Thursday, 26 May 2011

NEED TO KNOW BASIS .

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Tempoh Den berkhidmat di unit 21 Komando tidak lah lamo mano. Kiro-kiro  4 tahun ajo.  Lopeh tu telah di postingkan ke unit 11 Rejimen Gerak Khas RGK). Unit ini glamor sikit dan kadang-kadang dikenali sebagai S.A.S  Malaysia. (Special Air  Service – Pasukan elite British). Cogan katanya adalah Tetap Unggul.  . Unit ini dianggap lebih elite dari unit –unit tempur komando yang lain. Budaya kerja dan juga keterampilan anggota 11 RGK ini agak berbeza jika dibandingkan dengan  anggota komando yang lain. Maso zaman Den dulu, sekarang Den tak pasti, biasonya orang-orang tertentu dan terpilih ajo yang akan dipilih untuk menyertai untuk ini. Maso tu Den rasa bangga dan mogah juga kerana telah di beri peluang untuk berkhidmat di dalam unit ini.


Di dalam Rejimen Gerak Khas, biasanya semua anggota akan mempunyai kepakaran dan juga  kemahiran tertentu sebelum boleh diserap di dalam mana-mana squadron 11 RGK. Maso tu , kepakaran Den adalah sebagi pakar letupan. Khas (Special Demolition team). Den memang minat sikit di dalam perkara-perkara yang bersangkut paut dengan pengendalian dan penggunaan bahan letupan nie. Minat Den ini bermula sejak kecik lagi, dimana Den suka bermain  permainan yang dibuat dari buluh dan di kampung  Den dipanggil “lotak lotup” dan menggunakan bungo jambu atau buah” cemporai” sebagai pelurunya. Untuk mendapat gambaran jelas berkaitan Den permainan ini, sila klik kat sini, blog nite  , kawan cyber Den. Selain dari itu Den juga suka mengikut orang tua-tuo pergi “membom” ikan dengan bom buatan sendiri. Bilo bosa sikit, maso bulan Ramadhan dan dekat nak raya Den akan membuat meriam buloh sehingga satu peringkat tu ,Den dan beberapa orang kawan Den pernah tidur dalam lokap kat “rumah pasong” (Balai Polis) kerana tidak sompek lari bila di kojar polis. Sojak itu minat Den dengan bondo lotop nie memang tinggi. Nak-nak maso tu filem “Demolition Man” lakonan Slyvester Stalone masih hangat kat panggung…Den tengok tu cerito berulang kali dan  Den minat Den mottonya …”NO MAN, NO LAW , NO WAR CAN STOP HIM’.

Dalam unit Gerak Khas maso tu tak ramai pegawai  yang mempunyai kepakaran atau menghadiri kursus “special demolition “ ini.  Apa sebab perkara ini terjadi Den tak pasti. Tetapi masa tu Den dimaklumkan bahawa mana-mana anggota yang mempunyai kelayakan sebagai anggota “letupan khas” biasanya rekod dan butir-butir peribadi mereka ada di dalam simpanan Bahagian Cawangan Khas, Bukit Aman. Tujuan adalah untuk memudahkan pihak polis mencari atau mengesan mereka jika ada berlaku apa-apa insiden letupan di Malaysia. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu Den tak pasti. Yang Den pasti , sebagai ahli letupan khas , memang kami sentiasa di beri peringatan agar tidak menyalah gunakan ilmu ini kerana sebenarnya  untuk membuat kerja-kerja khianat dengan menggunakan ilmu “letupan khas “ ini tidak lah sesusah mana jika kita tahu. Walau bagaimana pun bukanlah niat Den nak menyebarkan ilmu itu di sini, sebab tak pasal-pasal lepas nie Den naik bukit Aman lak. Den tahu blog Den ini di pantau oleh pihak tertentu memandangkan “latar belakang perkhidmatan Den di dalam tentera dulu banyak terlibat dengan kes-kes berklasifikasi  “tidak sesuai untuk tatapan umum”. Bagi yang mengenali Den mungkin faham apa maksud Den, bagi kawan-kawan Den yang memantau blog Den ini, jangan risau Den tak akan membocorkan apa jugo maklumat yang diklasifikasikan sebagai ..rahsia, sebab Den masih ingek lagi surat OSA (Official secret Act, Akta 88) yang Den pernah sain dulu dan kalau ghaso-ghaso Den dah menyimpang, CALL AJO DEN MACAM ARI TU..tak yah buek laporan yo…..!!! susah lak Den nak cari makan nanti…

Berbalik pada kisah lotop melotop  nie. Dengan tak berniat atau berminat nak bercerito cerito secara terperinci dengan apakah kepakaran yang ado pada “ special demolition team “. Secara rengkasnya, orang-orang ini mempunyai kemahiran yang tinggi untuk mereko cipta bahan letupan dari barang-barang harian dan biaso kito jumpo. Seterror-terrot geng-geng “sucide bomber”, Den ghaso lagi terror lagi   geng special demolition nie, sobab sucide bomber gunakan bahan-bahan letupan yang  sedia ada dan memang dah dibuat  di kilang, manokalo geng special demolition buleh membuat bahan letupan dari bahan terbuang…Lobeh dari tu Den tak leh nak bercerito sobab....Need to Know Basis....

Pernah satu ketika Den telah  diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan dan pameran statik yang hanya melibatkan peringkat pemerintahan tertinggi ATM . Di pameran tersebut, semua unit tentera yang mempunyai kepakaran khas akan membuat satu pameran dan persembahan statik berkaitan dengan kepakaran unit masing-masing. Ada unit yang membuat pameran dan persembahan berkaitan “jungle survival” seperti pameran jerat, daun-daun dan tumbuhan yang boleh dimakan, ada yang membuat persembahan tentang payung terjun, menyelam, Close Quarter Battle  (CQB) dan sebagainya termasuklah Den dengan geng  “special demolition “.

Memang dah menjadi kebiasaan ,bila pameran atau persembahan seperti itu diadakan, gerai yang biasanya akan menjadi tumpuan dan minat orang ramai (penonton hanya pihak tertentu sahaja dan tidak dibuka untuk orang ramai – biasanya golongan VIP kerajaan dan juga ATM) adalah gerai “runcit “ Den: Special Demoliton Team . Kami mengelarkan gerai “kedai runcit “ kerana barangan pameran yang dipamerkan adalah terdiri barang-barang yang biasa dan boleh didapati di kedai runcit. Selain dari tu kami juga akan meletakkan besi-besi “rel kereta api” yang telah diletupkan untuk memberi gambaran keberkesanan bahan letupan yang di formulakan oleh team special demolition. Masa tu pulak Den biasanya akan membuat beberapa live demo secara kecil-kecilan...Bila Den demo item i...dan menjadi...wahhhhhhhh...kata penunton, bila demo item 2 , menjadi....huhhhh...dasyat nie..bilo demo item tigo. Dan menjadi ..fuhhhhh biar betul nie...kata penuntun..dan bilo demo item 4 dan tak menjadi...laaaaa hahahhaha gelak penuntun. Pendek kata apa juga yg kami buat demo secara kecil-kecilan dan menjadi .ada pelbagai reaksi seperti kagum, tidak percaya, memuji dan sebagainya dari penuntun. Pernah di akhir satu persembahan demo tersebut, seorang jeneral bertanya Den :.”.What type of chemical that u use and mixed which can make the fire to such extent ?”...Maso tu Den rasa serba salah ,sama ada Den nak jawab atau tidak, sebab masa tu memang ramai orang kat situ ( VIP dan anggota tentera) dan Den memang dah dimaklumkan tidak perlu menjawab atau melayan soalan seperti itu ,Den jadi serba salah sebab yang bertanya tu seorang jeneral dua bintang yang mempunyai kepala botak seperti bulan,dan sinaran dan silau matahari yang terpantul dari kepalanya juga telah menambahkan lagi kekeliruan pada Den sama ada nak menjawab atau tidak soalan yang diajukan kepada Den. Tanpa berfikir panjang,  dan dengan tegas Den jawab ..” Sorry Dato , you only need to know basis”..!!!. Pingggggggg..Den lihat muka jeneral tu jadi merah padam, mungkin marah kek Den, atau malu  atau geram kerana Den memberi jawapan sedemikian rupa kepada soalannya. Jeneral itu terus berlalu..dan beberapa saat kemudian, CO Den terus berkata “...Well Done Den”..you have given the rigth answer..!!! Logo., selogo- logonyo nya hati Den bila Co kato macam tu..yang pasti benda itu tak akan menjadi isu lagi walau pun dari segi moral dan etikanya Den tak sepatutnya menjawab begitu kepada seorang jeneral dua bintang yang lebih mengetahui hal-hal rahsia di dalam ATM dari pada Den sendiri.

Kemuncak kemasyhuran dan kemogahan Den sebagai ahli special demoliton adalah semosa pameran statik kepakaran sempena pengisytiharan status operasi ke atas unit 10 Bde PARA yang dibuat di Langkawi sekitar tahun 1994 kalau tak silap Den dan tetamu kehormat adalah PM maso tu Tun Dr.Mahatir.. Semasa rehearsal akhir Den di sana, Den telah memberi taklimat dan persembahan kepada “God Farther Komando” aka PAT masa tu Jen Borhan. Secara keseluruhannya dio berpuas hati Den persiapan Den dan juga cara penerangan yang Den sampaikan. Pesanan akhirnya kepada Den sebelum dia bergerak ke tempat pameran yang bersebelahan ialah ..” Well Done Capt Den, keep up the good work ..and if PM asked you anything tomorrow make sure you dont tell him ..”NEED TO KNOW BASIS “...understand. ?” Masa tu baru laah Den sedar, betapa besarnya isu  ..”need to know basis”...yang telah Den jawabkan kepada jeneral dua bintang yang berkepala bak rembulan tu...hinggakan berita tersebut sampai ke pengetahuan PAT sendiri. Masa tu Den terus jawab..”NO, Tan Sri, definitely I will not say such words to our PM.”

Hari yang di tunggu telah tiba. Pagi tu Langkawi terutamanya di kawasan Lapangan Terbang Mat Sirat dan juga Bukit Pemandangan Indah...penuh dengan aksi-aksi lincah dan penuh dramatik, di mana ada askar penerjun payung dari unit 10 Bde PARA menunjukkan aksi-aksi menarik dengan penerjunan beramai-ramai dan melancarkan serangan selepas penerjunan  dan di ikuti dengan aksi-aksi pasukan khas lain seperti unit ULK 11 RGK, PASKAL,PASKAU dan sebagainya. Pendek kata pagi tu keadaan begitu meriah sekali di kawasan lapangan terbang Mat Sirat. Akhir sekali adalah pertunjukan demo dan pameran statik oleh unit-unit khas ATM termasuk Den.  Maso Den memberi taklimat kepada Tun Dr. Mahatir Den ghaso mogah sangat dan sungguh Den banggo sobab (Maaf cakap pada yg anti TDM tu) Tun memang idola Den, bukan Den ajo ,malah arwah nenek Den, dan omak Den  jugo. Sobab tu yang Den banggo sangat tu dapek berdopan dan bersalam dongan dio. Di akhir pertunjukan Den mendapat pujian dan tepukan gemuruh dari kumpulan pelawat VIP  dan ado yang kato..ini baru KOMANDO Malaysia...Lopeh tu Den bagi sedas tabik pada Tun Dr M dan ucapkan terimo kasih...dan Tun Dr. Membori respon samnbil berkata  .”...BAGUIH..BAGUIH.....TAPI HANGPA JANGAN SALAH GUNAKAN ILMU INI...Itulaah kato-kato yang Den dongar terkeluar dari mulut Tun Dr.Mahathir pada maso tu.