Saturday, 7 May 2011

Siri 15b : Komando Merempit...!!!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!

Kira-kira 5 jam kemudian kami sampai di Chek Point ke 8. Pada waktu itu keadaaan Den agak teruk dan dah mula berjalan terhenjut-henjut dan bersepah. Den mengalami pembengkakkan melampau dibahagian lutut. Sementara itu  Si Zam mengalami kepecahan dan kemelecetan yang agak melampau juga sehingga mereka terpaksa berjalan menggunakan kasut shoalin (macam kasut kung fu tu ) begitu juga dengan si Rumbi yang mengalamai  "kepijaran " melampau dibahagian alat sulitnya akibat dilumurr dengan  cili blender semasa kami ditawan ( Semua geng kami diperlakukan dengan perkara yang sama, tetapi, kami tidak lah seteruk si Rumbi..sebabnya syihhhh isu sensitif , tak boleh Den nak katakan disini. )  Ketibaan kami di check point ini tidak lah seceria dan semegah  mana jika dibandingan ketika kami melapor di check point-check point sebelum ini. Kami tidak menjerit, kami tidak banyak  bercakap . 

Perisitiwa kami di jadikan POW telah memberi kesan yang mendalam di dalam tingkah laku kami. Kali ini kami lebih "berhemah", tidak banyak bercakap dan tidak bersembang " tinggi " dengan tim-tim lain sebagi yang lazimnya. Jurulatih di check point tempat kami melapur pun mentertawakan kami bila mereka mengetahui bahawa tim Den telah di tangkap oleh musuh. Rasa-rasanya hilang 'macho" dan  tergugat kredibiliti kami pada waktu tersebut sebagai "tim 'the slickers"...sebab kejayaan kami sebelum ini dimana berjaya mengelak dari ditangkap oleh pihak musuh sehingga ke check point ke 7. Tim Den tak banyak menceritakan kepada rakan-rakan  yang lain tentang butiran peristiwa bagaimana kami dijadikan tawanan oleh musuh dan apa yang telah kami lalui semasa tempoh terebut.  Bagi Den dan geng Den yang lain , biarlah peristiwa  tersebut menjadi pengalaman ngeri bagi kami dan biarlah derita kami tanggung sendiri..

Selepas melapur dan mendapat taklimat dari jurulatih berkaitan dengan pergerakan ke Check Point  9, kami telah berkumpul  dan seperti biasa berbincang bagaimana kami nak melaksanakan pergerakkan seterusnsya.  Semasa ini, walaupun Den belum memberi sebarang kata pembukaan, Den lihat air muka geng-geng Den terpancar dengan sinar kejernihan dan senyuman .,lebih-lebih lagi muka si Mat Lani. Den tahu dan Den dah dapat baca, yang  mereka ingat Den akan bersetuju dengan  "rancangan tidak rasmi" yang telah dibuat, dibincang dan diperdebatkan semasa perjalananan ke CP 8 .iaitu kami akan mendapatkan bantuan pada peringkat ini memandangkan kami mempunyai alasan yang kukuh unutk berbuat demikian (yang kami rasa sebagai satu justifikasi  yang kuat pada waktu tersebut ..)

a.  3 dari  anggota tim  mengalami "kecederaan melampau " yang boleh menjejaskan peluang kami untuk sampai pada waktu yang telah ditetapkan.

b.     Memandangkan hanya dua check point aje yang tinggal (9 dan 10) Den menjangkakan bahawa  musuh akan lebih tertumpu di kawasan yang agak kecil . Dengan kepadatan tim-tim dan bilangan musuh yang boleh di deploy di dalam kawasan itu, kemungkinan besar untuk ditangkap sekali lagi adalah tinggi. Dan pada masa itu Den risau dengan ingatan tulus ikhlas dari colour Sepah " tangkap sekali lagi..turun skot! . Dan Den tak memandang mudah pekara itu. 

c.    Tim kami telah berada di kawasan yang mana kami boleh mendapat bantuan agent yang boleh memudahkan pergerakkan kami . Peluang ini hendaklah dipergunakan dengan sewajarnya. Sekurang-kurangnnya kami boleh aplikasikan pelajaran untuk "contact agent " yang telah kami pelajari...hehehhe

d .  Dan alasan yang terakhir dan Den sendiri sahaja yang memikirkannya adalah  "terdapat kemungkinan besar yg Den akan digagalkan di dalam AK ini, kerana Den adalah antara dua siswa yang tinggal. Sam adalah veteran manakala Den adalah novis (kali pertama) jadi kebarangkalian tinggi yang Den akan digugurkan. Semangat Den agak lemah pada waktu bila teringatkan "trend" ini. (Siswa biasanya tidak akan lulus dengan sekali hadir kursus AK).

Berdasarkan kepada sebab musabab diatas tadi, Den telah memperincikan lagi rancangan pergerakan Den untuk ke CP 9 sebagaimana yang telah dibincangkan semasa pergerakkan ke check point 8 selepas di tawan musuh. Rancangan amat mudah :  . Kami akan  berhenti di satu RV (Rendezvous Point) (Titik Pertemuan ) yang difikirkan selamat dan sesuai. Dari situ, Mat Lani secara solo akan bergerak ke kawasan perkampungan berhampiran untuk meminta bantuan dari segi pakaian dan pengangkutan. Selepas menukar pakaian awam Mat Lani secara solo dikehendaki bergerak kekampungnya, tidak jauh dari kawasan itu , sementara kami menunggu beliau di RV tadi ) untuk mendapatkan kenderaan dari keluarganya untuk mengambil kami dan membawa kerumah beliau. Dari sana kami akan menaiki kenderaan lagi dan bergerak menuju ke CP 9.  Sekiranya rancagan in berjaya , prosedur yang sama juga akan dilaksanakan di selepas CP 9 untuk CP 10 (penamat ). Full Stop !.. Senang, rengkas dan padatkan.. ?.rancangan kami. ?

Kira-kira 5km dari CP 8, kami pun mancari satu tempat yang paling strategik untuk dijadikan RV . Tempat tersebut juga harus  membolehkan kami membuat pemantauan  sekeliling dari jalan raya utama dan juga trek yang menghampiri kawasan kami . Sebaik sahaja kami tiba di RV tersebut, Den dan Mat Sebi, telah membuat tinjauan kawasan (recce) bagi memastikan kesesuaian tempat tersebut untuk dijadikan RV dan juga kami nak menetapkan RV alternatif (RV ini digunakan jika musuh telah  mengetahui kedudukan kami kami mesti beredar dan berkumnpul semula di RV Alternative,) Sementara itu Mat Lani sedang sibuk membuat persiapan untuk penyusupan keluar dari kawasan tersebut untuk melaksanakan operasi sulit dan penting .

Setelah semuanya selesai, Den telah mengarahkan Mat Lani memberi taklimat semula tentang berkaitan apa yang harus dia lakukan di dalam operasi sulit itu . Mat Lani memberi taklimat dengan jelas dan penuh yakin. Kemudian Den "test" dia dengan pelbagai soalan "Tindakan Serta Merta (TSM) " tentang apa yang harus dilakukan kalau timbul sesuatu situasi itu, seperti jika dia terserempak dengan musuh, jika dia kembali ke RV dan dapati kami tiada disitu  dan sebagainya...Selepas berpuas hati dengan penerangan Mat Lani . Den pun melepaskan beliau pergi dengan diringi doa . Semuga berjaya !. Mat Lani pun bergerak dengan hanya memakai seluar loreng, t shirt loreng dan kasut Kung Fu..menuju ke kampung terdekat....Apa yang berlaku sepanjang masa operasi Mat Lani , kami tak tahu.

Malam itu kami tidur dalam keadaan  "tidur-tidur ayam 'sahaja. Ini bukan kerana kami takut kepada musuh  yang mungkin menghampiri kami pada malam itu. Den asyik memikirkan apakah yan gberlaku pada Mat Lani..Berjaya ke dia untuk sampai ke kampungnya ? Adakah dia  ditangkap  musuh  dan sebagainya...Pada waktu itu, kami memang dah bersedia jika kami ketahui kehadiran musuh,. Kami dah tahu bagaimana nak bertindak dan kemana nak dituju..dan bagi memastikan kami benar-benar bersedia, Den telah memasangkan beberapa "trip flare" dan juga rentangan tali yang diikat dengan water botol yang boleh menghasilkan bunyi jika dilanggar oleh sesuatu objek. Sambil berbaring kami berborak dan bersembang. Sesekali Den menyuruh Mat Sebi mendendangkan lagu. tapi  Den suruh dia menyanyi secara berbisik...hahhaaa. lain pulak suara masa Sebi bila menyanyi lagu sambil berbisik..(meremang bulu tengkok Den maso tu..lain macam ajoo..) Den pula masa tu antara dengar dan tak dengar aje...Bila Den terlelap , tak pula dapat  dipastikan.

Tiba-tiba, Den dikejut oleh Mat Sebi. " Tuan bangun, Mat Lani sampai .." Bila dengar sahaja nama Mat Lani, Den bingkas bangun sepantas kilat . Mat Lani menghampiri  Den dan berkata :

Mat Lani  : OK tuan kita boleh bergerak sekarang, saya datang dengan tiga kawan saya dengan 4 buah moto kap chai. .Kita boleh naik moto ke rumah saya. Mula-mula saya ingat nak membawa lori atau van, tapi  saya rasa tak selamat tuan, sebab saya dengar polis ada buat road blok,..dan saya takut musuh ada bersama polis..itu pasal saya bawa moto aje ."

Den :  OK, apa plan pergerakan ke sana ? tanya ku ..

Mat Lani : Setiap org akan menaiki moto tuan, saya ada bawa beberapa baju civis untuk geng kita pakai, dan saya bawa juga dua beg, untuk kita "diismantle senjata kita dan masukkkan ke dalam  beg tersebut : pack terpaksa kita letak antara penunggang dan pembonceng"..

Den : Wah pandai kau yo Lani, kau dah fikirkan bondo-bondo tu semuo yo...Ok, bagi aku 5 minit...kato Den ..Den pun mengarahakan  Nizam dan  Rumbi untuk membuka balik , pagar  water bottle tadi, sementara Den dan Mat Sebi, membuka balik 2 trip flare yang telah  dipasang.

Setelah semuanya bersiap, Den menyuruh Mat Lani memanggil kawan-kawan dia yang menunggu tidak jauh dari situ . Setelah berkenalan, Den pun mula memberi taklimat pergerakan . Den difahamkan jarak dari lokasi tersebut ke rumah Mat Lani adalah kira-kira 30 km. Den maklumkan kepada semua  "riders" bahawa pergerakkan mereka adalah bebas, dan tidak boleh secara berkumpulan, siapa boleh sampai dulu lagi bagus.  Keduanya Den beritahu, jika dia tahan oleh askar atau orang berpakaian awam semasa dalam perjalanan, jangan berhenti, ..rempppp..itt..Den arahkan mereka untuk gunakan segala skil merempit yan gada pada mereka asalakan tak ditahan dan .teruskan perjalanan kecuali kalau road blok dan polis beruniform ada bersama. Kalau ditahan atau ditangkap...jangan maklumkan kemana dan apa tujuan kami, selepas ditawan dikehendaki bergerak ke RV alternatif ( sebuah masjid 7 km dari rumah Mat Lani )  dan bukannya terus ke rumah Mat Lani, setelah 2 jam di RV alternatif baru bergerak ke rumah Mat Lani. Ini bagi mengelakkan dari musuh untuk mengesan dimana sebenarnya kami. Kalau boleh elakkan dari berhenti dimana-mana tempat kecuali keadaaan terpaksa, kalau tidak terus bergerak ke rumah Mat Lani. Den juga arahkan  pergerakkan akan berselang 5 minit setiap satu motor dengan moto yang lain dan Den akan bergerak dahulu diikuti,  Rumbi, Mat Sebi, Nizam . 

Setelah selesai memberi taklimat pada semua  "riders" , kami menukar pakaian kami, senjata di dismantle dan dimasukan ke dalam beg. Malam tu Den memakai kain pelikat dan baju melayu johor..Di garisan permulaan, Den menaiki moto yang dipandu oleh Mat Lani...Setelah semuanya siap , pada malam tu, Den pun bergerak sebagai perserta rempit pertama....vrooommm..vrommmm..kapchai Mat Lani mengaum dan meninggalkan RV tersebut....Kami merempit  tak ubah macam  "crazy frog"  malam tu......