Friday, 20 May 2011

Ke Ranjang Belanja..!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Pejam celik pejam celik, dah masuk hari Jumaat. Pantas betul masa berlalu dan bulan pun dah nak sampai penghujungnya.  Biasanya bagi orang yang bekerja hujung-hujung bulan adalah antara tarikh dan masa yang  sangat dinanti-nantikan. Bagi askar minggu-minggu terakhir ini adalah sangat bermakna, kerana pada masa ini laa masa yang sesuai untuk mereka  memeriksa sama ada “sang harimau “ akan mengaum atau  hanya berpesan “..sorry your transaction has been cancelled because insufficient  amount Code 570.” Bagi yang tak faham  maksud pernyataan tersebut, sila gunakan kemudahan  online Goggle translator ( GT ) dan  hasilnya terjemahannya adalah Maaf  transaksi  anda  telah  dibatalkan  kerana  JUMLAH YANG MENCUKUPI Kod 570”. Woit ?..Ini yang Den maleh nak gunokan google translator ini kerana, yang Den faham kalau bahasa Inggerisnya insufficient (NOT ENOUGH IN AMOUNT OR QUALITY TO SATISFY A PURPOSE OR STANDARDbermaksud…”tidak mencukupi “..tapi bila Den pakai insufficient  membawa maksud  “mencukupi  “ . Masalahnya kalau mencukupi kenapalaa duit tu tak keluar-keluar.!!! Sebagai nasihat kalau kawan-kawan kena buat tesis ko, kena tulis artikel ko bila buat rujukkan dalam bahasa Inggeris jangan nak cuba-cuba gunakan  online GT kerana Den pasti  kau akan kecundang.


Berbalik pada hujung bulan , hari Jumaat tadi…Ini bermakna esok adalah hari Sabtu, dan dari tinjauan rambang Den kat dapur rumah Den, untuk memastikan kesinambungan dapur tu berasap, maka Den kena pergi bershopping sakan untuk menambah stok rangsum kering di rumah Den. Dan benda ini laah antara perkara yang paling Den tak gemar lakukan pada setiap bulan. Bukan apa, biasanya kami akan pergi sekeluarga , Den, orang rumah Den dan 5 lagi anak-anak Den. Kalau pergi bersama orang ghumah Den, bukan cukup sejam dua..biasanya kalau keluar pagi, tengah hari baru balik..Kadang-kadang makanan beku yang Den boli, boleh jadi cair bilo sampai kat rumah. Dan yang dah pasti hari tu kami akan makan di luar kerana org ghumah Den sudah mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak memasak ..”Hari ini kita makan luar yea, I penatlah nak memasak”..Dan masa tu akan kedengaran jeritan sokongan dari anak-anak Den dan mereka dah mula nak mencadangkan tempat-tempat yang hendak ditujui..Pizza   Kenny Rogers ..? KFc?.Mc D…tak nak lak dio orang mencadangkan makan kat kedai, warong Kak Siah ko, Restoran Aji ko. Ini semuo nak menyakitkan poket Den ajo. Tapi nak buek macam mano, sobab sayangkan anak-anak Den turutkan jugo, walaupun poket terluko…hati totap sonyum sobab anak-anak gembiro..dah tugas kito kan sebagai bapak,  mengembirokan keluargo dan kono topikan kepentingan diri kito.

 Satu hal lagi, yang Den tak gomar bilo part shopping barang dapur ini adalah  bilo kat pasar super tu, anak-anak Den akan berebut-rebut nak membawa troli dan sudah menjadi kebiasaan keluarga Den kalau masuk pasar super ini sekurang-kurang kami akan gunakan dua troli..Maklumlah anak 5 ,  ditambah dengan selero Den yang samo macam 3 orang punyo selero, takko  9 orang jadinyo.  Dan dio orang pulak main ambik ajo, ikut teragak tokak ,selera mereka…Kadang-kadang Den dah tak larat nak control lagi, nasib baik jugo  Allah murahkan rezeki Den..rezeki anak-anak Den, Den tak laa kayo, buleh cukup makan ajo nak-nak bilo dah tak  berkojo nie.. …kalau tak memang parah Den dan  nak kono minta nasihat kat  Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Dan yang paling Den tak suko sekali sejak akhir-akhir ini , pasar super yang Den selalu pergi tu dah lancarkan kempen …”go green… Saturday is no plastic day..” (pergi hijau Sabtu ada hari plastic ?)…Dia orang  cuma supply kotak ajo.  Nasib  baik laah ada troli, dapat juga Den gunakannya untuk  mengangkut barangan logistic Den sampai ke kereta, kalau tak kan haru juga dibuatnya. Benda tu tak habis kat situ juga, bila sampai kat rumah , nak  bawa masuk ke rumah Den, pun satu hal juga, sebab tempat letak kereta agak jauh dari rumah Den. Sekali lagi situasi ini diselamatkan oleh ‘troli”yang memang Den boli untuk guno  kat rumah, kalau tidak memang pakat bergaduh anak-anak Den, sebab kena mengangkat barang-barang tu…troli banyak berjaso dan membantu Den dalam permasalahan ini.

Agak-agak siapolah orang yang banyak berjaso mencipta troli dam mengkormersialkannyo. Rasa ingin tahu Den begitu meruap-meruap, lalu Den pun buat search kat internet dan jumpa jawapannya di Answer.Com.  Laman tu kato:  “In 1937 Sylvan Goldman of Oklahoma City invented a shopping cart which was made of a folding chair with wheels. It was able to hold two separate baskets” dan mengikut GT (Pada tahun 1937 Sylvan Goldman dari Oklahoma City mencipta sebuah keranjang belanja yang terbuat dari kerusi ganda dengan roda. Hal ini mampu bertahan dua bakul berasingan. ) Oo..baru Den tahu yang troli ini juga dikenali sebagai  “shopping chart” dan dalam bahasa kebangsaan, KERANJANG  BELANJA….Lopeh ini Den tak nak panggil troli tu troli lagi lah,sebob Den nak memerkayokan bahaso ibudo, Den panggil “keranjang belanjo” ajo baru “bahasa melambangkan bangso”..Apo-ao pun Den nak ucapkan terimo kasih pada Selai Van Orangmas ini (Sylvan Goldman) kerana berjaya mencipta benda-benda yang berfaedah ini….jasamu dikenang…!

Tapi janganlah pembaca ingat bahawa semua benda ciptaan yang baik tu , hanya membawa kebaikan aje. Adakala dan masanya, si “keranjang belanja” ini bagi masalah dan menyusahkan orang aje dan ada juga sehingga kepada peringat boleh mengaibkan orang kalau tak betul cara penggunaannya. Den pernah alami dan lihat beberapa insiden yang mana  “keranjang belanja” ini menimbulkan masalah . Ada satu masa tu Den tak ingat tarikh sebenar, semasa kami nak berjalan keluar dari satu pasar gergasi, kami bertembong dengan segembala pekerja bangla yang sedang  “mengembala” keranjang belanja yang disusun rapat hingga beberapa puluh dan mungkin mencapai angka ratus.  Di bahagian depan sekali yang disusun itu ada satu bangla akan mengawal arah pergerakan susunan keranjang belanja tersebut…sambil meniup wisel dan menjerit..”..tepi..tepi…..kasi..lalu”.. dan di bahagian tengah susunan keranjang belanja tu ada juga seorang lagi bangla yang membantu menolak susunan tersebut dan di penghujung sekali di bahagian belakang ada seorang lagi yang akan menolak susunan keranjang belanja itu, sambil menjerit”… tepi..tepi…kasi lau..kasi lalu..air panas..air.panas.” Entah mano air paneh yang dibawanya Den tak nampak lak.…Nak dijadikan cerita, entah macam mana si bangla yang belakang tu telah menolak susun keranjang belanja tu terlalu kuat ..laju ? hingga menyebabkan the heading bangla tidak dapat mengawal arah lalu susunan “keranjang belanja tersebut dan terus melanggar seorang kanak-kanak yang berada di situ. Akibat dari perlanggaran itu, kanak-kanak tersebut , telah mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kecoh juga dibuatnya…masa tu Den lihat bapak si budak tersebut telah marah-marah dan hampir mencetuskan pergaduhan..Nasib baik laa ada yang Berjaya menenteramkannya.

Selain dari itu, kewujudan keranjang belanja ini, kadang-kadang menyusahkan kita juga, lebih-lebih lagi apabila ia tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya selepas digunakan seperti di kawasan parking kenderaan. Akibat dari sikap malas dan tidak mengambil berat untuk kepentingan bersama, ada juga puak-puak yang main…letak aje keranjang belanja ini merata-rata selepas menggunakannya. Keadaan ini biasanya akan mengakibatkan kenderaan lain yang ingin memasuki kawasan parker “parking” menerima masalah yang tidak sepatutnya. Keadaan ini kadang-kadang biasanya, mendatangkan kecederaan atau kecalaran kepada kenderaan –kenderaan lain yang di parker di situ. Jadi kawan-kawan kalau kita menggunakan “keranjang belanja” ini semasa kita pergi “ berkedai”, kita mesti tentukan bahawa keranjang belanja itu diletakkan di tempat yang seppatutnya untuk kemudahan dan keselesaan pengguna yang lain dan janganlah kita bertindak seperti “keldai”…

Den teringat pula kisah masa Den 2Lt dahulu yang mana Den dan beberapa org pegawai lain buat pertama kali pergi ke Airport Subang, untuk menghantar seorang pegawai kanan dan keluarganya berkursus keluar Negara. Amalan ini memang biasa di dalam kehidupan seorang tentera. Den dan beberapa pegawai lain telah menunggu ketibaan pegawai Kanan tersebut di kawasan lobby pelepasan. Setelah puas menunggu, Pegawai tersebut telah sampai dan kami (Den dan seorang lagi pegawai muda 2Lt Bakau ) telah membantu menurutkan baggage (bagasi) mereka. Seterusnya 2Lt Bakau telah diarahkan untuk mendapat keranjang belanja ..ehhh tak sesuai kot..keranjang beg,?...keranjang bagasi..hahhaa…..sesuai sedikit. 2Lt Bakau, orangnya sasa berketinggian hampir 6kaki dan memang  gah sebagai Pegawai Komando.  Beliau terus menuju ke tempat simpanan keranjang bagasi yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kami berkumpul..

Agak lama juga , kami tunggu sehingga ada di kalangan pegawai bertanya ke mana perginya 2Lt Bakau, yang telah diarahkan untuk mengambil keranjang bagasi tersebut. Den pun terus memandang ke arah tempat  2Lt Bakau tuju untuk mengambil keranjang bagasi tersebut . Pada masa tu Den lihat 2Lt Bakau sedang menarik keluar satu keranjang bagasi dan cuba menolaknya, tetapi tidak Nampak yang keranjang tersebut bergerak ke hadapan.,kemudian Bakau biarkan keranjang bagasi itu, dan mengambil keranjang bagasi yang baru, keadaan yang sama juga berlaku, dan dari pengamatan Den, mungkin Bakau lakukan perkara itu hampir 4 atau lima kali memandangkan bilangan keranjang bagasi yang bersepah di situ. Dalam pada itu Den terus melambai kepada Bakau dan memberi isyarat tangan supaya beliau cepat..dengan harapan Bakau Nampak lambaian  Den ..Alhamdulillahlah, Bakau dapat message yang Den cuba sampaikan. Tapi kali ini pergerakan Bakau agak kelainan, sebelum dia menolak keranjang belanja tersebut, Den lihat dia telah menyingsing (melipat lengan baju) dan terus menolak keranjang bagasi tersebut. Apa yang Den Nampak perjalanan Bakau akan terganggu dan se olah-olah bergetar-getar dan dia seolah-olah menggunakan segala tenaga yang ada untuk menolak keranjang belanja tersebut…dan semasa Bakau menghampiri kami, kami telah kedengaran bunyi tang.. tang.. tang …tang..!!! seolah-olah roda keranjang bagasi itu tidak berpusing dan ditolak secara paksa oleh Bakau.

Keadaan ini menimbulkan keheranan kepada kami semua, kerana dalam masa yang sama, banyak juga pasangan mata yang melihat ke arah kami..Sebaik sahaja sampai Bakau dan di dalam keadaan tercungap-cungap dan berpeluh, dia terus berkata ..” Maaf tuan ,lambat sikit, bukan apa, semua troli yang ada kat situ tak elok dan rosak , saya rasa tayarnya jem kot,  itu sebab saya lambat, Dan troli ini pun tak berapa elok juga, tapi taka pa, saya boleh tolak….”..sebaik sahaja Bakau habis berkata-kata … salah seorang pegawai kanan tu berkata .” Kepala hanguk kau,troli ini rosak, ia tak rosak, tapi sebab kau tak tahu nak guna. Kalau nak tolak troli tu, kau kena tekan handle yang satu lagi tu baru di boleh gerak..”..kata pegawai tersebut. Kami yang melihat kejadian itu, nak rasa tergelak pun ada,rasa kesian kat Bakau pun ada…maklumlah dia orang kampong dan baru pertama kali berurusan di airport (samo macam Den juga) .manalaa dia tahu bendatu. Tapi Bakau masih nak control mancho dia dan jawab…”Saya tahu tuan,pasal handle satu ini, saya ingat ini adalah break troli ini..tu pasal saya tak tekan..!!!!”..Kami semua senyum dan dalam masa yang sama terasa juga kemaluan segan kami disebabkan peristiwa itu turut dilihat oleh pemerhati bebas di situ. Nasib baiklaa kami semua tidak beruniform ketika itu…kalau tidak alangkah lagi besarnya kemaluan keseganan kami bila diketahuan umum bahawa Komando tak reti guna troli..opsss keranjang bagasi……!