Saturday, 14 May 2011

1 stoking, 2 stoking, 3 stoking....!!

Den Nak Ingekkan: Blog ini pasal pengalaman Den. Apo Den cerito adolah pasal pandangan peribadi Den dan pengalaman Den. Kalau ado apa-apo yg sensitif tu, jangan nak buek publisiti dan dimanupilasikan sebagai isu politik ko, kemanusioan ko,keselamatan ko....ini Cerito Den sebagai bokeh Komando .!


Ramai yang mungkin berpendapat bahawa, setiap orang yang menjadi tentera itu biasanya mempunyai jiwa yang kuat serta jati diri yang teguh.  Lebih-lebih lagi kalau mereka itu menyertai tentera darat yang mana diketahui umum satu pasukan yang agak “keras” dan regimental  jika dibandingkan dengan tentera udara  dan laut.  Walau bagaimanapun dari pengalaman Den perkara itu tidak lah benar dan di dalam tentera darat sendiri masih ramai anggota yang mempunyai sifat dan jati yang sensitif, emosional dan juga sentimental.


Den teringat semasa Den mengikuti kursus pegawai muda di sebuah pusat latihan di Ulu Tiram Johor. Kursus tersebut  adalah merupakan kursus asas taktik ketua platun yang mesti dihadiri oleh semua pegawai muda yang baru ditauliahkan dan ia merupakan satu kursus wajib (pada waktu tersebut) di dalam kerjaya mereka sebagai pegawai tentera . Sekiranya mereka gagal mereka dikehendaki menghadiri semula kursus tersebut jika tidak peluang untuk mereka naik pangkat akan terjejas. Jangka masa kursus tersebut adalah 3 bulan dan modul kursus adalah terbahagi kepada peperangan hutan, peperangan konvensional dan juga jerangkap samar dan periuk api. Secara umumnya kursus tersebut memerlukan semua peserta mempunyai  ketahanan mental dan kekuatan fizikal yang tinggi untuk lulus.

Semasa menghadiri kursus tersebut Den telah berkenalan dengan seorang pegawai muda yang bernama 2Lt Ramlee  dan Den  panggil sebagai Ram sahaja. Ram adalah seorang pegawai dari kor Ordinan (Ejaan  sebenarnya Ordnans) (unit yang bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan logistik, material dan sebagainya ). Ram ini seorang yang berjiwa lembut dan terlalu emosional. Setiap kali bila kami terpaksa menjalani latihan keras Ram akan merungut dan membebel tak tentu arah. Ram juga seorang yang ”mudah  putus asa” dan dia selalu berfikiran negatif di sepanjang menghadiri kursus tersebut. Disebabkan perangainya yang sebegitu, Ram selalu “menyabo” (menyebabkan anggota lain turut dihukum sama akibat kesalahan yang dilakukan oleh Ram ) platun kami. Ramai dari anggota platun Den yang sangat marah dengan Ram dan pada satu malam tu Ram telah dikenakan “blanket parti” ( diselimuti dengan blanket hijau dan dipukul bertubi-tubi oleh anggota yang lain kerana beliau telah banyak menyusahkan platun kami seperti hadir berbaris lambat, tidak mengemas bilik dengan betul, gagal membersihkan toilet dan sebagainya.)  Walau bagaimana pun Den kesian kat Ram  nie sebab Den rasa Ram perlu dibimbing dan selalu diberi nasihat. Sejak dari hari itu Ram dan mula rapat dengan Den. Den pun  selalu memberi kata-kata semangat kepada dia  supaya berfikiran positif semasa menghadiri kursus itu.

Setiap malam Den selalu bersembang dengan Ram dan memberi dia semangat dan kata-kata perangsang dan biasanya selepas sahaja Den berkhutbah Ram akan.kata..” Kau bolehlaa,kau komando aku ordinan’...” kata Ram . Ada satu masa tu  semasa kami melaksanakan latihan jalan lasak, Ram telah hampir  berputus asa dan mula bercadang untuk menarik diri dari kursus. Den pun memberi nasihat kepada dia dan memberi kata-kata semangat supaya dia terus kan perjalanan tersebut. Den berjaya memujuk dia untuk meneruskan perjalanan tersebut ,Ram telah bangun dan terus berjalan sambil berkata “......” Kau bolehlaa,kau komando aku ordinan’. Perkara yang sama berlaku semasa kami membuat latihan merempuh halangan, sebaik sahaja Den memberi kata-kata semangat dia teruskan latihan merempuh halangan tersebut tetapi sebelum tu dia akan kata “ ... ...” Kau bolehlaa,kau komando aku ordinan’. Pendek kata setiap kali Den cuba beri dia nasihat dan beri dia kata-kata semangat Ram akan memberi respons yang sama dan meneruskan latihan tersebut sambil berkata  ..” ...” Kau bolehlaa,kau komando aku ordinan’.

Satu hari di bulan puasa kami terpaksa menjalani latihan serang hendap di waktu malam.  Kami dijangka akan memasuki kawasan serang hendap selepas waktu  “berbuka “. Semasa latihan serangan hendap itu, kami hanya dibenarkan berpakaian “seluar pendek”, tanpa baju dan seluar loreng. Kami juga dilarang membawa sebarang makanan atau rokok ke kawasan serang hendap , walau bagaimanapun air dibenarkan untuk dibawa bersama. Kami juga dilarang untuk menggunakan sebarang “insect repellant”. Kami hanya dibenarkan membawa “pouches”, senjata tanpa peralatan lain. Kira-kira  jam 8:00 malam selepas berbuka dua orang pegawai latih telah datang dan membuat pemeriksaan ke atas peralatan kami .  Mana-mana anggota yang ditangkap membawa “barang terlarang “ seperti makanan, rokok,  maggie, roti dan sebagainya akan didenda dan barang-barang tersebut akan dirampas.

Semasa kedua pegawai tadi sedang sibuk memeriksa anggota di barisan hadapan, Den berbisik kepada Ram yang berbaris di barisan belakang ..” Ram..kau ada membawa apa-apa barang terlarang tak ?  “ Ram jawab “ tak..” Den pun kata  “ OK bagus..kau jangan risau, kalau ada rezeki, malam ie kita tak berlapar”. Kata Den. Masa tu Den dengar Ram kata ..” ...” Kau bolehlaa,kau komando aku ordinan’.Laaaa....ke situ lak dia nie, “  bisik hati Den...Masa tu Den pun naik muak mendengar ayat yang keluar dari mulut Ram tu asyik-asyik ... ...” Kau bolehlaa,kau komando aku ordinan’ dah tak da benda lain ke. Semasa pegawai latih membuat pemeriksaan  ke atas Den, pegawai tu bertanya “...OK hang komando , ada mesti ada bawa makanan nie ..?  Masa tu Den respons “ ..Tak laah tuan, saya dah hentam abis-abis dan simpan stok dalam perut saya masa berbuka tadi. Lagipun tuan, saya dah biasa untuk menghadapi latihan kelaparan nie. ..”. Macam biasa, Den jawab dengan konfident. Pegawai tersebut memeriksa pouches Den dan didapati hanya ada kelopak yang berisi peluru, kemudian dia mengoncang-goncangkan  “water botol “ Den, dan hanya kedengaran bunyi air berkocak sahaja. ..Lepas tu Den dengar pegawai tu kata   .”OK good...!”

Selepas pemeriksaan tersebut, kami  berkesempatan untuk melihat hukuman “semerah padi “(dirotan di bahagian punggung ) dilaksanakan kepada 4 orang kerana di dapati cuba menyeludup barang terlarang ke kawasan serang hendap. Setelah semuanya selesai, kami mula bergerak ke kawasan serang hendap di dalam kegelapan malam dan pada masa itu hujan sudah mula turun renyai-renyai. Kami berjalan secara taktikal, sampai di tempat berpecah, kami bergerak menuju kedudukan serang hendap sebagaimana yang telah ditetapkan. Pada waktu itu Den dan Ram diletakkan bersama sebagai kumpulan pelindung kanan. Setelah sampai di tempat yang dituju, kami pun melaksanakan tugas-tugas yang sepatutnya kami buat semasa menduduki kawasan serang hendap. Kira-kira 45 minit kemudian baru pasukan serang hendap kami dah bersedia dan hanya menunggu kehadiran musuh sahaja.....

Pada masa itu  hujan masih turun lagi tetapi tidak lebat, keadaan kami yang hanya berseluar “pendek”  dan dibasahi dengan hujan membuatkan  kami merasa amat tidak selesa. Kami tidak boleh  berbincang atau bercakap semasa berada di kawasan serang hendap. Kira-kira jam 12 malam, musuh masih tidak memasuki kawasan serang hendap kami. Pada waktu itu perut Den dah mula merasa kelaparan. Den bertanya kepada Ram secara berbisik .. “Ram kau lapar tak, kau nak makan tak .? Jawab Ram “...Lapar juga... kau ada bawa makanan ke ? Den kata “ Ada, maggie...”. Bila Den kata Den ada bawa maggie Ram macam tak percaya dan berkata “Semasa pemeriksaan tadi aku berada di sebelah kau dan tak kan pegawai latih tu tak jumpa maggie yang kau  sorokkan tu,..? Jawab Den :... ...” Den bolehlaa, buek sobab Den komando kau jangan nak buek pulak sobab kau  ordinan’ kata Den sambil memerli dia. Seterusnya Den kata “...sebaik sahaja sebelum kita berbaris untuk pemeriksaan tadi, Den telah   hancurkan sebungkus maggie dan terus masukan ke dalam water bottle, disebabkan air dalam water bottle tu hanya air sejuk, jadi maggie tu lambang kembang, so semasa pemeriksaan dibuat dan water bottle Den digoncang, ia berbunyi seolah-olah ia hanya mengandungi air kosong sahaja, itu sebab jurulatih tadi tak perasan, bukan itu aje  Den ada bawa rokok 3 btg dan kotak mancis separuh yang Den bungkuskan dgn plastik danmasukkan kat dalam water bottle sekali..lopeh perkena maggie nie boleh kito berasap lak....” Kata Den. “Wah kau memang komando laa Den,aku  pun tak terfikir nak buat macam tu, “...kata Ram..Respons Den “ Den bolehlaa, buek sobab Den komando kau jangan nak buek pulak sobab kau  ordinan”.  Seterusnya Den kata “ OK sekarang jangan cerita banyak, mari kita perkena maggie dan kemudian kita boleh berghasap...pandai tak Den ? Kata Den dan pada waktu itu Ram sambil mengeluarkan “water cup”nya berkata “.......” Kau bolehlaa,kau komando aku ordnan’. Den buat-buat tak dengar saja jata-kata yang terkeluar dari mulut Ram tu.

Lepas kami menikmati juadah , Den perkena rokok sebatang dan sebatang lagi Den berikan kepada Ram...masa tu Ram senyap sahaja dan kemudian Den dengar suara Ram teresak-esak...seolah-olah menangis...Den  jadi hairan, apa pasalak dia nie menangis nie, lalu Den berkata..”Ram apa pasal nie, rilexslaa, kita bukan nak pergi mati, nie baru sikit, kalau perang betul lagi susah..rilexsla...” Masa tu Den dengar Ram berkata “...Ala Den..aku bukan apa waktu begini aku teringat kat kampung, masa bulan puasa, orang  lepas buka pergi sembahyang terawih, ini kita dah lea berbuka tak menentu, lepas buka duduk dalam hutan dengan berbogel lak, habis dihurung oleh nyamuk, mana tak sedihnya....kau memang selalu buat kerja macam nie.sebab tu kau tak kisah,kau komando boleh laa, aku ordinans.” sambil menangis teresak-esak...

Den jadi panik pun ada kesian pun ada, alalaiii lombut bona hati kau nie yo Ram, apa fasal laa kau masuk askar....!!! Den tak sangko lak ado jugo askar boleh nangis waktu-waktu sentimental macam gini. .Lalu Den kata “ ...OK lah Ram, jangan ambek kisah sangat, rilekslaa, bukannya lama, esok selesai laaa...be strong..malu laa kalau org lain tahu...”.Masa tu Den dengar Ram kata .”...” Kau bolehlaa,kau komando aku ordnan’, kerja kau selalunya keras-keras dan lasak tapi aku , unit ordinan, kerja aku kira stoking saja....!!!” Bila dengar Ram kata kerja dia kira stoking , aku senyum sendirian....lantakkau laaa Ram, kata hati Den  ...sekarang aku lak nak kira stoking.. 1 stoking, 2 stoking, 3 stoking....sampai berapa ribu stoking Den kira Den tak tahu..sedar-sedar....Den dengar bunyi senapang meletup, menandakan serangan hendap bermula...