Sunday, 1 May 2011

Siri 12 :Lebih Asli dari yang Asli ....Original Recipe !

Sebagaimana yang di jadualkan, pada malam selepas penamat "long march'...kami adakan parti di kawasan pinggir hutan tersebut (jungle party) . Malam tu kami makan besar, semua baki pack ration yang ada pada simpanan kami habis digunakan. Ada di antara anggota Ak yang kreatif, telah mengumpulkan biskut-biskut ration dan jem nenas dan dibuatnya kek. Ada juga yang membuat nasi bariani kurma, dengan memasak nasi dan dicampur dengan daging kurma yang dibekalkan dengan ration. Masa tu juga ada di anatara kami yang bertukar-tukar ration antara satu sama lain. Mana-mana ration yang kami tak suka seperti  kari ayam dalam tin, ikan sadin atau kacang peas kami tukar dengan ration yang kami suka pendek kata pada hari itu, kawasan tempat kami agak bising macam pasar kerana masing-masing sebok mengiklankan produk yang hendak ditukarkan, masa tu prinsip sistem barter (barter trade) di laksanakan dengan sepenuhnya.

Dan pada malam itu, kami berkumpul di sekeliling unggun api dan diberi taklimat berkaitan dengan latihan yang akan dilaksanakan pada esok hari, iaitu fasa latihan hutan . Selepas taklimat di adakan pula sessi hiburan yang merapu-rapu yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih...Dan seperti biasa di akhir sessi persembahan akan diadakan pertandingan nyanyian. Pada masa tu Den tengok ramai juga AK yang berbakat dalam bidang nanyian. Dan secara kebetulan juara nanyian pertandingan pada malam itu adalah Mat Sebi, dengan lagu  "Bunga Tanjung ,buddy Den dan dia telah menerima hadiah  sepotong "gula kabung". Suara Mat Sebi memang merdu dan bila dia menyanyikan lagu " Bunga Tanjung" semua akan diam dan menghayati kemerduaan suaranya. Selepas kursus AK, Mat Sebi telah dipanggil untuk menyertai band Kor Gerak Khas,Sayangnya Mat Sebi nie tak boeh menyanyi dengan "band" kerana selalu tak boleh nak masuk kod.. Walau bagaimanapun semenjak malam tu, setiap kali kalau ada kelapangan, sebelum melelapkan mata,Den akan menyuruh Mat Sebi menyanyikan lagu "Bunga Tanjung'..dan bermula pada malam itu, Mat Sebi adalah 'kaset player" bergerak Den...Bila Den kata , "Sebi, kasi satu lagu !" Dia akan otomatik nanyi lagu Bunga Tanjung, kecuali  Den bagi tahu,  "tukar ," Maka lagu Alleycats  akan berkumandang,......Andainya Aku Pergi Dulu....

Pada pagi berikutnya, jam lebihkurang kami telah berbaris dan telah diberikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari 8-10 anggota setiap sendikit. Kami telah diarahkan untuk bergerak ke kawasan latihan hutan yang terletak kira-kira 15 km dari tempat tersebut. Selama beberapa hari di dalam hutan , diajar dan dilatih dan mempraktikkan "seni peperangan di hutan " (jungle warfare ). Bab ini Den tak boleh nak cerita lebih sebab banyak isu-isu yang  berklasifikasi  "tidak sesuai untuk tatapan umum". Secara ringkasnya, lepas menjalani latihan itu...Anggota AK tidak akan ada masalah untuk beroperasi dan hidup di dalam hutan. Ilmu "perhutanan" inilah yang sangat-sangat diminati oleh tentera-tentera pasukan khas asing dan sebab itu mereka beriya-iya sangat nak membuat joint exercise dengan komando kita.. Dalam hal ini Den lihat komando kita selalu mengikut petua tok guru silat, jangan ajar ilmu itu sampai abis...kalau ada 10 langkah kita ajar 3-4 langkah aje..Dan dari pengalaman Den bercampur gaul dengan beberapa pasukan khas (5<)orang putih ini, bila bab-bab hutan....depa surrender..! Bila berjalan dalam hutan mereka nie susah nak berjalan dengan senyap ......pertama sebab badan mereka yang bersaiz macam badak tu, kedua mereka sensitif dengan nyamuk dan agas ketiga, bila tersangkut dengan duri.....habis terkeluar perkataan...F@#$%...Sh@#$%% !

Selepas kami selesai menjalani latihan hutan , kami memasuki fasa survival  hutan pula. Dari segi penggunaan tenaga, peringkat ini adalah peringkat yang "rilex" dan tiada aktiviti yang keras dijalankan kecuali  PT hawaii setempat diwaktu pagi. Pada peringkat ini , tiada secebis kain yang melekat di badan, Kami hanya membawa pouches, senjata persendirian, parang. Mancis dan garam dibekalkan secara berkumpuilan. Kami akan membina pondok yang mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 4 kaki dari paras bumi dan tinggal antara 8-10 setiap pondok. Mula-mula perasaan segan dan malu antara satu sama lain bila melihat keadaan kami, tapi perasaan tu hilang setelah 20 minit berlalu. Pakaian kami untuk sepanjang tempoh itu adalah "fesyen yang menggunakan hasil semulajadi". Kalau kami terserempak dengan orang asli pada waktu itu, pasti orang asli akan lari lintang pukang, kerana terkejut yang kami lebih asli dari mereka !

Dalam pemikiran kami pada waktu itu adalah untuk cari makan, cari makan. Sebelum tidur malam tu kami akan berbincangan pasal nak cari makan, cari makan..berbeza dengan cerita Labu Labi...cari kayu, cari kayu....! Makanan utama kami sepanjang tempuh tersebut adalah  umbut,daun kayu, tumbuhan-tumbuhan hutan..dan kalau nasib kami baik ,jerat mengena dapatlaa kami makan " daging'..dan setiap 3 hari kami akan diberi sedikit beras untuk dijadikan bubur dan dicampur dengan sayur-sayuran hutan, dan serbuk penyedap rasanya ada lah hanya garam. Masuk hari ketujuh, kebanyakkan dari kami mula menampakkan rangka-rangka yang sasa. Pada tempuh tersebut kami pun telah mula belajar menangkap dan memakan binatang-binatang jenis dua alam dan yang merangkak dan memanjat yang biasanya tak dimakan orang...! 

Rutin kami setiap hari , bangun pagi,dalam jam 5 30, bersih kawasan, senaman Hawaii setempat. Senaman ini lebih kepala senaman ringan seperti larian setempat, push up, dan sebagainya.....dan disebabkan pakaian kami pada waktu  itu hanya menggunakan daun-daun yang ikat sekeliling pinggang (bagi yang rajin serta pemalu dan bagi yang malas hanya sehelai daun pun dah memadai ). Ada juga yang nakal dan pemalas hanya mengikatkan seutas tali dikeliling pinggang dan tidak menggunakan sebarang daun...tapi bila terserempak dengan jurulatih , dia akan capai aje mana-mana daun yang berdekatan dan menutup di bahagian depan aje....Bila Den teringat dan  fikirkan benda-benda nie, Den akan senyum..senyummmm..sendiriannn...

Pada keseluruhanya peringkat ini banyak menguji ketahanan mental jika nak dibandingkan dengan fizikal . Pada peringkat ini ada satu bentuk hukuman yang dikenakan amat menyeksakan walaupun di dalam jangkamasa pendek. Setipa pesalah semasa latihan ini akan ditempatkan di dalam sangkar yang berukur 2 1/2 kaki tinggi, 5 kaki lebar dan 5 kaki panjang. Di dalam sangkar yang dibina di atas tanah nie akan diletakan dengan duri-duri rotan. Mana-mana anggota yang bersalah setelah dibicarakan oleh  "jungle court" yang di kendalikan oleh jurulatih sebagai presiden dan beberapa anggota AK yang dilantik, akan dimasukan di dalam sangkar tersebut.  Hukuman minima adalah 30 minit dan maksima 2 jam. Bila pesalah memasuki sangkar itu dan sudah berada di dalam satu posisi yang selesa, pesalah biasanya tidak akan bergerak lagi ini adalah kerana ia agak sukar untuk  bergerak kerana setiap pergerakkan akan mengakibat terkena cucuk duri rotan. Walau bagaimana untuk memastikan setiap pesalah pasti akan bergerak, pengawal sangkar akan menyimbah air kepada pesalah setiap 10 minit. Den pernah di masukkan ke dalam sangkar tersebut selama 1 jam atas kesalahan....Tidur semasa mengawal....! Perasaan Den masa tu .....?  Jangan ditanya !

Di akhir latihan tersebut kami telah dijamu dengan masakan bubur lambuk yan gkami rasa sangat enak sekali. Hirupan air kopi tanpa gula selepas tempoh survival tersebut membuat Den menghargai aroma kopi sehingga ke hari ini.dan sejak dari itu hingga sekarang Den memang suka minum kopi tanpa gula....Pengalaman-pengalaman peringkat hutan dan survival ini banyak membantu Den dan kawan-kawan lain semasa Den terlibat di dalam operasi-operasi yang Den laksanakan semasa berkhidmat di dalam kor Gerak Khas. Den dan kumpulan pernah kehabisan makanan semasa operasi selama 2 minggu dan pada peringkat climaxnya kertas menjadi rokok Den,  species homo speins jadi santapan Den...dan masa menunggu ketibaan heli untuk ulang bekal di LP (landing Point) bunyi-bunyi langau dan lalat disangkakan heli....Semuanya berjaya dilalui dengan berkat latihan yang telah Den hadiri semasa  AK...Walaupun ada yang menggangap nya sebagai teruk dan keterlaluan...tapi bagi Den ia memang berbaloi....sebab ..BUKAN SENANG NAK SENANG !!!!