Friday, 3 June 2011

I Did It My Wayyyyyy!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Anda  mungkin biasa mendengar perkataan  “recce “ atau perkataan “reconnaissance” yang membawa maksud tinjauan untuk mendapatkan maklumat. Dalam istilah taktikal ketenteraan yang sebenarnya ada membawa beberapa maksud khusus. Sebagai contoh , kalau kita kata  “air recce”, ini bermaksud “tinjauan udara dan biasanya menggunakan pesawat udara”, dab beberapa istilah ang lain seperti  final recce, close recce dan sebagainya. Di dalam dunia ketenteraan penggunaan  perkataan recce sudah menjadi  “jargon”  di dalam kehidupan harian.”. Ia bukan sahaja maksud ke penggunaan istilah taktikal tetapi juga kepada perkara-perkara dalam kegiatan harian. Sebagai contoh,  kalau kita nak membawa keluarga kita ke suatu tempat untuk beriadah biasanya kita akan berkata “Aku nak recce dulu tempat tu, sesuai tak sesuai untuk keluarga”. Atau kita nak pergi ke tempat-tempat hiburan , “aku nak recce dulu nak tengok dulu ok ke tak ok tempat tu, nak tengok  juga harga yang dia org akan charge.” “Aku dah recce dah harga benda tu kat market ..dan sebagainya . 


Di dalam dunia komando, kemahiran untuk melaksanakan operasi “close recce” atau tinjauan rapat adalah merupakan satu skil atau kemahiran yang amat dititikberatkan. Setiap anggota komando mestilah terlatih dan mempunyai kemahiran yang tinggi untuk melaksanakan “tinjauan rapat”.  Isitlah “senyap dan berkesan”, sentiasa menjadi matlamat utama di dalam melaksanakan tugas-tugas tinjauan rapat. Ini adalah kerana kegagalan atau kejayaan sesuatu serangan yang bakal dilaksanakan oleh pasukan penggempur komando, biasanya bergantung pada maklumat-maklumat  “terkini dan paling tepat". Adalah menjadi prinsip utama di dalam melaksanakan sesuatu serangan hendap itu bahawa,  “sasaran hendaklah diawasi dan dipantau hingga ke saat akhir sebelum serangan dilaksanakan.  Justeru itu, adalah penting untuk semua anggota komando memiliki skil ini untuk memastikan kejayaan mereka di dalam satu-satu operasi.

Pernah terjadi di dalam satu latihan bersama dengan pasukan khas dari Amerika, di mana di sebabkan persaingan diri antara pihak anggota komando Malaysia dan juga Amerika diakhiri dengan tragedi. Semasa latihan bersama itu , Den tidak terlibat secara langsung di dalam latihan akhir yang melibatkan serangan mengejut yang akan dilaksanakan oleh pasukan gabungan Amerika dan komando Malaysia. Pada masa itu Den hanya terlibat sebagai Staf di HQ sahaja. Kira-kira dua hari sebelum latihan akhir serangan mengejut itu dijadualkan, dimaklumkan bahawa  pihak Amerika “tidak mempercayai maklumat terakhir dan lokasi penempatan musuh”, yang telah diberikan oleh pasukan “close recce” komando. Menurut mereka, ia adalah terlalu “detail” dan sukar untuk mereka percayai jika dibandingkan dengan maklumat yang diberikan oleh “pasukan close recce” mereka. (Untuk maklumat, walaupun pasukan Amerika dan Malaysia akan bergabung semasa dan menjadi satu kumpulan serangan, tetapi untuk tinjauan mendapatkan maklumat (close recce) kedua-dua pasukan telah bersetuju untuk menghantar tim masing-masing dan maklumat yang dikumpulkan oleh kedua-dua buah tim akan digunakan untuk serangan).

Pihak amerika telah bertanya bagaimana komando boleh mendapat maklumat “setepat dan sedetail itu”. Den difahamkan komando kita menyatakan bahawa mereka telah merapat ke sasaran sehingga ke jarak 5-10 meter dan telah berada di sana selama 3 hari. Perkara ini tidak dipercayai oleh pihak Amerika dan seterusnya meminta komando kita menunjukkan lokasi dimasa komando kita melaksanakan tinjauan rapat. Bagi membukti bahawa komando kita itu telah bercakap benar, dua orang Anggota Amerika telah diajak untuk pergi ke lokasi  yang dimaksudkan bersama dua lagi anggota kita. Den difahamkan, bahawa mereka terpaksa berenang merentasi kolam “lombong tinggal”, kira-kira  50 meter sebelum boleh menghampiri sasaran musuh yang berada kira-kira 5-10 meter dari gigi air kolam tersebut. Mereka hanya berenang  dengan menggunakan baju loreng tanpa kasut. Pada mulanya mereka selamat sampai ke lokasi yang dituju dan setelah berpuas hati kira-kira 45 minit kemudian mereka telah berenang balik keluar dari kawasan tersebut. Mereka sepatutnya berenang senyap secara buddy-buddy (berdua-dua)tetapi ini tidak berlaku pada pihak Amerika. Sebaik sahaja sampai ditebing, didapati bahawa seorang lagi anggota komando Amerika telah hilang. Latihan tersebut terpaksa dibatalkan dan usaha mencari telah dilaksanakan, beberapa hari kemudian, mayat anggota tersebut telah dijumpai. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, jika pihak Amerika percaya dengan kemampuan dan kebolehan pasukan khas kita. Ia juga tidak akan berlaku jika mereka mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan seperti keperluan untuk bekerja secara buddy-buddy. Disebabkan keangguhan  mereka , akhirnya mereka menerima padah.

Den pun pernah diuji dengan “kemahiran untuk melaksanakan tinjauan rapat ini. Masa itu Den sedang menghadiri kursus taktik pegawai di Johor. Di dalam latihan akhir peringkat peperangan konvensional (terbuka), pasukan kami dikehendaki membuat serangan ke atas pertahanan musuh di sebuah bukit. Pada masa itu, jawatan Den di dalam pasukan serangan itu adalah sebagai   Pen Ketua Seksyen (KPL aje). Jadi Den tidak terlibat di dalam bab-bab tinjauan untuk mendapatkan maklumat dan kedudukan musuh sebelum serangan boleh dilaksanakan.  Pada waktu itu, kami dah berada kira-kira 4 hari di “Foward Base” di lokasi terakhir kami berkumpul untuk membuat tinjauan, pentadbiran  dan memberi perintah akhir sebelum serangan dapat dilaksanakan di kedudukan musuh.  Pada malam tu Ketua Kompeni (sebenarnya dia ini pun studen juga sama dengan Den) telah memanggil kami semua dan telah memberi tahu masalah  yang dihadapinya. Katanya “ Kita hanya ada kira-kira 4 hari sebelum kita boleh melaksanakan serang ke atas kedudukan musuh. Masalahnya sehingga ke tahap ini, semua tim tinjauan (3 tim ) telah dihantar untuk mendapat kedudukan musuh tidak dapat maklumat lengkap lagi berkenaan kedudukan musuh terutamanya  kedudukan senjata bantuan, mortar,  pemancar dan juga lokasi sebenar kawasan  periuk api. Jadi sekarang ini saya nak pandangan  kamu semua bagaimana perkara ini  boleh diatasi “.

Pada masa tu, beberapa orang pegawai mencadangkan  beberapa resolusi dan dalam masa yang sama ada juga pegawai yang menentang resolusi tersebut. Ini lah masalah yang Den nampak bila berkursus dengan orang pandai-pandai. Semuanya nak menunjukkan kepandaian masing, dan juga nak mencantas kawan-kawan. Mentang-mentanglah masa tu jurulatih pun turut sama, tetapi tidak terlibat di dalam perbincangan. Masing-masing nak tunjukkan “colours” masing-masing. Masa tu Den dan buddy Den, Sam (lulus basic sama Den, tapi dia kerja  kat 22 Kdo), diam dan tak turut serta , kerana masa tu dalam kepala Den nak tidur aje. Den teringat kata pujangga  bahawa “ Adalah lebih  baik kamu senyap dan tidak berkata apa-apa jika kamu rasakan kata-kata yang bakal kamu keluarkan tidak membawa sebarang faedah...dengan lain perkataan tidur itu lebih baik di dalam situasi begini.”

Den rasa perbincangan dan majlis bertekak tu berjalan hampir 30 minit, kemudian ada satu cadangan dari suara seorang pegawai renjer. Katanya , “ Why not kita suruh komando yang buat benda ini, dio orang bab-bab macam ini mesti terror punya”...Perhhh, abis laa Den kali ini, dalam hati Den dah rasa tak sedap. “ Dia orang ingat senang nak mendapatkan maklumat tersebut, dah keadaan bukit yang agak botak, hanya di tumbuh oleh anak-anak kelapa sawit yang berumur 2-3 tahun, kawasan pertahanan yang agak luas hampir 500meter persegi., nak-nak kalau waktu malam, bukannya boleh nampak sangat. Masalah ini “ kata hati Den. Lepas tu Den terus pandang pada buddy Den, Sam hanya senyum dan menggelengkan kepalanya. Pada masa tu Den tahu bahawa Den tidak boleh menolak permintaan peminat Den...ini melibatkan bukan sahaja maruah dan kredibiliti Den, tetapi maruah dan kredibiliti pasukan komando secara keseluruhan. Den pun bersetuju dengan bersyarat, bahawa Den perlukan sekurangnya 24 jam untuk melaksanakannya dan Den hendak hanya Sam dan Den sahaja yang terlibat . Bila mendengar sahaja cadangan Den tu, Ketua Kompeni terus bersetuju. Malam tu Den tidur dengan mata terpejam tetapi otak dok ligat berpusing mencari jalan terbaik untuk melaksanakan misi tersebut...Think....Think..Think..there must be a better way..or I will do it my wayyyyyyyyyyyy.....!

Keesokannya, pagi-pagi lagi Den dan Sam dah keluar meninggalkan kawasan FB.  Sam bertanya kepada Den apa rancangan kami. Den kata “Kau ikut aja tak, ada masa  nak bincang lagi”. Tempat pertama Den,  tuju adalah kongsi indon, kira-kira 4 km dari lokasi FB. Semasa di sana, Den pujuk indon tu nak pinjam motor dia, Den cagarkan RM 150.00 Den kata ke hospital nak beritahu ada kemalangan yang melibatkan anggota Den. Pak Indon percaya sebab Den menunjukkan kad askar Den  dan memberi dia duit cagaran. Kemudian minta  pinjam baju awam dan juga plastik hitam. Den dan Sam  tukar pakai pakaian awam dan senjata kami dismantle masuk dalam plastik hitam. Baju  loreng dan pouches kami tinggalkan kat kongsi dan kata kami akan ambil balik ( Ini juga sebagai satu surety yg kami akan balik hantar motor beliau ).  Sam yang masih kebingungan bertanya, “ Den apa pelan kita nie ?”...Den kata “ kau ikut ajo, “. Den malas nak bagi tahu Sam sebab Sam ini “skema “ sikit, lurus. Kalau Den bagi tahu dia gerenti dia akan bantah pelan Den.

Den terus bawa motor tersebut menuju ke kawasan pertahanan musuh, kira-kira 50  meter dari kawasan sasaran, Den berhenti, dan memulas minyak kuat-kuat, vrommm..vrommmm....kemudian Den buat se olah-olah  sedang memeriksa sesuatu di bahagian enjin moto. Tiba-tiba, dua orang musuh menghampiri Den dan bertanya, “ bang..apa fasal , motor rosak ke “...”Den terus pusing dan melambai menyuruh mereka datang. Sebaik sahaja mereka datang Den terus berkata :”...Ok jangan cakap banyak, saya..Kapt bla..bla...dari pasukan risik ini kad saya (Kad Pengenalan Tentera). Saya nak minta bantuan kamu. Boleh tak..? Salah seorang dari musuh pun terus tanya “ apa dia tuan ? ‘.  Den kata,” Sebenarnya saya sedang berkursus, saya nak tahu kedudukan kamu (musuh ) dan semua lokasi-lokasi penting, tempat senjata bantuan..blaaa..bla...”. Sam terkejut cara Den berterus terang kepada musuh tersebut. “Tapi tuan, nanti saya kena pulak, kalau dia orang tahu saya yang bagi...?” kata  musuh tersebut . “Laaa macam mana dia org nak tahu kalau kau berdua tak beritahu. “.. “Ok dah kita tak ada masa nie, Sam  kau ambil maklumat dari dia, dan aku akan ambil dari seorang lagi.” Musuh tersebut adalah berpangkat prebet dan masih muda lagi mereka pun konfius agaknya. 

Den minta dia lakarkan semua maklumat dan kedudukan pertahanan mereka. Selang 10 minit Den bertanya pada Sam , “ Dah ok ke Sam  ?” Setelah selesai Den bandingkan maklumat yang Den dapat dengan maklumat dan lakaran Sam yang Sam dapat.  Mana-mana yang tak jelas Den minta musuh terangkan. Tujuan Den berpecah dan mengambil maklumat secara berasingan adalah untuk memastikan bahawa musuh memberi maklumat yang betul dan bukan yang palsu. Setelah berpuas hati Den bagi musuh tu RM 10 dan kata , “ Nak ambil duit kopi jangan beritahu sesiapa”. Den dan Sam terus menuju ke kongsi indon tadi dan menyerahkan semula motor beliau dan seterusnya bergerak balik ke FB. Sepanjang perjalanan ke FB,Den lihat Sam tersenyum dan berkata “...Den apa pasal kau terus redah aje, tak ada elemen taktikal langsung, kalaulah musuh tadi panik ke, dia tangkap kita habis kita”. Kata Sam . Den kata “ Sam kita tak boleh menjalankan kehidupan ini semuanya dengan hanya mengikut prinsip aje, kadang-kadang kita kena cuba sesuatu yg lain dari yang digariskan prinsip . Macam kes ini, kalau nak ikut prinsip tinjauan sampai ke sudah kau tak akan dapat maklumat, so kita kena work smart laaa.”.

Kira –kira jam 1 tengah hari kami sampai ke FB dan terus memberi lakaran tersebut kepada Ketua Kompeni. Ketua Kompeni, bertanya dengan penuh kehairanan. “Macam mana kau dapat benda ini, cepat betul, ...ehhhh apa yang kau beri ini betul ke Den..?  Den terus menjawab, “ Mir (nama Ketua Kompeni ) , Den gerenti maklumat tu 95 % tepat, kalau tak tepat, 50% gaji Den bulan ini kau ambik dan kalau tepat 50% gaji kau Den ambik setuju ?....ang lain-lain jadi saksi yo ..” kata Den. “ Ok..Ok aku percaya, bukan fasal aku takut gaji aku hilang, tapi aku percaya fasal kau komando,tapi..macam mana kau dapat maklumat ini, cepat benar tak sampai pun 24 jam macam yang kau minta tu......” kata Amir.. Masa tu Den dah malas nak bersembang dan tak akan bocorkan rahsia, bagaimana kebijaksanaan Den dan melakukan ‘tinjauan rapat “ tak perlu Den terangkan ..lalu Den kata. “ Fasal tu ....JANGAN DI TANYA....!!!”.