Tuesday, 3 May 2011

Siri 13 : Sumpah ! Potong Ayam..Kami tak Buek !

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .! 

Sehari selepas latihan peringkat  hutan tamat, kami telah bersiap untuk membuat latihan membaca peta  jarak jauh. Keseluruhan jarak perjalanan tersebut adalah dalam 150 km .Latihan ini agak rileks dan kami bergerak dengan menggunakan kebijaksanan sendiri dari satu check point ke satu check point, ..yang pentingnya asal kami tidak ditangkap kerana menaiki sebarang  "boraq". Kumpulan mana yang sampai dulu akan mendapat kelebihan dari segi rehat yang cukup dan makanan yang fresh yang diberikan di check point. Bagi Den dan kawan-kawan peringkat  ini adalah peringkat makan angin, kerana walaupun kena berjalan jauh, tapi kalau pandai menggunakan kompas  (rakyat ) dan peta dan pandai menggunakan ilmu "terbang" tanpa dikesan oleh jurulatih....kami akan selamat.Semuanya bergantung kepada insiatif ketua kumpulan dan juga "luck". Sekiranya ditangkap menaiki kenderaan..bermakna...kami akan digagalkan dan dilarang  mengikuti kursus

Kumpulan Den pernah hampir-hampir di tangkap oleh jurulatih Sarjan Misai, kerana telah "menghijack lori kelapa sawit di awal pagi.. Semasa kami sibuk untuk memanjat lori hantu tu di dalam keheningan subuh pagi, Den perasaan ada sebuah motor kapchai di belakang Den. Maso tu Den denga jeritan suara Sarjan Misai..."Hoi.kau budak basic, turun dari lori tu..!" Bila Den dengar ada jeritan tu, Den terus berlari dan duduk disebelah driver lori  iaitu seorang lelaki berbangsa India ..

# Kata Den, "Bro Aneh, kasi cepat jalan, kalau tidak u sama  kito orang akan mati, sebab belakang tu ada orang jahat kejar sama kami, dia ada bawa senapang sama peluru hidup, nanti u pun kena tangkap bawa balai polis juga sebab angkut kita orang...!!! 

#Bila dengar aja kata-kata Den tu, Aneh tadi pun terus menekan paddle minyak dan bunyi lori tu mengaum, bagai nak rak...!!! Bila Den tengok belakang, Den nampak lampu motor kap chai tu makin lama makin kecik....!! Lega rasanya hati Den sebab Den pasti Sarjan Misai tidak akan dapat kejar lori kami kerana jalan tanah merah  dalam ladang kelapa sawit tu bukannya rata, kalau  Sarjan Misai nak merempit juga malam tu, Den pasti terdapat kebarangkalian besar motor dia akan terperok masuk dalam lopak-lopak di jalan tanah merah tu...atau pun mungkin akan termasuk kedalam parit-parit yang berada di sebelah jalan tu...Den senyum dan berkata di dalam hati.."Yahooo...ambik kau Sarjan  Misai, kau selalu mengenakan orang kali ini kau terkena juga ....gelak besar Den !!!!

# Kemudian Den tanyo kat kawan Den si Nizam,  "Zam, semua dah naik lori ke ? Ada yang tertinggal ke . .? Nizam pun terus periksa sambil memanggil nama " .
"....Mat Sebi, ..! Yeap.".jawab Sebi,
"Din Jambu ...?...Ado "! jawab Din,..
"Rumbi ?....tak ada jawapan..
"Rumbi..!.Rumbi....? "
Nizam bagi tau Den  " Tuan Rumbi tak ada ?"..Den jadi panik sekejap ..sebab kalau hilang seorang bermaksud Den akan gagal !!..Den suruh Nizam kira berapa orang ada kat belakang lori tu...
Jawab Nizam, "4 termasuk saya .."
Den kata " Kalau 4 dah cukuplaa sebab kita berlima... kalau bukan  Rumbi siapalak yang lagi sorang lagi tu tanya Den..? "
Masa tu Aneh tadi duk bising dengan Den, "aii Tuan mana kita mahu pergi nie.. ??? nanti kalau polis buat road blok susah saya !". Den kato aneh  ..lu tolong diam sekejap , saya mahu kira orang saya , satu sudah hilang...! Kalau dia tak ada bukan saya saja susah  Aneh lagi susah, kerana mungkin aneh sudah langgar sama dia masa dia mau naik ini lori tadi..!..' Aneh tu jadi panik terus diam..

Kemudian Den dengar Nizam  kata " Tuan, memang cukup, yang satu tu memang Rumbi, masa saya panggil dia tadi , dia tidur , pasal tu dia tak dengar ...!..Tidur ..? Woit dalam kelam kabut  nak naik lori dan di kejar oleh Sarjan Misai , si Rumbi boleh tidur  .???. Den diam dan senyum ajo, tanpa perlu berkata apa-apa.....dalam hati lepas ini siap kau Rumbi !!!

Jauh juga Den naik 'boraq' tu, dalam 20 km dan  kira-kira 10 km dari check point yang Den nak tuju Den mengarahkan Aneh tu untuk memberhentikan lori hantu tu. . Sebaik sahaja turun di kawasan yang Den agak selamat., Den ucapkan terima kasih kepada Aneh tadi dan Den berikan ration "ayam kari 'dan jem untuk dia.. Kemudian Den  beri taklimat kepada semua geng Den...Taklimat ini penting, kerana Den nak semua geng Den tahu apa yang hendak diceritakan kepada jurulatih semasa di check point  dan semua cerita kami mestilah sama...Sebab biasanya di check point jurulatih akan bertanya bermacam-macam soalan berkaitan apa yang kami jumpa  atau lalui dari satu check point ke satu check point. Kalau ada antara ahli kumpulan memberi cerita yang tak sama berkaitan dengan perjalanan mereka, jurulatih biasanya mengesyaki bahawa kumpulan itu menggunakan 'boraq'. Ada satu tim yang mana telah gagal dalam sesi ujian dengan jurulatih dan setelah di soal siasat dan disiat-siat oleh jurulatih, mereka mengaku menaiki boraq...akibatnya..mereka semua "diturunkan skot " dan gagal di dalam AK tersebut.

Bagi mengelakkan perkara begitu berlaku. Den telah bagi taklimat berkaitan dengan perjalanan tersebut. Lepas tu Den akan uji mereka dengan menanya pelbagai soalan, jika jawapannya tak memuaskan hati Den...Mat Sebi yang berada disebelah Den akan meluku kepala mereka yang salah...Lepas tu Den telah mengarahkan kepada Rumbi untuk berpura-pura sakit dan memerlukan ubat dan minta kebenaran untuk berjumpa dengan medikal untuk mendapatkan rawatan...sakitnya....???? Den suruh dia bagi tahu sakit  "BUASIR !!! "...Sebab nya bila kata sakit tu, Den dah pasti bahawa geng medikal tak akan periksa dan akan beri ubat dan suruh berehat...! Den suruh Rumbi berbuat demikian kerana Rumbi ini selalu "off the tangent "!!! dan lurus macam bendul....Den takut dia terlepas cakap atau tak tahan kena soal siat...dengan jurulatih...Sebab tu Den bagi dia satu tugas khas....

Setelah Den berpuas hati dengan persiapan dan rehearsal serta taklimat , Den pun mengarahkan kumpulan untuk bergerak ke check point...Pagi tu Den tak beri mereka minum dan makan pagi, sebab Den nak mereka kelihatan letih lesu, tak bermaya..apabila sampai di check point..nak minta simpati pada jurulatih, supaya jurulatih benar-benar percaya bahwa kami benar-benar penat berjalan...Dan Den pun dengan sengaja melewat-lewatkan masa untuik sampai di check point tersebut, dan tim Den adalah Tim yang kedua terakhir sampai di situ. Semuanya dibuat dan dirancang untuk menguguhkan lagi dakwaan kami bahawa kami tidak menaiki sebarang kenderaan untuk sampai ke check point itu. Den belajar semua nie semasa kat kolej boi wing dulu..."tuang menuang....untuk kesejahteraan diri !!!!"

Sampai aje di check point, kami lihat Sarjan Misai tengah meyoal siat dan siasat satu tim. Dari apa yang Den dengar, Sarjan Misai dok bertanya samada tim tu ada menaiki lori kelapa sawit tak ..?...Den  nampak juga ada anggota AK yang tengah berendam di dalam lopak air..kerana mereka tak mengaku pasal bahawa mereka adalah Tim yang menaiki  lori tersebut. Dalam pada tu Den pun terus melapur di check point dengan Kpl Aru...Dia pun bertanya bermacam-macam berkaitan dnegan perjalanan kami. Seperti yang telah Den rancang dan rehearsalkan...kami  menjawab dengan yakin, dan pada masa tu Rumbi dah pun bergerak ke tempat medikal untuk memain kan peranannya. Sementara itu kami masih mendengar jeritan Sarjan Misai yang sedang aktif  menyoal siasat dan mensiat-siatkan satu Tim tu...Masih jelas dalam ingatan Den apa yang Sarjan Misai jerit pada tim tu..Katanya " Kau tahu lahabou....aku nyaris-nyaris masuk parit  pasal nak kejar kau, habih  moto aku masuk dalam lopak dan ...kau tengok seluar dan baju aku nie....abih kena lumpur...kau nasib baik sebab aku tak dapat kejar kau.....kalau tidak aku akan pastikan kau menyesal dilahirkan oleh  ibu kau ...!!! Den hanyo  mampu sonyum ajo...tanpa porlu berkato apo-apo....cantik..cantik..cantik luar..cantik dalam...!  hahaha...ambik kau Sarjan Misai padan muko kau ..!!!


Kira-kira lima minit kemudian, Sarjan Misai datang ke tim kami dan memulakan soal siasatnya kepada tim Den. Mula -mula dia tanya mana pergi seorang lagi  anggota kami .Den jawab dengan tenang dan konfident...."Maaf staff, semasa perjalanan tadi anggota saya mengalami masalah kesakitan yang amat sangat, jadi sebab   itu kami lewat ..""Kelekuk !"..Sarjan Misai ketuk dan  luku kepala Den... " Woi siswa , aku tanya  mana pergi seorang lagi budak kau, bukan pasal apa kau lewat "...kelekuk sekali lagi aku diluku.. Aku buat-buat  konfius..  (Sebenarnya  jawapan tu memang aku plan sebegitu rupa, supay aku kelihatan keliru dan konfius di hadapan Sarjan Misai dan dengan harapan dia akan merasa simpati dengan aku dan tak akan memanjangkan "isu siapa yang naik kenderaan itu "....!) "Ohhh  si Rumbi staf, dia yang saya kata sakit tadi yang menyebabkan kami lambat sampai...!..Kelekuk..sekali lagi aku diluku...dan aku lihat Sarjan Misai seolah-olah tersenyum...(dalam hati aku gelak sendiri..nampaknya teknik aku menjadi kali nie..kena luku kena luku laaa..janji rahsia tak pecah ...!!) ..Aku terus menjawab, "Si Rumbi sedang mendapat rawatan staff sebab dia kena buasir...!!.."Haaaa itu yang aku nak tahu tadi...ini aku tanya lain kau jawab lain"..herdik Sarjan  Misai kepada aku. Aku diam, tunduk, seolah-olah insaf dan redha dengan lukuan tersebut....

Lepas tu Sarjan Misai panggil kami seorang demi seorang dan memulakan soalsiatnya...Si Rumbi terlepas dalam episod ini...Den orang yang terakhir jumpa Sarjan Misai...Soalan pertama dia tanya Den .." Siswa..kau baik cakap betul-betul , RKK (tim) kau ni naik kenderaan atau tidak ...?..Aku pun dengan muka seolah-olah menagih simpati...menjawab.." SUMPAH , KAMI TAK BUEK ..!!! Staf...staf tahu kan , saya nie siswa, saya tahu kalau naik kereta dan ditangkap bermaksud saya akan turun skot...Staf tahu yang saya tak akan buat sebarang kerja bodoh macam tu..takkkan laa pasal nak naik kereta dan nak senang sekejap saya sanggup memperjudikan nasib saya untuk mendapatkan bere , staff.."

Den meneruskan lakunan Den... "Staf, staf pun dah kenal saya lama sebelum saya masuk AK nie kan,  Sumpah Staff kami tak buat.....! Staff tahu masa saya  kat kolej dulu saya pelajar terbaik siap masuk surat khabar lagi...tak kan saya nak buat benda-benda yang boleh merosakkan karieer saya.. Lagi pun staff, saya tahu satu hari nanti saya akan jadi pemimpin kepada  budak-budak nie...takkkanlah saya nak buat benda-benda yang tak elok..Saya pun tak mahu nanti bila lepas kursus dia org bising dan kata..alah ...tuan bla--balaa,.(Den ) tu, masa basik dulu pun kaki menuang juga...!!Saya tak nak benda nie berlaku  staff..saya pun nak mereka hormat saya nanti..."..

Staf  Misai pandang saya dengan renungan yang dalam...dan berkata.. "Ok aku percaya kau....tapi kalau kau dengar atau tahu siapa yang naik kenderaan kau bagi tahu aku nanti, lebih-lebih lagi yang naik lori kelapa sawit kat Felda..bla..bla,,,, tadi..!. "OK staff, saya akan bagi tahu... saya pun geram juga dengar benda tu...!!1kita berjalan macam nak mati dia orang -sedap-sedap aje naik kereta...." kata Den seolah-olah membenci sangat tim yang menaiki kenderaan tu..!!!!

Kira-kira setengah jam kemudian kami pun dilepaskan untuk bergerak ke check point seterusnya. Kami berjalan dengan tunduk  dan insaf....Kira-kira 5 km dari check point..Den berhenti dan bercerita dengan  geng Den pasal apa yang berlaku semasa disoal siasat tadi...Kami tergelak besar ..".ambik kau Sarjan Misai...sekoreh-koreh hati kau , seterror-terror kau sebagai jurulatih komando, termakan jugak kau dengan lakonan sentimental Den...!!!! Kami gelak..kami gelak..dan yang lebih menggelakkkan Den adalah dia nak suruh Den menjadi ajen dia pulak nak tangkap siapa yang naik kenderaan pada pagi tu...hahahaahaha...Lepas tu Den berpesan kepada semua geng Den .."Ingat cerita kita naik kenderaan itu jangan diberi tahu kepada sesiapapun....sehinggalah  kita dapat  bere hijau...sebab...kalau mereka tahu tentu  kita tak akan dapat bere hijau , walaupun satu hari lagi akan tamat." Kami semua berjanji seia dan sekata..dan meneruskan perjalanan ke check point seterusnya...bezanya..kali ini kami tak  akan menaiki kenderaaan lagi....sebab we may be lucky on our first try but not on the second..time...!