Friday, 6 May 2011

Siri 15a : KO ! Pasal Terlebih Tidur !

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Malam tu kami tidur dengar lena sekali, walaupun hujan turun  Den  tidak beri geng Den untuk memasang ponco. Sebabnya kami khuatir bahawa tempat  tidur kami pada malam tersebut boleh dikesan oleh musuh dan satu lagi untuk memudahkan kami bertindak sekiranya musuh datang. Kami tidur dengan menggunakan ponco sebagai selimut . Keadaan yang sejuk itu membuat kami begitu selesa tidur walaupun berselimutkan ponco. Kami lena diulit mimpi walaupun sesekali kami terjaga disebabkan biji-biji getah dan ranting halus yang jatuh di atas ponco kami semasa hujan renyai-renyai...

Tiba-tiba Den dikejutkan dengan bunyi tembakan senapang peluru kapur dan mendengar jeritan “bangun..!bangun ...senang banyak kau ..” dan diikut dengan beberapa tendangan di belakang badan dan kaki Den. Den yang pada masa itu masih bergulung di dalam ponco, menjadi panik..dan berkata abih laa kali ini... Bila Den tarik aje ponco Den , Den nampak ada kira-kira  5 orang anggota musuh yang dah berada di situ. Salah seorang sedang bercakap menggunakan walkie;

 “ Xray 01, sini Xray 04: Kami dapat sekumpulan lembu sedang nyenyak tidur. Ini lembu baik, masih fresh lagi dan belum pernah kena lagi .Kalau minat datang ke lokasi aku sekarang....ganti !” Kemudian Den dengar satu pihak lagi menjawab

“ Xray  01 :  mana lokasi anda  ganti.

“ X Ray 04 : di kebun getah berhampiran dengan kilang papan Ah Tong Sawmill batu 14 Jalan Segamat  Labis...ganti .”..

X Ray 01 :tunggu sampai kami datang, jangan makan sorang ganti”...”

Dalam pada masa yang sama kami telah diarahkan berkumpul di trek ladang getah tersebut. Kami berlima saling pandang memandang antara satu sama lain. Apalah nasib kami , disebabkan hujan dan cuaca yang dingin dan mungkin kerana keletihan , kami telah tertidur dan telah ditangkap oleh musuh yang telah meronda di kawasan tersebut pada awal-awal pagi. Den tak menyalahkan sesiapapun dalam hal ini, kerana Den beranggapan insiden  ini tidak akan berlaku sekiranya ada di antara kami yang sedar awal dan bersiap lebih awal untuk meninggalkan kawasan tersebut . Kesimpulannya kami KO FASAL TERLEBIH TIDUR ! Sedangkan Den sendiri tak sedar dan lena dibuai mimpi apa lagi yang Den nak harapkan dari anak-anak buah Den...Den pun teringat pantun Melayu masa tu “ kumbang jarak kumbang jagung , sebab tidur telajak...jadi  kami semua mesti tanggung ..! (boto ko pantun tu ?.alah lebih kurang ajelaa).

Truper Ali,  telah mengarahkan kami semua untuk menanggalkan pakaian kami, dan seterusnya tangan kami diikat ke belakang. Kami telah diarahkan untuk duduk melutut..adoi mak sakitnya lutut, disebabkan trek tersebut mempunyai batu-batu kecil, walau bagaimanapun kami tetap buat kerana kami takut untuk membantah. Kami seterusnya telah diarahkan untuk membuat ‘side roll’ di atas trek tersebut dengan tangan yang terikat di belakang. Seksanya waktu tu, sebab dengan keadaan tangan yang terikat, kami mempunyai masalah untuk menggulingkan badan ke kiri atau ke kanan ..dan setiap pergerakan adalah amat menyakitkan.  Kemudian kami diarahkan untuk melutut sekali lagi. Para musuh mula bertanya pelbagai soalan kepada kami .

Musoh 1 (M1) :  siapa  ketua kamu ? siapa di antara kamu ini adalah siswa ?

Kami : hanya diam dan tak menjawab walaupun sepatah . Masa tu Den rasa terharu juga sebab geng Den tak ada seorang pun yang memberitahu musuh bahawa Den adalah siswa. Musuh memang mencari siswa kerana bagi mereka ini lah peluang untuk melanyak pegawai sebelum mereka memakai bere hijau..Sebab bila dah pakai bere hijau nanti, siswa-siswa inilah yang akan melanyak mereka balik...tu yang musuh nak mengambil kesempatan terhadap siswa tu.

M2 :  (Pangkatnya truper ajo (Prebet) : Ok kau orang tak nak bagi tahu siapa ketua kau, tak apa...sekarang buka mulut kamu semua...!!!! ( Kami telah diberi taklimat bahawa sekiranya kami ditangkap kami hanya boleh memberi tahu nama, no dan pangkat kami sahaja kepada musuh: jika kami memberi maklumat lain berkaitan dengan “operasi” (latihan kami ) dan jika musuh membuat laporan , kami boleh digugurkan dari mengikuti kursus. Memandangkan musuh tidak bertanya nama, no dan pangkat kami, maka sebab itu lah kami semua berdiam diri.)

Sebaik sahaja kami membuka mulut, M1 telah menyumbat mulut kami dengan kepingan getah  “segerap  “ ( susu getah yang telah beku di dalam mangkuk getah). Pada masa itu mulut kami semua penuh dengan getah segerap dan kami tak boleh nak bercakap atau berkata apa-apa...malah tak boleh nak senyum pun....Bau getah tu...alahai malas nak Den ceritakan. Bagi mereka-mereka yang pernah menoreh getah pasti akan faham dengan apa yang Den cuba terangkan .

M3:  OK sekarang bagi tahu siapa nama kamu dan ke mana kamu nak tuju ?...soalan tersebut ditujukan kepada Den. Den cubo nak menjawab, dengan mulut yang telah disumbat dengan getah segerap tu : Nahmo saahyoooo Truepoorrr blaaa..blaaa..Nohmommmborr  sembihlang kohong thee gooo..blaaa..sotaaaahhapp ( Nama saya truper  bla..bla..nombor 903.bla..bla..staf ). Pingggggg.....pipi Den berdosing terkono sedas penampar...oleh M3.

M3: Aku tak faham apa kau cakap ....ulang sekali lagi....itupun kau tak boleh nak cakap ke ...? Den mengulangi sekali lagi..tapi bunyinyo lobih kurang samo ajo macam tadi...mano nak boto cakapnyo, sobab maso tu mulut Den dah ponoh dengan gotah ...! Pingggg sekali lagi Den  kono pelompang dan di ikut dengan tendangan side kick...tergolek Den macam buah nagko jatuh. ..Selepas tu soalan yang sama di tanya pada geng-geng Den..dan jawapanya hampir semua sama....mereka juga turut merasai apa yang Den telah rasai...masa tu Den nak gelak pun ada bila mendengar mereka menjawab dengan mulut yang penuh dengan getah segerap tu...

Kira-kira...30 minit kemudian setelah puas Den dan geng Den  di “perlakukan” oleh musuh tadi..Den nampak ada tiga motor kapchai dan satu motor “scrambler” dan diikuti dengan 1 x landrover datang ke lokasi kami ditahan itu. Mereka semua adalah anggota-anggota musuh yang telah dipanggil tadi. Gelagat mereka  pada waktu itu tak ubah macam  “red indian dapat senapang”....terjerit-jerit...seolah-olah keseronokan kerana berpeluang untuk “memperlakukan kami”. Riak air muka dan kata-kata mereka menggambarkan kegembiraan dan kebanggaan kerana berjaya menangkap kami untuk pertama kalinya. Pada masa tu  Den merasa keresahan yang amat sangat. Apa taknya  Den takut ada diantara mereka yang akan mengenali Den kerana sebelum memasuki AK unit Den adalah dari troop 3 , X;RAY Sqn 21 Kdo...dan  musuh-musuh tersebut adalah dari unit yang sama. Keadaan ini bukanlah satu advantage kepada Den walaupun mereka dari unit yang sama, malah akan menjadi anak buah Den. Bagi mereka inilah peluang untuk menghentam siswa sebelum siswa tersebut menghentam mereka di hari hadapan.

Sebaik sahaja gerombolan serigala  (musuh ) itu tiba..salah seorang berkata kepada M3 : ...Ishhhhh apalaa kau nie...tak baik buat di orang macam tu, kan getah segerap tu kotor...suruh di orang tu keluarkan ..

M3 , menjawab “ Baik colour ( Staf Sarjan di dalam Kdo dipanggil Colour ).  Lepas tu Colour tu kata..laaa Siswa bla-bla..pun ada sama ke...? Bila Colour tu berkata demikian aje Den rasa kepala Den  bagai nak pecah .Alamak pecah tembelang aku...kata hati Den...Tadi Den tak mengaku bahawa Den adalah siswa...bila datang Si Colour Sepah nie...dia pecah rahsia lak...(Colour Sepah ini adalah troop Sarjan Den di Xray Sqn ,fasal tu dia kenal Den ). Sebaik sahaja Colour tu berkata demikian. Den dapat rasakan serangan dan tumbukan serta tamparan bertubi-tubi sampai kat muka , kepala dan juga badan Den...Masa tu Den tak leh nak mengelak sebab dah lah tangan Den terikat, serangan pula datang dari pelbagai sudu dan arah...Den ingek kalau letak Mr T pun kat situ mesti T akan tionggg juga.

Selanjutnya, colour tadi telah mengarahkan supaya kami semua meluahkan getah segerap yang masih berada pada mulut kami waktu itu. Pada saat ini Den jangkakan bahawa nasib baik juga Colour Sepah ini ada, sekurang-kurangnya, kami tak dilayan seteruk tadi. Walau bagaimanapun sangkaan Den meleset sama sekali. Sebaik sahaja kami meluahkan getah tersebut, kami telah disuap dengan sesudu (sudu makan)  cili api yang telah di  blender yang dibuat khas untuk POW macam kami. Mak oiiiiiiipodeh..sepodeh...nyo....Walaupun biasanya kalau setakat ikan sembilang masak lomak cili  padi dan asam pedas serta sambal tumis menjadi kegemaran Den...dan Den boleh tahan...tapi kali ini Den memang tak leh tahan...ini mungkin fasal faktor bahan kimia yang ado pada gotah segerap itu tadi memodehkan lagi cili padi yang telah sememang nya telah podeh  sejak azali laei....Maso tu Den lihat mulut geng Den semuanya..tercungap-cungap macam ikan kaloi terlepas didaratan..Kombang kuncup...mulut kami menahan kepedasan. Kami seterusnya diarahkan untuk terjun di dalam parit  kecil berhampiran trek tersebut dan dibenarkan untuk minum air...Bayangkan masa tu tangan kami masih terikat lagi...agak-agaknya macam mana kami nak minum air tersebut ?...Sebaik sahaja sampai di parit tersebut kami mula “menyudu“ macam itek...Adaoi hai air parit tu pulak..ada macam-macam rasanya...maklumlah lepas hujan...air yg agak keruh..Den rasa  macam air tanah pun ada, macam air rumput pun ada..apa jua rasanya kami terus telan bagi meredakan kepedasan yang kami hadapi.

Setelah hampir dua jam kami ditawan akhirnya kami dilepaskan. Color Sepah, pergi dia sempat berpesan kepada Den..”Siswa , sekali lagi kau kena tangkap, jangan mimpi kau nak pakai bere hijau ...” kata-katanya lembut tapi membawa makna yang penuh mendalam. Setelah musuh berlalu pergi, kami tidak bercakap sepatah pun antara satu sama lain. Masing-masing terus mengenakan pakaian dan menunggu arahan selanjutnya dari Den.  Den seterusnya telah mengadakan satu “post mortem” untuk  mengenal pasti kelemahan kami sehingga tertangkap. Kata Den : “OK...saya  tak mahu sesiapa pun dipersalahkan di dalam hal ini. Anggap ini sebagai satu dugaan dan juga sebagai satu balasan tuhan ke atas kita semua terhadap apa juga kesalahan yang telah kita lakukan semasa kursus ini. FullSTOP..No finger pointing !!..Ok !...Kata Den . “OK tuan.”.jawab geng Den hampir serentak . Itu adalah post mortem yg  paling pendek Den ghaso dalam dunia..dimana kata-kata pembukaan oleh pengerusi (Den) dan  dituruti dengan kata-kata penutup dan dengan menggunakan kuasa veto yang ada pada Den pada waktu tersebut.

Setelah berehat dan memulihkan tenaga yang hilang....kami  pun bergerak menuju ke Check Point ke 8. Dalam perjalanan Den berkata kepada Mat Sebi, satu lagu ..Sebi pun terus response :

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan....

“ .....Den ghaso tak sedap pulak...tukar..

Mat Sebi pun nanyi lagu andainya aku pergi dulu: Alleycats

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

...lagi Den ghaso tak sodap...lain punya lagu baru...Mat Sebi pun menyanyi lagu ...Sudirman , Biarlah Ku Sengsara Sendiri

Biarlah ku hidup sendiri
Usah kau ganggu lagi diriku
Ku ingin damaikan hati ini

Bertahun peristiwa berlalu
Tak guna kau sebut-sebut lagi
Menambah sakitnya hati yang lara

Masa engkau pergi dulu
Tiada pesan engkau tinggalkan
Ku berduka ku merana
Hidup sepi tak berteman
Hanyut sudah impianku
Dalam arus airmata
Kerana kau

Mengapa kau tanyakan kisahku
Insani yang hidup penuh sendu
Biarlah aku sengsara sendiri

Haahha..lagu ni  sedap .sikit...kato hati Den...Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Check point 8 dengan tunduk dan syahdu sambil mendengar lagu ... Biarlah Ku Sengsara Sendiri ,.