Wednesday, 4 May 2011

Siri 14 : Phewwittt ..Malboro Satu !

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!

Check point terakhir kami semasa latihan membaco peta jarak jauh adolah di kawasan pantai yang mempunyai hutan paya bakau. Di akhir latihan, setelah semua tim sampai (pada masa ini  Kump A dab B dah bergabung) kira-kira hanya ada dalam 130 lebih sahaja anggota yang layak untuk keperingkat seterusnya ia itu "swamp survival". Kami telah diberi masa berihat dan masa untuk membersihkan diri sebelum memulakan latihan peringkat paya pada hari berikutnya . Seperti biasanya pada malamnya, kami diberikan taklimat sebelum memasuki peringkat paya dan diakhiri dengan persembahan-persembahan yang "tidak  menghibur dan menyeksakan pada malam tersebut ." Walaupun jiwa terseksa pada waktu tersebut, Den dan kawan-kawan dah mula menghitung hari.....bilakah kursus tersebut akan tamat...!" 

Setelah hampir dua bulan lebih, kami memang tak tahu langsung apa yg berlaku di dunia luar. Malam tu pemikiran Den dok tertumpu pada latihan yang akan dijalankan esok....dan pada masa itu timbul dengan perlbagai persoalan....berjayakah Den mengharunginya...dan adakah Den akan kecundang pada peringkat ini ?. Ini adalah kerana pada waktu  itu hanya ada dua orang siswa sahaja yang berjaya sampai ketahap itu. Den dan  Sam...Sam adalah peserta veteran, dan merupakan percubaannya yang ketigo untuk mendapatkan bere hijau. kalau dia gagal bermakna dia akan dihantar balik ke pasukan asal dan tidak akan berpeluang untuk mencuba lagi. sementara itu Den adalah kategori novis , jika ikut adat dalam 6 tahun kebelakangan pada waktu itu...tak ada seorangpun siswa yang berkategori seperti Den akan lulus semasa percubaan kali pertama. Biasanya akan gagal atau akan digagalkan oleh jurulatih dengan alasan siswa harus di nilai dengan 'sekeras-kerasnya" sebelum layak menjadi pegawai bere hijau...itu lah yang Den menungkan dan risaukan sebolom Den terlolap malam tu. 

Pada kesesokannya pagi-pagi lagi kami dah berbaris dengan hanya bersenjatakan tombak kayu dan tempurung kelapa serta..sehelai pakaian dalam. Kami seterusnya telah diarahakan untuk bergerak kekawasan  paya dan memulakan "spa mandian berlumpur".  Seluruh badan kami disapukan dengan lumpur , dari kepala hingga ke hujung kaki. Kami kemudiannya diarahkan untuk berjemur dikawasan lapang bagi memastikan lumpur-lumpur tersebut kering. ..dan seterusnya ia akan menjadi pakaian kami untuk sepanjang tempuh peringkat paya. Keadaan kami pada masa itu tak ubah macam kobau yang baru lepas berkubang...Mula-mula terasa geli juga, tetapi lama-kelamaan  dah tak mendatangkan apa-apa pada kami. Seterusnya  kami bergerak masuk ke dalam kawasan paya bakau dan mula membuat basha kami secara persendirian. 

Rutin kami pada tempoh tersebut adalah sangat memboringkan...pagi selepas berbaris  ,kami akan ke kawasan paya bakau mencari makan.. bila air surut kami akan mengharungi pantai yang berlumpur untuk mencari kerang, belut, siput  dan apa juga kehidupan yang boleh menjadi makanan. menu kecemaran adalah ikan belacak. tetapi ia amat sukar untuk ditangkap....Selain dari itu tiada makanan tambahan diberi kepada kami...Dalam tempoh tersebut ramai di anatara kami yang mengalami masalah "perut"....

Waktu  malam pula adalah tempoh yang amat memeritkan. Selepas kami bermandian lumpur pada petang hari, kami akan berada di basha masing-masing...mula-mula Den ingat mungkin jurulatih tidak akan menganggu kami dan membiarkan kami berehat...tetapi itu hanyalah harapan Den, yang sebenarnya, kami  akan diarah untuk berkumpul di dalam setiap  45min - 1 jam sekali  di satu kawasan lapang. Isyarat untuk berkumpul adalah dengan tembakan sejata M 16 ataupun para flare...Kami dikehendaki berada ditempat berkumpul  5 minit selepas isyarat diberikan. Mana-mana anggota yang lambat akan terima habuannya. Keadaan paya bakau yang penuh dengan kayu bakau dan berlumpur serta keadaan yang gelap amat menyukarkan kami untuk bergerak.Sukar untuk Den bayangkan situasi ini dalam bentuk penulisan. Pendek kata keadaanya amat mengazabkan...

Setelah hampir seminggu, keadaan menjadi lebih teruk lagi..ada di kalangan AK yang telah berjumpa dengan jurulatih dan minta untuk keluar dari kursus. Kami memang dah tak berapa bermaya dan lesu pada ketika itu. Pernah satu ketika, diwaktu siang semasa kami sedang mendengar kthubah dari jurulatih, sebijik kelapa komeng telah jatuh di dalam parit yang berhampiran....Blashhhh !..bunyi kelapa tu jatuh, kami semua hampir serentak memadang ke arah kelapa yang jatuh dan terapung tu....dan  pada masa itu jurulatih seolah-olah mengetahui hati kecil kami dan berkata " ..ok siapa nak kelapa tu , pergi ambil....". Bila dengar kata-kata tersebut, hampir sepuluh orang AK terus terjun ke parit itu dan berebut-rebut untuk mendapatkan kelapa  yang sememangnya makanan yang lazat pada waktu itu. Perebutan untuk mendapatkan kelapa itu hampir mencetuskan 'pertelagahan" antara AK tadi. Bagi mengelakkan keadaan menjadi huru-hara , jurulatih telah mengarahkan agar kelapa tersebut diserahkan aje kepada beliau... Jurulatih tersebut telah mengambil kelapa komeng itu dan menjadikan ia sebagai tempat duduknya..dan meneruskan kthubahnya... Pada masa itu..mata kebanyakkan dari AK adalah tertumpu kepada kelapa itu, termasuk Den...! Dalam hati Den berkata, " kalau laa Den dapek kelapo tu kan sodap...!!!fuhhhh air kelapo ais ....bayang Den...sambil menolan air liur...!!!

Den hampir putus aso pada peringkat ini, kelaparan yang amat melampau dan dalam maso tu syaitan kocik dah berbisik kat telingo Den .."Buek apo kau tahan lagi...kau ingek kau baru kali pertamo ambik...kau pasti tak akan lopeh ...kau ingek jurulatih sonang-sonang nak bagi siswa lulueh sekali ambik ajo"...bisik syaitna kocik...ehhhh dalam hati Den..".pandai lak si syaitan ini memujuk Den yo..dan pandai  pulak dio menggunokan bahaso kampung Den.." "Kalau kau berhonti sekarang lobih baik sobab kau tak yah susah-susah laei..lambat-lambat pun kau totap gagal juga..." kato syaitan kocik lagi..."Boto juga tu, kato hati kocik Den..(Den ingek ini bukan bisikan setan nie...ini bisikan Den yang dah termakan ajakan setan tu..."...Den pun terus membuat satu perancangan....Den akan keluar dari kursus ini, bukan dengan cara sukarela dan minta dikeluarkan..Den nak keluar cara berhemah....caro yang mano Den disingkirkan dan bukan Den yang minta....!..Ini semuo kerana nak jago maruah laa nie...Bilo keluar nanti tak laaa orang kato...."..alaaaa lombek boto kau..tak tahan...minta keluar...."...Woooo selisih ompek puluh ompek malaikat ..Den tak nak bondo tu berlaku...

Akhirnya pada waktu hening subuh  pagi tu, Den bergerak dengan cara yang paling tektikal, tiada sebarang bunyi...Den keluar menuju ke basha jurulatih...Mulo-mulo Den merangkak, kemudian Den meniarap dan setiap dua atau tiga kali pergerakkan Den, Den berhonti dan memandang sekeliling..bilo Den ghaso  selamat Den teruskan rangkakkan Den...akhirnya Den sampai di basha Sarjan Misai. Den donga dio sodang berdongkor..." ""Poooh..Furr,...Pohhhh...Furrr!!" macam lori traktor naik  bukit. Den hampiri pack dio dan Den punggah barang dia,...Den jumpo...3 kotak  rokok  malboro, beberapa bungkus maggie, . Den ambil sekotak ajo malboro tu, kemudian  Den ambik sebungkus maggie...Kemudian Den bergorak kebelakang secara pelahan-lahan... Den terlanggar mejo  dan ateh mejo tu Den nampak ado  lampu pelito askar yg hampir malap..dan ado beberapa buku roti bantal dan jem...Sompek Den capai sebuku roti dan setin jem yg dah terbuko...Tangan Den dah ponoh..Den gigit kotak rokok...ehhhh macam pisau rambo lak...dan bawa barang-barang yang berjayo Den "jumpo"...serta berundur dari kawasan musoh...Maso tu Den aplikasikan semuo tektik nak merapat ke sasaran dengan sepenuhnya...Terimo kasih pada jurulatih Den yg dah  mengajar Den pasal ilmu tu...Akhirnya Den berjayo jugo sampai kat basha dengan selamat dan sejahteranya...

Sampai di basha, Den apo laie....makan lah roti yang ado tu, maggie  pun den tolan  montah-montah..sobab tak ado bookeh nak masak...habis makan ajo Den sonyom macam borok lopeh makan pisang...lopeh tu Den buka rokok malboro...(sebonanyo Den tak pornah hisap rokok lagi maso tu ) ...Nasib baik baro api ado lagi  yang Den buek untuk menghalau agas dan nyamok...Den pun kono sebatang malboro..fuhhhhhhh, ehhhh Den siap silang panggung lagi....sambil berangan  "...alangkah nikmatnya hidup ini."''!!! Tak sampai sebatang pun lai...tetibo kepalo Den poning...."aku keracunanan ko ?"   bisik Den...ehhhh tak laah..Den poning sobab kono rokok tu....!!! Bilo dah selosai..Den musnahkan semua bukti yang ado....dan meneruskan tidur Den...Dalam hati Den..kalau  kono tangkap dan turun skot pun den pueh hati sebob Den dah mencuri  makan dan rokok Sarjan Misai.,...Maso tu Den fikir kalau kono turun skot , baru macho....!!!! kerana ditangkap semasa melaksanakan operasi sulit...hahahhaa...dan Den pu terlolap.....

Tumbbb..tumbbbb...bunyi tembakkan untuk kami semua berkumpul pada pagi tu...Den heran pasal ghaso Den matahari tak corah lagi apa pasal lak pagi ini kono baris awal...Den pun terus berlari di dalam boncah lumpur dan ada suara kocik berbisik..dan Den pasti bukan suara halus setan.." kumuor-kumor mulot tu..nanti bau rokok sarjan misai syak  ..! Rengkas dan padat ajo pesanan suara "good samarithan tu ...Den pun  laksanokan ...Di tompek baris  Den lihat Sarjan Misai terjorit-jorit macam koro kono belacan dan memaki hamun kami...isunya..."...SIAPA CURI ROKOK AKU ...!!! Habeh kami semua kono denda..pada hari itu..memang teruk dengan pelbagai denda...kesudahannya seorang pun tak mengaku...??? Den pun tak nak mengaku..juga....!!!! Akhirnya  Sarjan Misai putus asa ..kerana tak dapat menangkap sipencuri  ...Aku gelak dalam hati....Lesson  Learnt  ; Kalau nak buek jahat buek sorang-sorang..apa-apa pun tak akan pecah kecuali kita sendiri yang pecahkan...!!!!!