Wednesday, 11 May 2011

Bisa Nangis Lagi....!!!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Semenjak Den menulis  fasal pengalaman Den semasa berkhidmat, terutamanya semasa siri Basic Komando (Siri 1-15d), Den banyak dapat komen dari pembaca. Kebanyakan pembaca member komen yang positif, memuji dan ada juga yang terlalu mengangkat Den. Maaf cakap komen-komen yang terlalu memuji terpaksa Den deletekan, kerana Den segan dan rasa tak selesa. Kalau ada komen yang mengutuk, Den akan tetap siarkan sebab Den tak kisah pasal kutuk-kutuk ini. Cuma bila bab puji-puji Den segan sikit.  Jadi kali ini Den nak maklumkan kepada semua pembaca bahawa walaupun Den telah dilatih sebagai anggota komando, tetapi sebenarnya Den dan komando-komando yang lain adalah sama juga macam manusia lain. Den pun ada perasaan takut, geli, dan sebagainya.

Oleh sebab itu dalam entri ini Den nak cerita sikit beberapa sifat “ kurang komando” yang ada pada Den dan kawan-kawan Den. Ada satu masa tu, pada hari minggu kalau tak silap Den, senior Den yang berpangkat Mejar telah mengajak Den untuk keluar ke Melaka untuk menuntun wayang. Kami bergerak dari Kem Sg Udang kira-kira jam 2:00 petang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh senior Den tu. Semasa kami sampai di Selekoh Haji Said, kawasan Paya Rumput Sg Udang, kami lihat kenderaan dihadapi kami terbabas lalu terlanggar pokok. Senior Den terus memberhentikan kenderaan dan kami keluar dari kereta dan menuju ke kenderaan yang terbabas tersebut untuk memberi pertolongan. Sebaik tiba Den dapati pemandu sedang mengerang kesakitan dan tersebit antara tempat duduk dan stereng kereta .Di sebelah pemandu Den lihat seorang wanita, mungkin isteri pemandu tersebut juga tersepit dan  berkata “..tolong selamatkan anak saya”..dengan suara yang amat menyedihkan.  Bila Den periksa kenderaan tersebut Den dapati ada seorang bayi  berumur antara 4 ke 6 bulan berada antara kedua-dua tempat duduk hadapan . Den terus mengangkat bayi tersebut dan Den dapati pada waktu itu muka dan kepala bayi itu telah luka dan berdarah.

Selepas mengeluarkan bayi tersebut, Den berkata dengan senior Den yang berada di belakang Den, “Tuan tolong pegang bayi ini, saya nak cuba keluarkan ayah dia yang tersepit “...Lalu Den memberikan bayi tersebut kepada dia. Selepas itu Den terus menolong pemandu yang tersepit tadi. Dalam pada itu, Den terdengar jeritan seorang wanita  “Alllllahhhhh...”, wanita tersebut berada di kawasan itu kerana ingin melihat kejadian itu. Bila mendengar saja wanita tersebut menjerit Den berpusing ke belakang dan dapati senior Den telah jatuh dan seolah-olah tidak sedarkan diri. Den terus mendapatkan beliau dan memegang bayi yang berada di tangannya. Den pun bertanya “ Tuan apa pasal tuan macam nak pengsan nie “...Pada masa itu Den dengar dia kata “...Sorrylaa Den, aku memang tak leh  tengok darah, tu  yang aku rasa nak pitam tu ..”..Apa ???  Tuan komando tak boleh tengok darah ...? Den macam tak percaya aje, tapi itulah hakikatnya, Apabila ambulan sampai, bukan sahaja mangsa kemalangan dibawa ke hospital terendak, senior Den itu pun diangkutnya sekali kerana pada waktu itu dia kelihatan amat lemah dan tak bermaya....Dalam hati Den, ingatkan komando tak ada masalah dengan darah, tapi ada juga yang phobia bila melihatnya.

Satu lagi kisah berlaku semasa operasi di kawasan sempadan. Seorang terup komander, 2Lt “Jack”  telah “terkena parang semasa hendak membuat basha dan mengalami luka yang agak dalam di bahagian ibu jari kaki. Disebabkan banyak berlaku pendarahan, Den telah mengarahkan agar anggota medik menjahit luka tersebut.  Perkara tersebut tidak di persetujui oleh pegawai yang cedera itu, dan katanya, “Tuan, saya tak mahu dijahit, biar luka tersebut disapu dengan ubat sahaja, lagipun saya ada membawa ubat gamat”..katanya. Den tidak bersetuju dengan permintaan tersebut dan mengarahkan agar luka tersebut dijahit juga. 2Lt Jack, merayu kepada Den bahawa dia tidak mahu dijahit. Bila Den tanya dia kenapa ,...jawabnya.” Tuan saya tak leh tengok jarum, saya phobia !....Apa ? Komando phobia bila tengok jarum ????? Tapi kalau anda tengok penampilan dia, memang takut, muka macam geng  pocah pintu, kalau pakai loreng, wing bertempek kiri kanan, tak cukup kat dada, kat bahu ada lagi, dengan pisau komando yang mempunyai sarung kulit beruang...pendek kata bila melihat keterampilannya....memang takut dan melambangkan komando sejati. Tapi sayangnya ..bila dia melihat jarum...suntikan atau jahitan...lututnya jadi lemah dan lembek....!!!!!

Sebab itu Den katakan bahawa, kami walaupun dah dilatih sebagai komando, tetapi dari segi nalurinya kami tetap sama dengan manusia biasa. Macam Den, walaupun Den gah bercerita fasal pengalaman Den sebagai komando, tapi Den pun ada phobia juga. Mula-mula seorang pun tak tahu fasal “masalah” Den tu. Benda tu pecah masa Den lepas kahwin.  Satu malam tu, Den balik ke rumah pak mertua Den. Rumah dia rumah papan dua tingkat, rumah kampung . kira-kira pukul 3 pagi, Den dengar bapak mertua Den mengetuk siling di bahagian bawah rumah. Den pun turun bersama isteri, mak mertua dan anak buah Den nak menengok apa yang dibuat oleh bapak mertua Den. Menurut bapak mertua Den , kat bawah siling tu ada seekor ular sawa dan dia cuba untuk mengeluarkannya. Emak mertua Den kata”...Den kau pergi tolong ayah kau tu, kau komando, benda-benda macam ini tentu tak jadi masalah.”.Den pun terdiam dan memandang isteri Den, kata isteri Den :..”Apa lagi , pergi laa..”:. Den turun dengan memberanikan diri, komando laa katakan, Den ambil galah buluh, Den maju setapak, kemudian Den jolok kat lubag siling tu, Den maju setapak Den jolok dan kemudian Den berundur tiga empat tapak. Isteri Den menjadi hairan..”Aik? komando pun takut ular ke, kata dah makan ularlaa, buat soplaa, buat BBQ laaa...ini kepala ular tak nampak lagi dah berundur...!!!”.Den terus respon “....Den makan ular dah mati, ini ular hidup....Den goliiiiiiiiiiiii (geli )...Mak dan bapak mertua Den gelak besar bila dia tahu yang Den memang geli dengan ular. Lepas tu masa dah ada anak, semasa melawat zoo, anak Den sibuk nak bergambar  dan memegang ular, Den buat-buat tak dengar aje dan mengajak mereka berlalu dari kawasan itu.....Kato Den “..Don’t touch the snake...its dirty !!!...Isteri Den senyum aje bila mendengarnya...!!!!

Satu lagi insiden yang memalukan Den, masa tu Den dah ada dua orang anak. Semasa tu Den sedang baring di hadapan TV,tiba-tiba anak Den berlari ke ruang tamu sambil berkata “Abah..ada tikus....cepat bunuh”...Bila dengar perkataan tikus, apa lagi,Den terus bangun dan melompat ke atas tangga menuju ke tingkat atas. Anak Den bertanya...”Abah apa fasal  lak abah lari...?.”..Den masa tu tengah memegang kain pelikat yang hampir terlodeh, dan berkata..” bunuh tikus...?..no way ...abah geliiiiiiiii...” Bila mendengar saja kata-kata Den, anak Den tergelak besar...”Abah Komando...tapi takut dengan tikus...??. Masa tu isteri Den berkata “..Alahhhh abah kau tu, cakap berdoga-doga (besar), komando laa, lompek sini lompek sano , tembak sini tembak sano....torgojun payong, makan ular, makan katak, tapi bilo kono dengan tikus ....abih hilang komandonya........!!!  Pinngggg...berdesing teliga Den bila mendengarnya...tapi apa nak buat, memang Den takut dan geli  dengan binatang-binatang seperti tikus, ular dan anak ayam...Lagipun Den hanya manusia biasa dan bukannya ..SUPERMAN.DAN Den juga BISA NANGIS LAGI.....!!!!!.