Thursday, 5 May 2011

Siri 15 : OK...Kita Tidur Dulu....!!!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Setelah hampir dua minggu kami mengharungi peringkat paya, kami telah diberi makan bubur lambuk dan juga beberapa hidangan juadah yang lazat-lazat (roti bantal, jem nenas dan bubur kacang pulut merah ). Masa tu kami melantak bagi nak rak. selera makan kami macam jin, semua makanan yang diberikan habis dengan begitu cepat sekali .Maklumlah bila berada di kawasan paya nie, naluri kelaparan tu melampaui tahap biaso. Semasa perbarisan akhir pada peringkat paya itu, kami dimaklumkan dari 350 anggota AK yang mula-mula mengikuti kursus tersebut (Kump A dan B) kini hanya tinggal kira-kira 110 sahaja yang berjaya unutk keperingkat akhir. Den termonong sekojap, macam tak percayo yang Den dan Sam masih lagi berjaya mengikuti kursus tersebut apotah laei bilo Den dah mencuri makanan dan rokok Sarjan Misai, syukur Alhamdulilah...akhir nya berjayo jugo Den mengharungi peringkat paya dan meneruskan latihan .

Latihan seterusnya adalah latihan 'escape and  evasion  ' (E & E). Latihan ini adalah latihan yang agak mencabar. Secara konsepnya, kami akan bergerak dari satu point ke satu point . Jarak dari tempat permulaan ke tempat penamat adalah kira-kira 200 km. Kami bebas untuk merancang pergerakkan sendiri dan tidak menjadi kesalahan sekiranya kami menaiki kenderaan, asalkan kami tidak ditangkap. Satu yang cantiknya didalam kehidupan sebagai askar ini, kami boleh membuat kesalahan asalkan tidak ditangkap. Den dah lalui fasa ini, masa Den mencuri rokok sarjan Misai dulu, disebabkan Den tak dapat ditangkap maka Den sebenarnya tidak melakukan kesalahan (ini ajaran sonsang yo, jangan pulak diikut ).

Di dalam perjalanan kami  mesti mengelakkan dari ditangkap  " musuh". Musuh kali ini bukanlah terdiri dari jurulatih atau standard  Sarjan Misai .Mereka adalah terdiri dari anggota-anggota komando yang terlatih dan segala pergerakkan mereka adalah tidak dikawal. Sekiranya mereka berjaya menangkap kami, kami akan dijadikan POW  (Prisoner of War ) selama 2 jam, dan dalam dua jam tersebut macam-macam boleh berlaku. Musuh ini tidak mengetahui secara teperinci berkaitan dengan pergerakkan kami, mereka cuma diberi kawasan am gerakkan kami dan mereka dikehendaki mencari dan menangkap kami. Mereka bebas untuk membuat road blok (bersama pihak polis) dan mereka pula dilengkap dengan pelbagai kenderaan seperti landrover, motor kapchai, trak. jumlah mereka juga bukanlah sedikit , hampir 3 platun .Dari segi kelengkapan, kebebasan bergerak dan  juga pengalaman, musuh sudah tentu jauh lebih baik dari kami. 

Pada pagi di tempat perlepasan tu, tim Den yang terdiri dari Rumbi, Nizam, Sebi dan Mat Lani (ganti Din Jambu yang telah diturunkan skot di peringkat paya kerana "kelaparan yang melampau dan sakit" ) telah berbincang dengan teperinci bagaimana kami nak bergerak ke check point pertama. Den pastikan Grid Reference dan Tanda Panduan di tempat yang hendak dituju itu  dihafal dan dingat oleh semua geng Den. Jika berlaku apa-apa dan kami terpaksa berpecah, kami dah tahu apa tindakan selanjutnya dan kemana kami akan tuju. Den melarang sebarang penandaan dibuat  diatas peta dan tidak dibenarkan sebarang nota berkaitan dengan perjalanan tempat yang kami ingin tujui ditulis di atas mana-mana kertas. Den juga berbincang dengan geng tentang kemungkinan untuk mendapatkan bantuan 'agent' yang boleh membantu kami dari segi kenderaan dan juga kewangan . Sebabnya semasa tempoh AK kami memang tak berduit dan tak boleh ada duit. Kami bernasib baik kerana Mat Lani adalah orang yangberasal dari  kawasan latihan yang hendak kami tuju. Kemungkinan kami untuk mendapat bantuan agent adalah tinggi tetapi menurut Mat Lani itu akan hanya berlaku  kalau kami sampai di leg 7 atau kelapan ..dan dah dekat dengan leg terakhir. Walau apa pun harapan kami tetap tinggi kerana kami dah ada tempat nak " mengadu "

Setelah semua persiapan disiap dan semua geng Den dah tahu apa yang hendak dilakukan, Den pun mengarahkan geng Den untuk tidur dulu, supaya dapat rehat yang cukup..Tetapi niat sebonar Den adalah untuk membiarkan tim-tim lain bergerak dulu dan kalau boleh Den nak bergerak akhir sekali..sebab pada pandangan Den  tim-tim yang bergerak dulu, boleh  Den gunakan sebagai "buffer tim " Den. Maknanya kalau ada musuh dikawasan tersebut, mereka akan bertembung dahulu dan mereka akan dikejar oleh musuh...dan pada pengiraan Den, pada masa tersebut adalah masa yang sesuai untuk kami menyusup keluar dari kawasan musuh...!!! Jadi kalau kena tangkap, mereka laa yang akan kena tangkap dulu....!!! dan itu akan meninggikan lagi kebarangkalian Den untuk terlepas dari tangkapan musuh...Pandai tak Den  ?hahahha....ini bukan kes nak meaniaya orang. Ini adalah situasi dimana kita  gunakan otak kita  untuk terus survive..lagi pun pergerakkan tim-tim adalah bebas , ikut suka siapa yang bergerak dulu siapa yang nak bergerak kemudian ,..sesungguhnya tiada paksaan di dalam kes ini.

Setelah masuk hari ketujuh, tim Den adalah satu-satunya tim yang tak pernah terserempak atau ditangkap oleh musuh lagi. Bila kami sampai aje di check point- check point kami dengar banyak cerita yang menyayat hati dan menakutkan yang diceritakan oleh anggota-anggota yang pernah ditangkap musuh. Pendek kata kalau anda pernah melihat video klip komando yang menjadi isu hangat suatu masa dulu...begitulah sedikit sebanyak gambaran yang dapat Den ceritakan semasa menjadi POW diperingkat E &E. Pada maso tu Den dapek lihat ghamai dari anggota AK yang kepalo nya telah dicukur ditanda dengan huruf X . ini bermakno mereko telah ditangkap oleh anggot musuh dari X-RAY Sqn yang mempunyai congangkato  : MEMBUNOH TERUS MEMBUNOH"...Iaitu sqn mulo-mulo Den semaso melapur di 21 Komando dulu. Sehingga ke leg 7 kami masih selamat lagi..tapi dalam hati kami masih ada kerisauan kerana kami ada 3 leg lagi untuk ditempuhi. Semasa melapur di check point ke 7, kami dah dengar beberapa jurulatih berkata-kata tentang kehebatan tim Den. ada juga yang kata bahawa kalau tak kena tangkap musuh tak lengkap untuk menjadi anggota komando kerana tiada pengalaman yan gselalunya dilalui oleh semua anggota AK. Den tak ambik kisah dengan kata-kata tersebut..bagi Den pada masa tu, janji Den selamat...hahahahhah!! 

Kami bergerak agak lewat dari check point ke 7, hari sudah  semakin senja dan keadaan pada masa itu agak berangin dan hampir hujan. Kira -kira 5 km dari tempat check point kami bergerak tadi, Den telah mengarahkan kepada anggota untuk rehat dan tidur dulu  dan akan meneruskan pergerakkan diawal pagi. Mat Sebi tak bersetuju dengan arahan Den tu. 

Katanya " tuan..dalam keadaan dan cuaca begini adalah masa yang paling sesuai untuk kita bergerak,kerana bila hujan, saya rasa musuh mesti tak akan keluar dan mungkin tengah dok sedap sembang kat mana-mana kedai kopi atau tengah sedap tidur...sebab tu masa ini sepatutunya kita gunakan untuk bergerak..." Dari segi logiknya memang betul kata Mat Sebi tu.dan ia disokong oleh geng-geng Den yang lain...kecuali Den...!! 

Den berkato : "Sebi cuba kau tengok dalam tim ini berapo orang yang samo pemikiran dengan kau ?.

Jawab Mat Sebi ; " Semua kecuali tuan ".

Den :  "Kau tahu apa sobabnyo Den tak setuju dengan kau ..?

Mat Sebi : Tak tahu tuan .

Den : " Sebabnya sedangkan empat dari kita berlima mempunyai pemikiran macam kau, dan Den percaya ghamai lagi tim-tim yang lain mempunyai pemikiran yang samo dan termasuk musuh...iaitu, cuaca yg hujan lobek, sojok ,sodap tidur atau berehat ajo dari keluar mengejar budak AK...! ini bermaksud ...idea atau kefahaman kau tu terlalu common, dah mudah difahami....begitu juga di pihak musuh....kalau musuh tu bodoh dan tak terlatih, dia orang  mungkin tengah tidur dan rehat macam sangkaan kau..tapi kalau musuh tu pandai, inilah maso yang sodap dan  sonang untuk menangkap anggota AK...theori ini Den panggil teori  "reversed sikologi"...Lagi pun musuh tu dah boleh baco fikiran kito...kalau ikut firasat Den maso inilah musoh sedan g sibuk berkeliaran mencari kito..!

Mat Sebi : entah laa tuan, saya hanya memberi cadangan...mungkin juga ada betulnya cakap tuan.

Den : ..Ok yang lain macam mano....nak teruskan perjalanan atau nak tidur dan rehat sehingga awal pagi esok...baru kita bergerak ?

Nizam : Tapi tuan dalam hati saya , saya rasa yakin bahawa dalam keadaan macamini  musuh tidak akan keluar mencari kita. Sebab mereka pun nak rehat juga dan dalam keadaan cuaca yan gmacam ini memang sesuai untuk rehat dan tidur dan keluar susah-susah untuk mencari kita.: 

Den : Apa pula kata kau Rumbi...? tiada sebarang respond dari rumbi...rumbi kau dengar tak apa Den cakapkan ?

Nizam : Tak dengar laa tu tuan, Rumbi sedang kun....!!!

Den :  Zam kau luku kepalo si Rumbi tu, orang tongah meeting dio boleh tidur laie.!!!..haaa Mat Lani apo lak kato kau ? 

Mat Lani :  Saya rasa elok kita tidur dulu dan rehat, sebab sekurang-kurangnya kita dah pasti tak akan bersusah payah untuk bergerak dalam hujan nie dan dah pasti malam nie kita boleh tidur lena, sebab musuh tak akan dapat tangkap kita...kalau nak kena pun..biarlahhh bukan malam nie, sebab macam tuan kata tadi cuaca dan keadaan begini memang sedap untuk tidur...!!

Den :  Lain lain macam mana....setuju tak ..?

Lain Lain : Setuju tuaannnnnnnnnnn....

Den : OK ...KITA TIDUR DULU.....!!!