Thursday, 23 June 2011

15 -1

Assalamualaikum semua. Berdasarkan kepada entri yang lepas, Den tengok ghamai yang member komen “baik” kepada Den sehingga , terus terang Den ghaso segan lak. Disini Den nak bagi tahu bahawa sebonarnya Den ini bukanlah insan yang “baik sangat”. Den pun nakal jugak [tapi tak jaik{jahat} ] nak-nak maso Den bujang dan di zaman jahiliyah dulu. Cuma nakal Den tak lah melibatkan orang lain. Ado satu peringkat tu maso tinggal kek mess, ado kes ramai pegawai kono kacau dongan  hantu dan ado yang kono “tindih” dan “kono aleh maso tidur”..tapi Den sorang ajo yang tak ponah kono kacau dek bondo polik-polik tu hinggo ado yang mengatokan  “mano dio nak kono, bilo hantu masok ajo bilik dio , antu Nampak bendera dio samo dongan bender hantu , samo,,tu yang antu tak kacau dio tu sobab satu geng”. Sikap Den maso  kojo dulu banyak dipengaruhi oleh sifat Den maso kek kampong dan Den amat sensitif kalau tengok orang susah atau orang kono aniayo sobab dulu Den susah dan selalu kono aniayo. Apo-apo pun bilo Den ado “kuaso “ sikit tu yang Den  nak gunokan dongan sebaiknyo.

MARAH DEN IBARAT BRUCE LEE !
Bab-bab salah guno kuasa hinggakan ke peringkat menganiaya orang nie memang ada sama ada di dalam askar ataupun di dunia luar. Semasa Den jadi pegawai undang-undang dulu, memang Den lihat benda ini ‘agak banyak juga” yang berlaku. Kalau Den nak hapuskan benda tu sememangnya  Den tak mampu , nak-nak kalau tiada sokongan di kalangan kumpulan pegawai-pegawai undang-undang itu sendiri. Ada juga di kalangan pegawai undang-undang yang bersih dan memang mengikut lunas-lunas perundangan dan dalam masa yang sama ada juga yang buat-buat buto dan tak pedulikan hal tu. Kadang-kadang bila kita cuba membantah atas dasar kebenaran dan memang dah termaktub di dalam perundangan, ehhhh ada juga yang tak bersetuju dan cuba buat polisi baru lak, kononnya nak sesuaikan dengan keadaan semasa, sedangkan peraturan-peraturan yang sedia ada tidak boleh dipakai.

Kali ini Den nak ceritakan satu kisah di mana, di dalam peruntukan undang-undang memang dah sahih, terang lagi nyata mengenai satu-satu peruntukan itu, tetapi si chief gurkha nie pulak nak buat polisi baru supaya peraturan itu tak diguna pakai kerana, baginya pihak atasan tak setuju. Isu yang Den nak ketengahkan adalah berkaitan tahanan semasa menunggu perbicaraan mahkamah tentera.  Di dalam peruntukan di bawah Seksyen 96(3) [kalau tak silap Den – sorry akta tak ado lak kat sini] bahawa “..jika seseorang itu, selepas disiasat oleh Pegawai Memerintah[PM], dan PM berpendapat bahawa kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Tentera [MT] maka OKT tersebut hendaklah diletakkan di dalam tangkapan rapi (ditahan) sehingga ia dibicarakan oleh Mahkamah. Ini bermakna sekiranya semasa selepas disiasat  dan dibicarakan oleh PM di dalam perbicaraan terus, OKT berhak untuk memilih di bicarakan oleh MT. Sekiranya OKT minta untuk dibicarakan oleh MT maka OKT TIDAK BOLEH DIKENAKAN TAHANAN SEMASA MENUNGGU PERBICARAAN.

Di dalam salah satu siri mesyuarat yang dihadiri oleh semua pegawai undang-undang TD,  chief gurkha telah mencadangkan agar dikeluarkan satu polisi baru di mana, jika ada OKT  MINTA DIBICARAKAN OLEH MT, MAKA DIA HENDAKLAH JUGA DIKENAKAN TAHANAN SEHINGGA MENUNGGU PERBICARAAN. Alasan yang diberikan adalah sejak kebelakangan ini (masa tu) ramai OKT  meminta untuk dibicarakan oleh MT dari dibicarakan terus oleh PM. Keadaan ini menyebabkan bertambahnya bilangan kes yang perlu dibicarakan untuk MT. Dan menurut chief gurkha, boss chief tak mahu perkara itu berlaku dengan alasan ia akan melambatkan perjalanan kes. Perkara ini pada dasarnya adalah MENYALAHI undang-undang. Lepas tu chief gurkha pun berkata bahawa polisi akan berkuat kuasa serta merta. Dan lepas tu dia terus bercakap mengenai agenda seterusnya…Ehhhhh masa tu Den ghaso nak baling aje dia Den handphone Den. Cara dia tu seolah-olah nak memaklumkan bahawa dia dah menggunakan kuasa VETO lak. Den rasa tak puas hati, dan masa tu 14 pegawai undang-undang yang lain seolah-olah bersetuju saja dengan polisi yang baru diusulkan. Semasa chief bercakap pasal agenda keduanya….Den terus bersuara :
ADO KUASO  JANGAN NAK MEMJAK AJO
Den :  ehh Tuan,  sorry, sebelum tuan nak meneruskan mesyuarat ini, saya nak Tanya pasal polisi tadi, saya tak setuju dengan polisi tuan tu, sebab ia tak adil dan bercanggah dengan peraturan sedia ada dan satu lagi saya tak setuju sebab ini kalau ia dilaksanakan maka semua OKT tak akan berani minta untuk bicara MT kerana jika dia orang mintak maka dio orang akan kena tangkapan rapi sampai kes dibicarakan dan ini biasanya akan memakan masa berbulan-bulan . Jadi saya tak setuju dengan polisi ini.

Chief :..Laa kau nie, benda ini aku dapat arahan dari chief bos, kalau kau tak puas hati kau cakaplah dengan dia.

Den :..Tuan at least tuan tanyalah pendapat ramai dulu, saya rasa ghamai yang sependapat dengan saya.

Chief : Ok..sekarang aku nak Tanya, ada sesiapa yang tak setuju dengan polisi ini tak..

Para Gurkha : semuanya diam , senyum dan tak ada seorang pun kata tak setuju atau memberi pendapat…Pinnnnnnnnnggg!!!! Den rasa terkejut dengan mereka…

Chief ; Ok…tiada bantahan, maka polisi tu akan kuatkuasa mulai hari ini. Haaah Den kau puas hati tak ?

Den :  tuan ini bukan masalah puas hati tak puas hati. Ini masalah boleh tak boleh. Aku (instead of saya..sebab masa tu Den dah panas dah ) tak setuju kerana benda ini menganiaya orang. Lepas nie semua OKT akan terus mengaku salah aje, depan PM sebab lagi senang , jika OKT minta CM nanti dia kena tangkapan rapi (tahanan di guard room) sehingga MT diadakan, dan biasanya paling awal 3 bulan…tak ke aniaya namanya. Dan aku nak Tanya lak , macam mana kalau Lt Kol punya kes, dia orang tak boleh bicara terus, dan mesti dibicarakan MT, adakah kita akan sumbat Lt kol tu dalam tangkapan rapi juga sementara tunggu MT ..?

Chief ; Alaaaa , kau jangan nak panjangkan isu ini laa, semua dah setuju dan arahan ini datangnya dari chief gurkha, apa pasal kau nak bantah lak. Jangan buang masa laa.

Den :  Aku rasa kau {masa tu Den dah tak panggil dia tuan dah ] boleh cakap macam tu,sebab  kau kat atas senanglaa, aku kat bawah nie yang nak melaksanakan arahan tu susah, sebab yang paling susah pasal aku tahu benda tu tak betul…tak guna aku belaja kalau ilmu  tu nak kenakan orang aje. Aku nak bagi tahu kat sini, aku tak akan buat benda tu kat formasi aku.

Chief:  Kau jangan buat hal laa…semua dah sepakat setuju kau sorang lak nak bantah. Aku malas nak bincang lagi pasal tu , keputusan muktamad.

Den : OK..kalau macam tu, aku nak, setiausaha Kapt.algojo…kau rekodkan dalam minit, bahawa aku bantah polisi tu …aaa..berapa orang ada kat sini …16…okay….kau tulis 15 setuju satu membantah….terima kasih { Den bangun dan terus keluar dari mesyuarat tu..}

Chief :  Komando Kau nak pergi mana lak…

Den :  aku nak keluar ke toilet jap..kejap lagi aku masuk….[masa tu den main aku kau aje, sebab chief tu senioritynya lebih kurang Den ajo, dulu Den panggil dio pakai namo ajo, cumo lopeh dio pakai Lt Kol Den panggil dio tuan dalam meeting tu hilang tuannya…Den keluar sobab Den tongah paneh, takut Den tak leh nak kontrol lak...tu yang poei kono rokok sebatang tu..}

Semasa rehat, ramai pegawai undang-undang yang lain, bersembang macam biasa aje, seolah-olah tiada isu yang berlaku semasa mesyuarat tadi. Tak seorang pun yang daaing menyokong Den pasal isu tu, walhal mereka tahu benda tu tak betul dari segi undang-undang, Cuma ada seorang red Indian yang datang kek Den dan kata “..Sudah laa Den, tak guna kita bertekak dengan dia kan dia dah kata Chief boss gurkha yang nak polisi tu , ikut aje  laa abis cerita..”….Den buat tak dengar aje…malas nak bersembang lagi..sebab masa tu yang dengan ingek 15 lawan satu…

Tuhan tu kaya, polisi yang dibuatnya tak bertahan lama, kerana, selepas polisi itu dilaksanakan, bahagian undang-undang menerima banyak permohonan habeas courpus  dari peguambela OKT sebab tahanan yang tak sah. Keadaan tersebut telah menyebabkan Ketua hakim peguam menjadi panic dan mengarahkan supaya polisi itu dibatalkan. Masa tu Den golak bosa dalam hati,dan kato, kan bodoh punyo kojo, kenapa tak suruh chief boss gurkha tu jawab ajo yang itu adaloah arahan dio…masa tu banyak formasi yang dah dapek permohonan habes courpus tu…..tapi tidak formasi Den..sobab Den durhako pada perintah chief boss….walaupun keputusan undi 15 -1, tapi yang monang tu adalah yang mendapek undi satu tu…God  is Great !!!