tuan, saya ingat mungkin dia tak akan ingat peristiwa tu ..” kata kawan Den. Ya laaa...itulah yg aku harapkan.
PTD tonong Den , Den tonang dalam gelisah 

Sebagaimana yang dirancang, sebaik sahaja dia turun dari pesawat Den menemui beliau dan memperkenalkan diri dan seterusnya mengiringi beliau untuk menaiki kenderaan ke tapak helikopter. Sepanjang perjalanan semuanya berada di dalam keadaan baik. Semasa mengiring beliau di dalam heli, Den duduk bertentang dengan beliau. Maso tu dalam hati Den “..Ya Allah , mintak-mintak orang tuo nie tak ingek peristiwa hitam ke Melako dulu..”..Dan Alhamdulilah memang isu  tu tak timbul langsung, malah sepanjang lawatan tersebut, Den yang sentiasa mengiringi beliau hatta maso makan malam di restoran dua tingkat bawah tanah di Sarajevo pun tak timbul isu tersebut...Alhamdulilah tuhan dah selamatkan Den....dan menjadikan orang tuo tu lupo akan peristiwa hitam tersebut....
Bersama crew SEA KING semasa rombongan MENTAH
Salah satu lawatan yang menjadi ingatan yang masih sogar di dalam fikiran Den adalah semasa lawatan  Mentori Pertahanan pada maso tu. BIasolah..bilo mentori dah datang nie, dio akan bawak beberapo kuncu-kuncu dio…termasok juga rombongan wartawan. Seperti biaso Den telah menyambut dio dari Lapangan terbang Split dan seterusnya telah mengikutinya menaiki helikopter SEA KING British menuju ke Livno..di dalam perjalanan tersebut ada satu insiden yang susah Den nak terangkan akan kebenarannya, biarkanlah MENTAH itu sendiri menceritakan (dipetik dari PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN –BEKAS MENTAH)

Pengalaman-pengalaman sedih dan pahit dapat saya perhatikan dari dekat semasa saya melakukan lawatan rasmi. Beberapa insiden meninggalkan memori yang tidak dapat saya lupakan. Salah satunya pengalaman yang getir adalah apabila helikopter Chinook tentera British yang saya naiki daripada Splitz ke Kem tentera Malaysia telah ditembak dan saya nampak cahaya tembakan tersebut ke arah helikopter. Dengan pantas juruterbang (pilot) mengelakkan dengan membuat ‘manoeuvre’ yang sesuai. Saya juga telah kemudiannya dimaklumkan sebelum itu helikopter yang membawa Menteri Luar Bosnia telah ditembak jatuh dan Menteri Luarnya terbunuh. Mendengar cerita-cerita sedemikian saya tidak pula berasa gentar dan takut. Saya bersyukur dipanjangkan umur dan helikopter yang saya naiki terselamat. Selepas itu saya telah memaklumkan supaya PM, Dr. Mahathir yang akan membuat lawatan yang sama tiga hari kemudian tidak menggunakan laluan saya. Nasihat saya telah digunapakai.

Saya juga telah melalui pengalaman yang mencemaskan bila saya bergerak hendak pergi ke Livno dengan menaiki helikopter milik tentera Perancis untuk melawat pasukan tentera Malaysia di sana. Oleh kerana helikopter terpaksa melalui kawasan kurang selamat kerana masih ada penyerang hendap puak Serb. Maka helikopter mesti merentasi gunung-ganang dan lembah dengan membuat ‘penerbangan taktikal’. Ini bermakna dari masa kesemasa penerbangan menggunakan gunung-ganang dan lembah untuk mengelak dari serangan tembak curi oleh puak Serb. Salah seorang journalis yang turut dalam rombongan tidak dapat menahan tindakan turun naik pantas berasa pening dan terus muntah. Keadaannya menyebabkan penumpang lain dalam helikopter terpaksa menghidu bau muntahnya. Barulah journalis itu faham berapa risiko dan susah yang dihadapi oleh delegasi dalam menjalankan tugasnya. 

Masalahnya Den turut ado di dalam helicopter tersebut, semaso di dalam perjalanan tersebut kami menaiki pesawat SEA KING British . Dan memang menjadi kebiasaan para pilot akan membuat beberapa “tactical maneuver” di kawasan-kawasan yang dianggap berisiko tinggi. Tetapi pada waktu tersebut Den tak mendapat sebarang maklumat berkenaan insiden tersebut dari AQ, walaupun Den bersebelahan dengan AQ..kerana jika sebarang insiden atau kecemasan berlaku, AQ tersebut akan memaklumkan Den, kerana dia tahu bahawa Den adalah ketua tim keselamatan masa tu…Tapi masa tu tiada sebarang perkara yang dilaporkan kepada Den dan pada tanggapan Den tiada sebarang insiden pun , yang ada hanyalah gerakan tactical maneuver pilot yang memang sengaja dibuat. Malam tu semasa di hotel di Livno, semasa sidang akhbar, Den dengar MENTAH menceritakan insiden tu, dan kemudian OC Den bertanya kepada Den…Jawab Den..”.No Sir, I don’t think that our heli had been shot at, maybe the pilot was conducting tactical maneuver on that particular “fly path”..”..So I don’t want to comment on this issue…err Sir..I reserved my comments.

Walau bagaimanapun, ada satu insiden yang sebenarnya berlaku semasa MENTAH berada di Kem MALCON 1 Livno. Selepas beliau makan beliau telah bergerak ke Pejabat Komander, untuk berehat sebelum acara seterusnya. Selepas beliau bersembahyang maghrib, beliau telah berkata kepada Komander “..Raih, I rasa sejuk sangat laa, kaki I dah naik biru ini, i pakai stoking selapis sahaja, can you get me extra socks tak”..Masa tu komander terus pandang kepada Den, dan berkata “..Capt Den, dapatkan sepasangan stoking untuk Dato..”..Maso tu Den macam robot “..OK Sir”..Den terus keluar, semasa keluar angin tongah koncang bonar, salji tongah turun lobat, Den nak bergorak jauh memang susah, mano laei nak cari QM nak dapekkan stoking ...Klik!” otak Den berjalan, Den pogi ke pejabat sebolah, pejabat CRT, Den buka kasut Den, kemudian bukan stoking Den, (Den memang pakai stoking duo lapis- dah tahu sojoknya sampai ke tulang som-som ), Lopeh tu Den kobeh-kobeh stoking tu (libas-libas) kemudian Den bau, fuhhh..OK..no Smell,looks like new..dan Den terus bergerak ke pejabat Komander. Sampai ajo di pejabat Den dengan konfident terus bagi stoking tu kat MENTAH ..” Sorry Dato, lambat sikit, salji tebal, saya rasa stoking ini ok dan baru lagi..Dato nak pakai sebagai lapisan kedua kan ...so yang ini memang sesuai sebab saiznya agak besar (Apotak bosanyo, kaki Den saiz 9, hahahah)... MENTAH terus mengambil dan mengucapkan ‘Terima Kasih Kapt.’.Den jawab..’Welcome Dato..I really proud to have this opportunity to serve you.’..Dan Den pun terus berdiri di belakang dio dengan sonyom...dan ghisau pun ado, takut-takut dio perasan stoking tu bukan stoking baru. Apo-apo pun Allah maha kayo, dio melindungi Den , hambo yang lomah ini..MENTAH pakai tanpo banyak bicaro dan hati Den pun logo....selogo-logonyo.....Dan kalau Dato tu baco blog Den..Den nak cakap “..Ampon Yo Tok  Den bukan niat nak mengianayo Datok,, keadaan darurat maso tu tok..!..