Saturday, 21 May 2011

Mimpi Maggie , Mimpi Ngeri !

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!



Hari ini Den penat sedikit sebab baru balik dari membeli barang-barang dapur. Antara  barang yang Den beli adalah 5 bungkus Maggie (1pack = 5 bungkus). Maggie adalah makanan kegemaran Den selain dari nasi, nak-nak kalau Maggie kari taroh telur dan sotong. Setakat 2-3 bungkus Den tak jadi masalah.  Perkara ini bukanlah satu isu yang luar biasa bagi Den,walau bagaimanapun ia merupakan punca leteran orang rumah Den kepada Den. Maklumlah dio tu misi , pantang Nampak Den makan benda-benda yang ”tak berapa berkhasiat”, habis dia berceramah dan berkhutbah pasal bab-bab keperluan untuk memakan makanan berkhasiat dan bernutritiens tinggi. Den pulak dah macam “ketagihan’ dengan Maggie ini, kalau tak kono sekurang-kurangnya seminggu sekali, raso macam kurang lak, tapi tak sampai ke peringkat macam ketagihan candu. Apa-apa pun Maggie nie dah menjadi salah satu  makanan ruji sejak zaman Den bersekolah lagi. Maso tingkatan 1 hinggo tingkatan 5 Den tinggal di asrama. Jadi sepanjang maso tersebut Maggie telah menjadi “santapan utamo “ Den , nak-nak kalau ujung bulan. Bilo masok askar, minat  untuk memakan Maggie makin bertambahlak, sobab pado pandangan dan mengikut selero Den, punconya  Maggie nie  : COPEK DIMASAK SODAP DIMAKAN.


Walau bagaimanapun sekuat-kuat Den dan seterror-terror Den dalam seni pemakanan Maggie nie , ado lagi kuek dan tinggi seleronyo dalam bab-bab makan Maggie dari Den. Ado satu waktu tu di bulan puasa, semasa tu Den masih lagi Lt Mudo, baru balik dari latihan, Den telah dipanggil oleh seorang senior Den, dan disuruh untuk pergi ke kedai PERNAMA (Perwira Niaga Malaysia  dulu NAAFI ) di Kem Sg Udang untuk membeli Maggie,Pada masa tu senior Den tu tak berpuasa . Katonya kepada Den :..” Den kau pergi ke PERNAMA dan belikan aku Maggie 1 pack Maggie ,aku lapar nie, kau pergi naik motor aku “.  Maso Den tu  sedang berpuaso, nak tak nak Den pergi juga walaupun Den malas dan letih, kalau tak kono luku lak, baik Den pergi ajo, settle issue. Dalam perjalanan balik tu, di telinga Den macam ado yg berbisik-bisik lak…”perut tengah lapar nie kalau kena Maggie  ini tentu terangkat…” “ Sekarang ada 5 bungkus Maggie, nie kira boleh kongsi, takkan dio nak lantak sampai 5 bungkus nie” ..Maso tu dah mulo timbul niat nak balun ajo Maggie tu walaupun matahari masih terpacak lagi di atas kepala. 


Sesampai aje Den kat bilik senior Den, Den lihat dia dah masak air panas di dalam baldi dengan menggunakan ‘water heater “…Maso tu dalam hati Den  ,” wah ini dah kira bagus nie , boleh tumpang sekaki,. Bila Den beri aja bungkusan Maggie tu kat dia dan  belum sempat Den berkata apa-apa, Den lihat dia masukan maggie itu satu persatu ke dalam baldi yg berisi air panas itu , sehingga habis kesemuanya. “ Wah dia nie macam tau-tau ajo niat Den “...kato hati Den. Sebaik sahaja senior Den itu selesai memasukkan kesemua maggie itu ke dalam baldi , dia terus berkata “..Ok Den kau boleh pergi, Terima Kasih “.. Maso tu Den macam tak percaya aje, dan dengan muka tak malu Den terus berkata, “ Ehh tuan, maggie yang 5 bungkus tu bukan kita kongsi bersama ke ..?  “ Woit, aku sendiri pun tak cukup, nak kongsi dengan kau, kenapa kau tak beli sendiri tadi ..”..katanya. Masa tu Den macam tak percaya yg  dia boleh habiskan 5 bungkus maggie tu sekali gus..Den ingat nak minta ajo sebahagian dari maggie itu tapi disebabkan perbezaan dua darjah Den batalkan aje niat Den tu dan terus balik ke bilik Den..Dari satu segi Den lihat, kes itu ada hikmahnya, sebab tak laa jadi Den untuk berbuka di waktu matahari tengah terpacak dan satu lagi barulaah Den tahu bahawa ado orang yang lebih bosar seleronya terhadap maggie dari Den.

Cerito fasal maggie ini,den teringat  peristiwa yang berlaku maso Den beroperasi kat sempadan . Ada satu ketika itu, kami telah berada kira-kira 7 hari di kawasan LP (landing Point) untuk menunggu helikopter bagi mendapatkan ulang bekal. Pada masa tersebut, bekalan makanan telah habis dan yang tinggal Cuma saki baki yang kami dapat simpan sebelum mendapat ulang bekal yang baru. Malam tu Den telah bermimpi yang kat bawah basha Den ado seguni  magggie.. (CERITO BONAR NIE..MEMANG DEN BERMIMPI ). Pagi tu bila Den bangun saja dari tidur, Den terus beritahu kepada kawan Den, Tpr Duwan, supaya dia memasakkan maggie untuk sarapan pagi. Tpr Duwan kata “..Tuan mana ada maggie lagi, kan makanan kita da habis, yang tinggal hanya beberapa bungkus beras yang nak dibuat bubur aje.”.. Masa tu Den masih lagi  “pisat-pisat”...(keadaan tak berapa sedar sebab baru bangun dari tidur) dan terus berkata kepada Tpr Duwan “.. Manalak Duwan, kau pergi ambil kat bawah bhasa Den tu, semalam kan ada seguni lagi “, jawab Den .Bila mendengar kata-kata Den tu, semua anggota RKK (ronda kump kecil yg terdiri dari 5 orang dan Den adalah ketuanya ) Den, ketawa dan colour Azizi pun berkata “..Tuan, tuan nie mimpi kot, kan kita memang dah kehabisan makanan hampir 7 hari, dan sedang menunggu resup ?(resupply =ulangbekal).Oh yea ke Color, sebab malam tadi Den mimpi kat bawah basha Den tu ada seguni maggie siam tu yang  Den ingek  benda tu meman gado tu ..” kato Den. “Alaaa tuan , tulah, suka sangat makan maggie, sampai termimpi-mimpi...:.” kata Kpl Redzuan . Maso tu Den raso sogan  pun ado dan terus pergi ke sungai untuk mandi. Selepas mandi Den minum air panas kosong (dah tak ada apa yg tinggal dah ..tanpa gula .Lepas tu Den maklumkan kat Color bahawa Den nak Kpl Redzuan dan  Tpr Duwan ikut Den untuk buat ronda pagi tu, Color dan Kpl  Banggi , Den arahkan untuk tinggal di base sahaja. Selepas bersiap kami bertiga (Den ,Kpl Redzuan dan Tpr Duwan ) bergerak menyusur sungai menghala ke utara (sempadan thai ).

Setelah hampir sejam kami menyusuri sungai tersebut (kira-kira 5 map square (petak peta )1ms=1km) Den terbau maggie ...!! Den terus memberi isyarat senyap kepada anggota Den supaya berhenti dan memanggil mereka berkumpul di tempat Den . Kawasan yg Den berhenti tu adalah berhampiran dengan sebuah kawasan anak bukit yg agak lapang yang berada di pinggir sungai tersebut. Den terus maklumkan kepada mereka “..OK dengar sini Den ghaso ado sesuatu yg tak kena nie, kau nampak tak kabus yang ado di atas bukit tu, kabus tu bukan dari jenis kabus air sungai atau embun mahupun hujan, sebab ia agak “terasing” dan berwarna agak kebiruan ...”..itu berkemungkinan adalah ‘asap ‘..dan Den ada terbau macam maggie yang dimasak ...” kata Den. Bila mendengar aje penerangan Den tu, Kpl Ridzuan terus senyum dan bertanya “ Bau maggie ?.” saya tak bau pun tuan, dan kau Duwan ada bau maggie tak  ?“ Tpr Duwan pun berkata : “Tak pulak...”. Kpl Ridzuan pun berkata :..”tuan, dari pagi tadi tuan bercerita pasal maggie, saya ingat fasal tuan mengidam sangat maggie tu yang menyebabkan tuan sensitif sikit dengan maggie ni”.. Den pun berkata “..Ok takpa, tapi Den ghaso memang Den bau macam maggie baru dimasak, dan Den nak kita periksa kawasan atas bukit tu, sebab Den nak pastikan bahawa adakah kabus itu kabus air embun atau asap.”.

Den pun memberi  perintah ringkas tentang bagaimana kami bertiga nak membuat “clearance search “ di kawasan anak bukit itu “. Setelah bersedia kami pun bergerak, Den berada di tengah-tengah ,Kpl Redzuan di sebelah kiri dan Tpr Duwan di sebelah kanan. Den arahkan kami bergerak antara 30-50 meter antara satu sama lain dan naik sebaris melintang menuju ke puncak anak bukit itu. Kami berjalan secara taktikal, senjata telah di cekah dan peralatan kami telah diperkemas untuk memudahkan kami bertindak sekiranya berlaku apa-apa..Setelah hampir 20 minit, kami sampai di kemuncak, tetapi Den dapati Kpl Redzuan tidak berada di situ .Den bertanya dengan Duwan  ke mana perginya Kpl Redzuan, tetapi Duwan tidak mengetahui. Kami sepatut bertemu di puncak anak bukit itu dan seterusnya membuat “clearance search “..Den terpaksa meneruskan search tersebut tanpa kehadiran Kpl Ridzuan yang Den jangka mungkin akan sampai lambat sedikit.ini adalah kerana jika berlaku apa-apa, Kpl Ridzuan sudah pasti akan melepaskan tembakan amaran atau sekurang-kurang menjerit,kerana jarak kami antara satu sama lain adalah tidak jauh.

Semasa membuat search tersebut, Den terjumpa satu kawasan yang lapang dan pemeriksaan yang dibuat , Den menganggarkan bahawa kawasan tersebut baru sahaja diduduki oleh sekumpulan orang yang berkekuatan antara 5-10 org dan kami juga menemui tempat memasak yang baru sahaja di kambuskan degan tanah..Den membuat andai bahawa kumpulan tersebut telah meninggalkan kawasan itu tidak sampai 1 jam memandangkan keadaan tanah yang ’amat panas lagi dan daun-daun yang baru terpijak..”.. Den terus mengarahkan Tpr Duwan untuk mengikuti Den menuju ke arah tempat yang sepatutnya dilalui oleh Kpl Ridzuan . Tiba-tiba Den terdengar jeritan ..” Komando..Komando..” dan beberapa das tembakan yang Den pasti itu adalah suara Kpl Redzuan. Kami terus berlari ke arah suara tersebut yang  kami jangkakan bermula dari kawasan bawah bukit...Sebaik sahaja kami tiba di kawasan bawah bukit berhampiran sungai itu, Den lihat Kpl Riduzan sedang meniarap  dan mengambil perlindungan di sebelah batu besar dan menembak ke arah hilir sungai yang menuju ke utara. Den terus menjerit..’’Komando..Komando..,.” hampir serentak diikuti oleh Tpr Duwan..dan kami menuju ke arah Kpl Ridzuan...

Sebaik sahaja kami sampai di tempat perlindungan Kpl Redzuan, Den terus bertanya, apa yang berlaku..Kpl Ridzuan terus berkata : “ ..Tuan saya terserempak dengan 7-10 yang saya percayai mereka adalah pendatang haram Thai (PHT MEMANG SELALU BERADA DI KAWASAN SEMPADAN KERANA MENCARI  KAYU GHARU UNTUK DIBUAT UBA TWANGI ,HARGA KAYU TERSEBUT ADALAH SANGAT TINGGI NILAINYA. PHT ADALAH DIANGGAP BAHAYA  KERANA BERKEMAPUAN UNTUK MELAWAN DAN BIASANYA MEMBAWA BERSAMA SENJATA API DAN TELAH BERLAKU BEBERAPA PERTEMBUNGAN DENGAN PASAUKAN KESELAMATAN PADA WAKTU ITU DAN DIAKHIRI DENGAN KEMATIAN DAN TANGKAPAN KETAS PHT. KAMI BERANGGAPAN MEREKA ADALAH TALI BARUT KOMUNIS ( PADA WAKTU ITU KOMUNIS MASIH BELUM MENYERAH TETAPI AKTIVITI MEREKA DI PERSEMPADANAN TELAH BERNASUR KURANG ). Den terus bertanyakan arah mereka lari dan beberapa perkara lagi kepada Kpl Ridzuan seperti, adakah mereka bersenjata, adakah mereka membawa sebarang pack  dan sebagainya. Dari maklumat yang Den terima  mereka semuanya bersenjata dan dipercayai senjata jenis senapang patah dan juga M16  .Mereka membawa pack guni putih . Den seterusnya memberi arahan kepada Tpr Duwan untuk pulang ke base dan memaklumkan kepada Color Azizi tentang situasi terkini. Ini disebabkan kami tidak mempunyai radio set kerana radio set telah ditinggalkan di base. Den sempat memberi arahan kepada Tpr Duwanm jika kami tidak sampai di base selepas jam 5 petang , pasukan penyelamat hendaklah dihantar bagi  mencari kami dan Den menandakan atas peta kedudukan terakhir kami dan menyerahkan peta tersebut kepada Tpr Duwan.

Den dan Kpl Ridzuan seterusnya membuat penjejakan ke atas kumpulan PHT, Den mengarahkan Kpl Ridzuan bergerak di sebelah kanan tebing sungai dan Den bergerak dari sebelah kiri. Den ingatkan kepada Kpl Ridzuan bahawa ,sepanjang penjejakan kami, kami boleh nampak antara satu sama lain dan sungai adalah paksi tengah kami. Ini semua adalah untuk menggelakkan agar kami tidak termasuk ke kawasan serang hendap PHT jika mereka bercadang untuk berbuat demikian. Den menjangka bahawa kumpulan PHT itu tidak mengetahui kekuatan sebenar kami, Jeritan war cry “komado..! komando1” sekurang-kurangnya berjaya mengelirukan musuh akan bilangan sebenar kami, dan ia sekurang-kurangnya telah berjaya menakutkan pihak PHT. Setelah hampir sejam kami menjejaki PHT, Den telah berhenti dan mengarahkan agar KPL Ridzuan bergerak kedudukan Den. Dari situ Den memberitahu Kpl Redzuan bahawa usaha untuk membuat penjejakan seterusnya adalah amat berbahaya memandang kami hanya berdua, dan PHT lebih ramai dari kami. Kami mungkin telah berjaya mengelirukan PHT pada mula-mula bertembung, tetapi Den menjangkakan kalau PHT tu berhati kering mereka pasti akan menunggu kehadiran kami dan menyerang kami. Akhirnya den membuat keputusan untuk bergerak balik tetapi kali ini mengikut tengah-tengah sungai.

Kira-kira 45 semasa kami berpatah balik dan telah hampir di tempat mula-mula kami bertembung, Den ternampak longgokan beberapa guni beras  yang telah diubahsuai sebagi pack. Pad masa tu Den terus meloncat ke arah satu batu besar untuk mendapatkan perlindungan dan tanpa Den sedari Kpl Ridzuan pun telah nampak apa yang Den nampak dan telah mengambil tindakan yang sama, kami hampir berlaga semasa mengambil kedudukan perlindungan di tempat tersebut. Setelah memerhati sekeliling dan memastikan keadaan selamat, Den mengarahkan agar Kpl Ridzuan memberi “perlindungan “ kerana Den hendak  “membuat clearance “ ke atas longgokan guni tersebut yang dipercayai  telah ditinggalkan oleh PHT dan kami khuatir kalau-kalau guni tersebut telah di pasang  “booby trap “. Sebelum bergerak  Den  sempat berkata kepada Kpl Ridzuan ..”Wan kau tahu sebab apa aku yg pergi buat clearance dan bukannya kau .? “..Kpl  ridzuan hanya menggelengkan kepalanya.. :..Kata Den “ ..sobab kau dah bertunang, Den bujang, kalau ap-apo jadi kek Den omak Den ajo yg akan menangis, tapi kalau kek kau, Den, tunang kau, omak dan apak kau akan menangis..:”..Den terus bergerak dengan secara sepenuh taktikal dan mengaplikasikan langkah-langkah untuk membuat “booby trap clearance”.

Alhamdulilah semuanya selamat .Memandangkan guni-guni tersebut mempunyai pelbagai bahan makanan seperti gula , beras cili, rokok dan maggie dan sebaginya, kami tidak mampu untuk membawa kelapan-lapan guni tersebut. Kami hanya membawa dua guni sahaja iaitu yang berisi maggie , beras gula, rokok dan tembakau dan majalah. Yang lainnya kami suruh dan bercadang akan mengambil semula pada keesokan harinya. Kami berjalan hampir 3 jam sebelum sampai ke base kami kerana membawa beban yang berat dan kami memang tidak makan sejak dari pagi lagi. Kami sampai di base pada jam hampir 4 petang . Den terus mengarahkan Color Azizi untuk menyenaraikan barang-barang yang di jumpai untuk dihantar laporan ke pihak atasan. Malam tu selepas mandi, Den dan anggota RKK lain makan besar...dan jamuan utama den adalah MAGGIE SIAM ...dan sebelum Den makan  Den kat “....Betul tak Tpr Duwan , Den dah kato, kat bawah basha Den ado banyak maggie, kau semuo tak percaya .”...Sebenarnya Den sendiri tak pasti, mimpi Den sebelum tu menjadi kebenaran adakah disebabkan oleh suratan atau kebetulan. Apo-apo pun malam tu, hajat Den tercapai untuk mentedarah maggie !!!! Syukur Alhamduliliah...