Tuesday, 10 May 2011

Unprofessional Conduct ?

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Setiap tahun memang sudah menjadi kebiasaan bagi unit-unit di bawah naungan GGK (Gerup Gerak Khas) untuk mengadakan latihan bersama dengan beberapa pasukan khas dari  luar Negara. Ini bukan satu  rahsia Negara, kerana terdapat banyak juga laporan-laporan yang berkaitan dengan tentera asing  yang dilaksanakan terpampang di dada akhbar. Den mula terlibat dengan latihan bersama ini sebaik sahaja Den tamat menjalani kursus AK dan semasa itu Den bertugas di X RAY Sqn 21 Kdo dan menjadi ketua troop.  Latihan bersama dengan pasukan khas asing ini biasanya melibatkan latihan dua hala. Konsepnya “u  teach me ,I teach u” dan biasanya ia focus kepada latihan kepakaran dan operasi-operasi khas.  Ia akan dibahagikan kepada dua peringkat, peringkat pertama adalah latihan secara teori dan praktikal dan peringkat kedua adalah latihan yang perlaksanaan operasi khas.

Latihan bersama yang pertama Den laksanakan adalah melibatkan pasukan unit khas dari british. Kebanyakan dari mereka adalah anggota-anggota yang sangat terlatih di dalam operasi bandar (urban warfare ) tetapi kurang pengalaman dan juga pendedahan tentang operasi-operasi hutan.  Memang tidak dinafikan ada di antara mereka yang pernah melaksanakan latihan dan operasi peperangan hutan yang sebenarnya di kawasan Amerika Selatan, tetapi minat mereka untuk menjalani latihan dan mempelajari seni peperangan hutan dari tentera Malaysia sangat tinggi, kerana (ramai org Malaysia yang tak tahu hal ini kot..) tentera Malaysia adalah satu-satu negara yang sangat di segani kerana kejayaan kita membanteras komunis . Dan ke banyakkan tentera asing juga menganggap bahawa tentera Malaysia adalah pakar dan mahir di dalam  seni peperangan hutan. Justeru itu banyak negara-negara asing yang ingin mempelajari peperangan hutan ini dari tentera Malaysia.

Pada fasa pertama latihan bersama yang diadakan dengan pasukan penjajah tersebut, semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.  Walau bagaimanapun kebanyakan dari kami (termasuk Den )  amat tidak menggemari dan meluat dengan anggota dari pasukan penjajah tersebut. Kebanyakan dari mereka adalah sombong dan bongkah dan selalu memandang rendah dengan komando kita. Sifat-sifat hidung tinggi dan bongkah sebagai penjajah masih lagi menebal di sanubari mereka . Mereka masih menganggap kami sebagai  tentera dari  “third world country” dan tidak se sofistikated mereka. Memang Den akui pada waktu tersebut tentera kita masih belum mempunyai kelengkapan-kelengkapan canggih seperti , Nigth Vision Goggle (NVG)(Alat pandang malam), GPS, telefon satelit, infra red binocular  dan sebagainya.  Gelagat dan kelakuan mereka yang sering meninggi diri dan memandang rendah kepada kami, apatah lagi negara kita pernah dijajah oleh mereka membuatkan Den merasa marah dan tidak selesa.  Semenjak itu, Den pun sentiasa bersikap tegas dan tidak berkompromi dengan mereka apa bila timbul masa-masa mereka meminta bantuan. Pendek kata Den masa tu tak “layan dia orang sebagai tetamu “...Masa tu Den muda lagi dan tak pandai lagi  nak beralah..atau bersopan santun...nak menerokam macam ghimau  ajo hahahahhaha.

Latihan peringkat akhir  yang melibatkan  “operasi khas” bersama  telah dirancang untuk diadakan di sebuah  kawasan lapangan terbang lama. Pada masa tersebut, Den telah di arahkan untuk menjadi pasukan merah (musuh).  Den dan troop Den telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kawasan kompleks lapangan terbang dan juga dua stesen pemancar (dummy, - sebenarnya adalah tangki air  lama yang diubahsuai untuk kelihatan seperti pemancar ).  Pasukan biru (pasukan khas british dan juga tim letupan khas  anggota Y Sqn) telah ditugaskan untuk melaksanakan satu serangan mengejut dan memusnahkan pemancar tersebut.  Setiap tim letupan (British dan Y Sqn )  dipertanggungjawabkan untuk memusnahkan  satu pemancar dengan menggunakan bahan letupan sebenar.

Minggu pertama itu, Den yang  mengetuai  pasukan merah di kompleks lapangan terbang lama itu telah melaksanakan rutin harian seperti membuat rondaan kawasan, memasang barb wire (dawai gulung) di beberapa tempat sensitif dan juga  benteng-benteng pasir bagi memperkuatkan lagi sistem  pertahanan kami. Sepanjang masa tersebut, Den tahu pihak pasukan biru akan membuat pemerhatian dan tinjauan bagi mengenal pasti kedudukan kami dan juga penempatan beberapa halangan sebelum mereka mula menyerang kedudukan kami. Mereka juga (pasukan biru) akan mencatat segala aktiviti harian kami dan juga mengenal pasti kedudukan “pemancar” dan akan memilih jalan masuk dan keluar  ke kompleks tersebut. Bila gerakan kami,( yang akan turut disenaraikan sebagai sasaran penting) adalah terletak di tower kawalan lapangan terbang tersebut. Den telah memberi arahan supaya laluan ke menara tersebut tidak dipasang dengan sebarang halangan atau  benteng pasir kerana Den telah mempunyai satu rancangan “jahat” nak mengenakan komando British tersebut.

Kira-kira 2 minggu Den dan troop  berkampung di kawasan tersebut. Akhirnya Den mendapat maklumat bahawa, beberapa orang pegawai atasan akan datang melawat ke lokasi kami pada malam tersebut dan JMT (Jangka Masa Tiba ) (ETA) ke lokasi kami adalah dalam 1200 malam. Ini merupakan satu ‘hint’ kepada kami bahawa pada malam tersebut pasukan biru akan menyerang kedudukan kami dan memusnahkan kedua-kedua pemancar. Den telah memanggil semua anggota kumpulan  merah dan memberi taklimat akhir  tentang tindakan yang akan diambil jika kedudukan kami diserang. Sebenarnya perkara ini telah lama di taklimat dan anggota semuanya telah mengetahui untuk bertindak jika diserang. Walau bagaimanapun pada malam tersebut , Den telah mengeluarkan perintah khas.,bahawa...pada jam 1100 malam, Den mahukan beberapa lapis “barb wire” (wire berduri gulung yg digunakan untuk menghalang orang melalui sesuatu kawasan  ) di pasang di kawasan hadapan jalan untuk ke  tower dan beberapa tempat lain yang tidak pernah dipasang lagi sebelum ini.

Kira-kira, 1200, malam,  beberapa pegawai atasan yang dijangka akan datang melawat ke lokasi Den tidak muncul- muncul. Den beranggap mungkin mereka telah membatalkan niat mereka untuk ke lokasi Den dan mungkin juga mereka berada di satu lagi kawasan sasaran. Walau bagaimana pun tepat jam 12:15 Den melihat trip flare pertama yang dipasang di kawasan perimeter tempat sasaran telah menyala, dan  diikuti dengan beberapa letupan “thunder flash” dan juga tembakan senjata peluru kapur. Pada waktu itu, semua lampu di kawasan pertahanan Den telah dipadamkan kerana kami mahu pasukan biru menghadapi masalah apabila menyerang di suatu lokasi yang gelap.  Den yang berada di “tower” dapat melihat kelibat pasukan  biru berlari sambil menembak untuk menghampiri kawasan sasaran. Keadaan kompleks dan menara yang gelap gelita itu telah memberi masalah yang besar kepada pasukan biru. Pada waktu itu, dengar mendengar beberapa jeritan dalam bahasa Inggeris ..”F)#@!@! S@#$%  OH )3*& ARHH%^%%7...di bahagian bawah tower tersebut. Pada waktu Den pasti bahawa “toman dah masuk jaring..”...Den senyum dan berkato dalam hati “ ..Ambik kau , kau ingek kau terror sangat, kato ado NVG apo tak guno..”..sekarang mampuih kau tersangkut kat kawat..’

Beberapa minit kemudian , Den mendengar tipuan wisel dan itu menandakan bahawa kami semua mesti mengambil perlindungan kerana mereka akan meletupkan kedua-dua “pemancar” dengan bahan letupan sebenarnya. Lepas letupan, Den mendengar pasukan biru menjerit perkataan  “FALLING DOWN” antara satu sama lain dan ini membawa maksud bahawa serangan telah berjaya dan mereka dikehendaki berundur ke RV selepas serangan mereka. Kira-kira 30 minit kemudian Den mengarahkan lampu kompleks tersebut dibuka. Pada masa itu Den perasan salah satu dari pemancar tersebut tidak jatuh sebagaimana yang sepatutnya . Den tak tahu pasukan manakah yang memasang letupan di sasaran tersebut, sama ada komando british atau anggota Y Sqn. Setelah memastikan bahawa anggota Den semuanya ok , Den mengarahkan mereka untuk berehat dan tidur .

Pada pagi keesokannya, kami memaklumkan kepada HQ bahawa satu dari sasaran tidak jatuh dan Den memberi  “damage assessment” kepada HO. Secara keseluruhannya Den klasifikasi serangan tersebut sebagai gagal.  Pada masa itu juga Den mendapat maklumat dari HQ bahawa 3 orang komando British telah mendapat kecederaan yang agak teruk di mana mereka terpaksa mendapat jahitan antara 5-8 jahitan kerana terlanggar barb wire.  Masa tu Den bertanya adakah anggota Y sqn pun mengalami kecederaan yang sama dan jawapannya amat melegakan hati Den..tiada yang kena. Pada masa tu Den senyum sendiri, ambik kau british, padan dengan muka kau..

Semasa post mortem, keadaan menjadi agak kecoh, apabila pegawai British menyatakan kekesalannya terhadap tindakan Den yang dianggap tidak profesional dan tidak memberi kerjasama dengan pihak beliau. Pada waktu tersebut, CO dan OC serta Ketua Staf GGK turut hadir. Mat Salleh tu pun kata, disebabkan kecederaan yang dialami oleh 3 anggotanya menyebabkan mereka gagal untuk meletupkan sasaran pemancar dengan sempurna dan pemancar tersebut tidak dapat dimusnahkan dan pada dasarnya misi tersebut gagal. Setelah mendengar kekesalan yang diluahkan oleh Pegawai British tersebut, CO Den terus bertanya kepada.. Den “ OK ..2LT ...hahaha (Den) Do you have anything to say about the allegation made by Major bla..bla..Mula-mula Den diam , kemudian Den terus berkata :

..”Yes Sir !,Well with due respect Sir. First I have to tell our British counterpart that” ..I am, in fact we are as professional as you  are.

“No 2 : throughout the exercise, we have given our full commitments to ensure the success of the exercise is guaranteed.

And thirdly...the incident will not happens, and I am referring to the causalities sustained by 3 of your so call professional soldiers, if and if you all  are professional enough and abide to the basic rule of raid, that is “the target must be put under surveillance until the last moment prior to the attack, I am sure that the incident will not happen.
If a proper and thorough surveillance until the last moment prior to the attack has been made, I am sure your professional soldiers will know the exact locations of the barb wire and could past through it without any problems. Furthermore, you all have been equipped with your NVG, why you never used it..So don’t blame us for your lack of professionalism and failure to anticipate the changes of the barrier location..

(Sorry yo, Den terlopeh lah menulis dalam bahaso orang putih nie…sebonanrya Den pun bukan pandai ..tapi pasal ghoram punya pasal , Den hobin ajo…)

Masa tu telinga Den dah panas, Den pun tembak laa...Sebaik sahaja Den berkata demikian. CO Den terus menyampok...OK 2lt Den...enough...you  get out from this room now.!..Bila mendengar aje arahan CO Den yang mungkin tengah marah tu, Den terus beri dia tabik sedas..dan “Permission to carry on Sir”.Den keluar dari bilik tersebut. Apa belaku lepas tu Den tak tahu. Walau bagaimanapun selepas tamat latihan bersama tu, Den tidak dikenakan apa-apa pun tindakan dari pihak atasan Den. Den rasa mungkin Co pun mempunyai pandangan yang sama dengan Den. Sejak dari itu Den memang tak respek langsung dengan komando British tu . Sobab tu, semasa Den  berkhidmat , den tak pakai langsung wing SAS yang Den terima dari mereka. Dia orang mungkin mempunyai kelebihan dari segi peralatan dan kelengkapan, tetapi “…naluri” di orang tak sesuai dan tak mempunyai sifar keberanian sejati macam pahlawan melayu, ..heheee….hehheeee……