Tuesday, 24 May 2011

GO OR NO GO....I Will GO...

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Stand By adalah satu situasi di dalam tentera di mana sesuatu pasukan itu dikehendaki berada di dalam sedia untuk melaksanakan sesuatu tugas operasi khas atau boleh diatur gerakkan bila keadaan memerlukan. Istilah ‘stand by ‘ ini telah menjadi satu kebiasaan kepada unit-unit tempur sama ada Rejimen Askar Melayu, Rejimen Ranger, mahupun pasukan komando. Biasanya  bila sesuatu unit atau pasukan itu di letakkan di dalam status  “Stand By”, ini bermakna pasukan tersebut akan sentiasa berada di dalam keadaan siap untuk diatur gerakkan di dalam satu jangka masa notis tertentu, seperti 2 jam notis, 8 jam notis atau 24 jam notis. Pendek kata bila amaran “Stand by” telah dikeluarkan kepada sesuatu unit itu, maka unit tersebut pada dasarnya telah bersedia untuk di atur gerakkan dan beroperasi.


Perkara ini mungkin tidak disedari oleh orang awam. Perlu dinyatakan di sini, bahawa pasukan keselamatan kita , khususnya unit-unit tempur dan unit khas, sentiasa bersedia untuk diatur gerakkan atau dengan istilah biasanya  berada di dalam keadaan “Stand By “, pada sebilang masa tanpa mengira hari dan waktu. Justeru itu perlu rasanya Den maklumkan di sini, pada hari ini , semasa ini, di kala kita sedang menjalani kehidupan harian secara aman tanpa sebarang gangguan dan kerisauan serta sebuk melayari internet, dari segi keselamatan, ada antara pasukan tentera kita, sama ada darat , laut dan udara yang sedang diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga  atau  Stand by dan sentiasa bersedia untuk di atur gerakkan jika keadaan memerlukan. Pendek kata, secara umumnya keselamatan kita dari ancaman adalah terkawal sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, bagi pihak atau unit yang terlibat atau di letakkan di bawah status stand by ini  biasanya mengalami drama penantian yang penuh penyeksaan.  Kami menunggu dan menunggu saat-saat untuk di atur gerakkan, dan pada kebiasaannya ia nya adalah setakat kami ..Stand by..Stand By…sehingga habis tempuh yang telah ditetapkan dan tanpa di atur gerakkan. Memang betul  dengan pepatah yang menyatakan bahawa “penantian itu satu penyeksaan”. Walau bagaimanapun, perkara ini  (memastikan bahawa pasukan ATM kita sentiasa bersedia untuk di atur gerakkan) adalah penting untuk memastikan bahawa keselamatan negara akan sentiasa terjamin dan ATM berupaya bertindak dengan segera jika keselamatan Negara berada di dalam keadaan terancam. Sepanjang perkhidmatan Den , di dalam ATM, Den dah beberapa kali terlibat di dalam pasukan-pasukan yang dikategorikan sebagai unit “stand by”….dan kebanyakannya berkesudahan dengan tidak di atur gerakkan sehingga tempuh stand by itu tamat.

Semasa tempoh menjadi Pegawai muda Den adalah calon utama untuk dijadikan Stand By ketua troop disebabkan status Den yang masih bujang dan faktor kampung den yang tak jauh mano dari Kem tersebut. Kalau tak silap Den dalam tempoh tersebut 4 kali Den stand by hari rayo dan tak dapek balik ke kampung. Nasib baik omak Den jenis yang faham dengan penugasan Den, jadi isu Den tak balik kampong berhari raya itu bukanlahh masalah besar bagi emak Den. Tetapi ia adalah situasi yang Den tak berapa suko, sebab kalau boleh kita nak balik beraya dengan keluarga , tentu lebih seronok. Walau bagaimanapun, bagi anggota-anggota yang tak balik beraya kerana terpaksa “stand by”...biasanya kami akan mengaturkan atur cara sambutan hari raya kami sendiri, secara sederhana dan berpakaian baju loreng kami sebagai baju raya.

Selain dari itu, Den pun pernah terlibat di  dalam unit “stand by “ untuk melaksanakan operasi khas. Salah satu Stand by Den untuk misi yang sebegini adalah di sekitar tahun 80an. Masa tu kami telah mendapat arahan bahawa telah berlaku satu “isu peperangan  saudara” di sebuah negara luar. Den telah di fahamkan kerajaan negara tersebut telah meminta bantuan Malaysia untuk menyelesaikan masalah keselamatan yang kian meruncing di negara tersebut. Sekumpulan dari kami telah di letakkan di dalam keadaan ‘stand by “ untuk misi tersebut. Dan mengikut perancangan kami akan memasuki negara tersebut dengan cara “ menggunakan payung terjun”...Semasa itu kami di kem telah membuat persiapan rapi dan latihan  terakhir telah dilaksanakan sebelum kami di atur gerakkan. Hari berselang hari dan minggu berselang minggu, kami diletakkan di bawah status “stand  by” dan akan diatur gerakan dengan 2 jam notis. Malangnya, stand by kami hanya setakat stand by sahaja, kerana rancangan tersebut di batalkan di saat-saat akhir di sebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan. Pada dasarnya Den memang sangat-sangat kecewa dengan pembatalan  tersebut kerana, masa tu Den bujang lagi dan semangat nak “berporang nie memang tinggi..” walaupun peluang dah ado di depan mato, tapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan maka kami semua hanya berputih mata sahaja. Stand by kami ..tidak diberi green ligth ...NO GO .

Standby kedua Den (selain dari standby yang biaso-biaso nie seperti standby bulanan, hari rayo, pilihan rayo , reformasi 98  dan sebagainyo) yang mano berkaitan dengan operasi menyelamat komando TA British di gunung Kinabalu Sabah. Semasa kejadian tu, Den tengah stand by hari raya masa tu dah 5 hari kami stand by, dan disebabkan kejadian tersebut berlaku pada hari raya ke tiga kalau tak silap Den, maka troop Den diarahkan untuk terus Stand by dan bersedia untuk diatur gerakkan menjadi tim pencari dan penyelamat kepada komando brtisih yang hilang /sosek di Gunung Kinabalu itu. Disebabkan kami difahamkan bahawa kawasan yang akan kami tempuhi adalah kawasan pergunungan,maka kami diarahkan untuk membuat persiapan dan menyediakan peralatan berkaitan dengan “cliff climbing” dan sebagainya. Sebahagian dari kami memang dah terlatih di dalam perkara ini, walau bagaimanapun untuk memastikan bahawa kami benar-benar bersedia untuk melaksanakan tugas menyelamat yang bakal diberikan , kami telah berlatih siang malam sepanjang masa “Stand by’ tersebut. Malangnya, setelah semua persiapan dibuat dan kami dijangka akan berlepas ke Sabah di dalam masa dua hari lagi, kami telah menerima berita bahawa, operasi itu dibatalkan kerana komando british itu telah dijumpai...kali ini Stand by kami...NO GO lagi...

Ada satu ketika lak , semasa anggota sibuk stand by untuk peristiwa Bukit Jenalik, Den lak tak ada di pasukan disebabkan penugasan luar. Alangkah hamponya hati Den sebab tak dapat bersama-sama kawan-kawan Den untuk terlibat di dalam operasi tersebut. Apo-apo pun banyak version yang Den dongar dan kebanyakannya mengandungi unsur-unsur yang telah dimanipulasikan oleh golongan tertentu sehingga ada yang yakin dan percaya bahawa tragedi Bkt Jenalik adalah propaganda dan konspirasi kerajaan. Den malas nak mengulas lanjut fasal isu ini kerana ia terlalu sensitif dan mudah sangat dimanipulasikan. Bagi geng-geng Den yang terlibat  Den ucapkan tahniah dan turut merasa bangga, walaupun ‘nama-nama kalian” tidak didendangkan langsung. Ini termasuk di dalam rencana yang dikeluarkan melalui siaran History Channel...Den tahu tentang peranan yang dimainkan oleh “rakan-rakan Den” walaupun di dalam dokumentari tu tak ada sedikit pun menyebut atau menghargai peranan yang dimainkan oleh anggota komando, Cuma yang disebutkan adalah anggota komando yang ditawan sahaja..yang lainnya tak ada berita langsung...Bagi Den benda ini dah menjadi kebiasaannya, semasa kes  Bukhara Market, Black Hawk Downs, serangan ke atas lanun somalia, menyelamatkan troop British diBosnia, membuat pemusnahan 58 peluru meriam 106 di Bosnia dan sebagai nya., tak sentuh penglibatan komando kita. Tapi itu tak menjadi masalah,sebab sebagai komando mereka tak sepatutnya menjadi wira yang di dendang...!!!

Tapi ada satu keadaan yang Den selalu tempuhi di mana bila dikata “stand by..stand by...pasti akan diikuti dengan arahan go..goog..gggooo..! sampi tak menyompek-yompek...adalah Keadaan bila kami berada di pintu kapal terbang dan bersiap untuk melaksanakan penerjunan. Ada juga antara penerjun pada masa ini lututnya tiba-tiba menjadi lembik dan tidak bermaya dan tidak berani menerjunkan diri mereka...tapi ini bukan anggota komando..ini adalah mereka-mereka biasanya terjun sesekali ... Ada masa itu, jika Den jadi penerjun yang pertama, Den akan kira , kalau Despatcher  kata Stand by dan Den lihat lampu merah dah mulo menyalo, Den akan kiro sampai 3,...1.2...3...masa tu biasanya lampu hijau akan menyala. Den akan terus melangkah setapak, dan terus membuat lompatan ke hadapan..kemudian dengan setenang-tenang yang boleh Den akan kira  beribu-ribu ..seribu, dua ribu, tiga ribu...sebelum Den buleh buat kawat seterusnya dan periksa  keadaan payung sebelum bersedia untuk membuat pendaratan. Sebabnya kalau kita teragak-agak di pintu nak-nak kalau kita jadi penerjun pertama, ia akan mengganggu kelancaran penerjun dan akibatnya terdapat kemungkinan penerjun akhir akan landing di kawasan luar dari zon pendaratan. Ini akan membahayakan nyawa rakan kita yang menjadi penerjun terakhir, sebab itu kalau Den pertama berdiri di pintu pesawat dan bersedia untuk terjun..bila mendengar aje despatcher kata ..Stand  By...Stand By...kita mesti teruskan kiraan 1,2,3 and..out you go.....................!!!! Masa tu Den dah tak  kira sama ada Despacther ada sebut perkataan “GO atau OR NO GO.”... Nak sonang cerito maso tu...GO.. OR NO GO....I Will GO...!!!