Monday, 9 May 2011

Siri 15d : Breaking the trends....!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Setelah dua hari kami ‘senang banyak’ dan ‘berkampung’  didalam ladang kelapa sawit tersebut, kami pun  membuat persiapan untuk bergerak menuju ke CP 10 , iaitu tempat penamat kami.  Walaupun kami semua berasa ‘fresh’ dan ‘segar’ kerana  telah mendapat rehat  dan tidur yang cukup, bau kami tetap sama dan Den mahu mengekalkan begitu sehingga ke garisan penamat.  Sebelum bergerak, seperti biasa Den akan memberi satu taklimat ringkas . Kali ini tiada sebarang  arahan berkaitan “Tindakan Serta Merta “ yang diberikan  kerana keyakinan kami amat tinggi  bahawa perkara itu tidak diperlukan.  Den Cuma merancang untuk mengadakan satu lakonan dan drama sedih dan menyayat hati, semasa kami melapur di CP 10. Rancangan kali ini  adalah untuk menarik simpati jurulatih dan supaya kami tidak banyak ditanyakan berkaitan perjalanan kami.  Den akan memegang watak si capik, yang mana Den akan berjalan seperti orang capik dan bertongkat ketika menghampiri garisan penamat, sementara itu  Rumbi akan di papah oleh Mat Sebi dan Nizam dan Mat Lani ditugaskan untuk membawa pack dan senjata Mat Lani. Semuanya ini dirancang adalah untuk  meraih simpati dari jurulatih agar mereka tidak banyak bertanya  tentang perjalanan kami. Setelah semua bersedia , kami pun memulakan langkah .

Setelah kami berjalan selama kira –kira 30 minit , kami pun telah nampak akan kelibat CP 10..di mana khemah dipasang dan kami dapat lihat ramai anggota AK yang telah berada di kawasan tersebut dan keadaan mereka adalah amat riuh sekali . Kira kira 300 meter dari CP, kami mula memainkan peranan kami. Den berjalan seperti orang capik (terenjut-enjut) seolah-olah mengalami kesakitan lutut yang melampau , sementara itu Rumbi telah dipapah oleh  Nizam dan  Mat Sebi dan di belakang sekali kelihatan  kelibat  Mat Lani yang berjalan seperti unta Bahgdad dengan membawa pack dan senjata si Rumbi.  Kira-kira 100 meter dari garisan penamat , Den nampak  Kapt bla..bla..dan Sarjan Misai menunggu ketibaan kami . Masa tu Den terdengar jeritan dari Sarjan Misai “..Woi  komando, larilaaa, takkan kau org berjalan  lagi…dah nak mampos sangat ke ?...Bila mendengar jeritan Sarjan Misai, Den menjadi tak selesa. “apo laie Sarjan Misai  nie, tak habis-habis nak toture orang’. Demi  menjaga hati Sarjan Misai, Den pun buat-buat berlari, macam orang capik sambil menggunakan tongkat, si Mat Lani yang mula-mula jalan di belakang Den, telah berlari memotong Den, macam kaldai yang sarat dengan bagasi, sementara itu Nizam dan Mat Sebi tetap mengekalkan temponya kerana mereka sedang memapah si Rumbi.

Sebaik sahaja sampai, kami mendengar jeritan dan sokongan serta kata-kata semangat dari AK yang lain. Mereka semuanya kelihatan ceria dan bergelak ketawa.  Kami terus melapur di khemah dan berjumpa dengan Sarjan Misai. Masa tu Sarjan Misai Cuma berkata “…ok bagus siswa kamu Berjaya sampai juga akhirnya. Lepas ini kamu boleh joint tim yang lain dan berehat. Kalau kamu rasa sakit dan perlukan rawatan , pergi ke khemah medic.  Malam ini jam 8  berkumpul untuk makan malam ..dan kamu semua boleh bergerak sekarang …!!!....Masa tu Den macam tak percaya ..”Apa ??? kami tak perlu nak beri sebarang taklimat sebagaimana yang lazimnya, tak perlu  disoal dan tiada sebarang kata-kata atau perbuatan mendera pada kali ini. Apa dunia nak kiamat ke…???Den macam susah nak menerima situasi itu..!!! Ini bermakna semua lakonan kami untuk meraih simpati dari jurulatih tadi adalah sia-sia belaka …!!!! Cehhh..buang maso ajo, lakonan kami sikit pun tak di hargai dan tak mendapat perhatian yang sewajarnya…bentak hati Den. Apa-apa pun, kami tetap gembira kerana, “dosa-dosa” kami semasa pergerakan dari CP 8,9 dan 10 masih tidak  dibalas lagi…hehehee…

Malam itu ada sedikit kelainan dari malam-malam yang lain. Kami makan tanpa sebarang gangguan, kami dibenarkan untuk membuat pentadbiran masing-masing tanpa sebarang gangguan. Kami tidur di tempat lapang dan tiada lagi jeritan dan kejutan di waktu malam yang menghantui kami. Secara teorinya, latihan AK telah tamat, Cuma kami masih tak mengetahui siapakah yang bakal gugur di saat-saat akhir. Memang menjadi lumrah Kursus AK, pada hari terakhir atau sebelum upacara penyampaian bere hijau dan pisau dilaksanakan akan ada seorang dua AK yang akan digugurkan. Dan saat itu adalah yang paling kami takutkan kerana ia mungkin terjadi pada kami. Bagi Den, peluang untuk perkara itu berlaku pada Den adalah tinggi memandangkan Den adalah siswa novis…dan ia pernah berlaku pada siswa lain sebelum itu. Sebab itulah, pada malam itu walaupun latihan AK telah tamat secara rasminya, tetapi selagi upacara penganugerahan bere hijau tidak dilaksanakan Den tidak menunjukkan sebarang reaksi kegembiraan kerana pada waktu itu apa yang Den fikirkan adakah Den akan digugurkan dari kursus disaat –saat akhir. Den tidur dengan seribu kebimbangan, walaupun sepatutnya tiada apa lagi yang nak dibimbangkan pada saat itu.

Pada keesokannya, selepas minum pagi, kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diarahkan untuk membuat persiapan “ kawasan serangan mengejut” yang akan digunakan untuk demonstrasi serangan mengejut semasa perbarisan tamat latihan. Ada kumpulan yang diarahkan untuk menyediakan model  di khemah berhampiran tempat perbarisan tamat latihan .Pbt Sudin telah dipanggil untuk mengetuai kumpulan tersebut…dan pada waktu itu kami semua dah menjangkakan yang  Pbt Sudin adalah bakal penerima anugerah komando terbaik di dalam kursus kami. Ini adalah kerana, biasanya pelatih terbaik dikehendaki memberi taklimat serangan yang akan dilaksanakan  semasa upacara tamat latihan kepada tetamu kehormat yang akan menyampaikan bere hijau dan di dalam kes kami beliau adalah Panglima GGK sendiri.  Setelah dua hari kami Berjaya menyiapkan sasaran yang diperlukan. Seterusnya kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang akan terlibat di dalam demonstrasi serangan dan kumpulan kedua adalah mereka yang tidak terlibat dan akan bersedia di tempat permulaan untuk perbarisan penyampaian bere hijau.

Den telah di letakkan di dalam kumpulan demo, tetapi peranan Den adalah kecik aje, sebagai pembantu ketua kumpulan letupan. Sementara itu Sam telah dilantik sebagai ketua kumpulan serangan. Den rasa tak sedap hati sebab sebagai siswa Den sepatutnya dilantik sebagai ketua kumpulan letupan, tetapi ini tak berlaku. Dari saat itu , hati Den dah mula gelisah” ini mesti kes kena gugur di saat-saat akhir ini “ kata hati Den. Selain dari itu Sam juga telah dilantik sebagai ketua perbarisan  semasa tamat latihan dan Adjutannya adalah Pbt Sudin. Ini menguatkan lagi sangkaan kami bahawa Sudin akan dipilih sebagai komando terbailk. Perkara itu Den tak berapa kisah , sebab Den tahu bagaimana perasaan menjadi penuntut terbaik ini, sebab masa cadet days dulu Den adalah pemenang pedang kehormat dan juga pemenang akademik terbaik untuk kadet . Jadi pasal penuntut terbaik atau tidak Den tak kisah sangat, tapi yang Den risaukan adalah sama ada Den akan dianugerahi bere hijau atau tidak…

Pagi yang dinantikan pun tiba, semasa perbarisan pagi, Sarjan Misai, telah member taklimat terakhirnya sebagai jurulatih kami. Berapi-rapi kata-kata semangat yang dihamburkan kepada kami oleh Sarjan Misai. Kemudian tiba bab sedih yang dinanti-nantikan ramai…Masa tu Den dah bersiap dan berada bersama dengan kumpulan letupan  sebelum memasuki kawasan demonstrasi. Sarjan Misai, dengan suara yang tenang menyatakan “ OK nama-nama yang saya panggil sila keluar dan jumpa saya di khemah jurulatih selepas nie…98445…Pbt..bla,,blaa.. 983435  Pbt huhhuu.. 398537 Pbt ishh.sihkkk..” kata Sarjan Misai. Wah Den rasa lega sebab nama Den tak dipanggil, Den lulus laa nie kot…kata hati Den. Tetiba Kapt bla..bla..kata kepada Sarjan Misai..”  Sarjan..panggil Siswa..hahahaha (Den)..sekali , jumpa saya “. Bila dengar sahaja nama Den disebut, Den rasa nak menjerit, rasa-rasanya bagai kepala Den di hompok kelapo ajo …!!..Den terus pusing kanan, hormat sedas dan berlari menuju ke tempat Kapt bla..bla… Maso tu Den cuba tabahkan hati..dan berkali-kali…berkata dalam hati “..as I expected..as I expected…ok be clam, be cool..this is not the end of the world or my world for that matter…” Den cuba nak memujuk hati Den…yang hairannya den tak menangis  punnnnnnnn…Bila sampai saja di tempat Kapt bla-bla…dia berkata dengan ringkas “…OK saya nak kamu pergi ke khemah gerakan (bilik gerakan  - berhampiran tempat perbarisan kira-kira 200meter dari situ ) dan berjumpa dengan OC(Ketua Cawangan  Komando )…pergi sekarang.!!!.”. Bila dengar sahaja arahan tersebut, Den pun berlari sepantas kilat dengan menjinjing senjata Den.  Tak pelaa,,,kata hati Den..turun skot pun tak paa sekurang-kurangnya den dah lalui semuanya….InsyAllah kali kedua Den akan Berjaya…kata Den lagi di dalam hati.

Sebaik sahaja sampai di bilik gerakan, Den terus masuk dan melapur pada OC yang ada  di situ .Masa tu Den lihat, Pbt Sudin dah ada di dalam khemah tu dan Den lihat suara dia tergagap-gagap seolah-olah sedang memberi taklimat. OC terus bertanya kepada Den ..” Kau tahu sebab apa kamu dipanggil ?” ..Tidak Tuan, tapi saya rasa saya akan diturunkan skot Tuan ..” jawab Den “..OK kata OC  Den dengan senyum…” You have 45 minutes to familiarize with the model and the attack orders and to rehears and I want you to present it when the Panglima comes …”..Rasa-rasanya itulah yang Den dengar perkataan yang terkeluar dari mulut OC Den. Sebaik sahaja menerima arahan itu Den terus menerima kayu penunjuk (pointer) dan juga Q cards berkaitan skrip persembahan yang akan diberikan dari Pbt Sudin.

Walaupun masa agak singkat dan Den berada di dalam keadaan tertekan, Den Berjaya menyampaikan satu taklimat yang memuaskan hati Panglima GGK pagi itu. Apa taknya, bila dia baling spanner (istilah menyoal dengan tujuan untuk menduga) Den akan menepis dan mengilas soalan dia. Dia bagi jurus tiga Den jawab jurus 5,…wah macam cerita Laksamana DoReMI lak.. hahahahhaaa….akhirnmya..Panglima GGK tu rasa puas hati dan mungkin juga dia dah puas digoreng oleh Den…hahahaha  (sorry yea, melawak ajo). Selesai taklimat, Den diarahkan oleh OC untuk memasuki perbarisan penganugerahan bere hijau, sementara itu kawan-kawan Den dah  pun memulakan gerakan untuk membuat serangan. Setelah semuanya selesai majlis penganugerahan bere hijau itu dilaksanakan dengan penuh gilang gemilangnya….Den maso tu hanyo ..tersonyumm..tersonyommmmmmmmmmmm..panjang……

Selepas perbarisan, Den dimaklumkan bahawa, Sudin tidak dapat memberi taklimat dengan baik dan selalu gagap dan gugup, sebab itu walaupun dia dipilih sebagai penuntut terbaik, dia tak boleh nak memberi taklimat tersebut dengan baik. Pasal kredibiliti Den dalam aspek memberi taklimat ini, ke banyakkan dari jurulatih memang dah tahu….(shhh sorry bukan nak menyombong  yo) sebab tu Den digantikan di saat-saat akhir. Lepas tu baru Den tahu kalaupun Den tak disuruh untuk memberi taklimat tersebut, Den memang lulus kursus tersebut, Den tidak diberikan peranan penting di dalam serangan dan juga semasa perbarisan kerana menurut jurulatih ia adalah kerana mereka sangkakan  kaki Den sakit betul dan disebabkan mereka melihat Den berjalan macam orang capik sebab tu mereka tak berikan sebarang peranan penting kepada Den semasa perbarisan anugerah bere hijau. Masa itu  , barulaah semua pertanyaan sering yang bermain di kepala Den baru terjawab. Lakonan Den menjadi tetapi hampir memakan diri.....Apa-apa pun.....hari tu Den dah “Break the trend..dan tradition..”...Sebab Den adalah siswa yang lulus hanya setelah sekali sahaja menghadiri kursus asas  sejak 6 tahun kebelakangan itu...