Tuesday, 26 April 2011

Siri 9 : Jom Main BODO (FUTSAL) !

Den sendiri tak sedar, masa tu roh Den ada dimana...yang Den ingat  adalah jeritan .."Bangun..bangun"....dikuti dengan bunyi tembakan senjata M16 yang menggunakan peluru kapur...tamm.tam..tammm dan dikuti dengan bunyi wisell yang bertalu-talu . Den sempat  melihat jam tangan yang pada masa itu masa menunjukkan jam 0220 pagi...Opsss Den rasa-rasa baru sekejap tadi Den lelap, kalau ikut kiraan tak sampai pun 45 minit. Den pun bergegas bangun dan mengemas basha dan seterusnya berlari menuju ke tempat perhimpunaan. Kira-kira sepuluh minit lepas dari tembakan pertama tadi, semua anggota AK telah siap berbaris bersama pack dan senjata masing-masing. Dalam hati Den mula laa bayangkan yang bukan-bukan. Apa pula yang bakal kami terima lepas nie.

Sarjan Misai pun mula memberi ceramah. Soalan pertama yang terkeluar dari mulutnya adalah .."Kamu tahu kenapa kamu semua di kejutkan ? Kami menjawab  hampir serentak "Tidak Staf"..hingga hilang kesunyian malam itu. "Sebabnya pengawal yang bertugas ..tidurrrr semasa mengawal. Oleh sebab itu kamu semua akan dihukum." kata Sarjan Misai. "Pulak dah...apa hal lak kami yang lain kena sedangkan yang bersalah adalah guard tadi . Sarjan Misai seterusnya mengarahkan kami untuk masuk ke kolam yang dikenali sebagai "lubang beruang"...lebih kurang macam tempat kerbau mandi lumpur. Baunya jangan cerita. Bayankanlah kolam yang berukuran 5 x 6 kaki tu dimasuki oleh lebih kurang 180 orang...! Meriah sungguh bunyi malam tu, ..sambil bertolak-tolakkan dan berpusu-pusu semua berebut-rebut untuk memasuki kolam tersebut, sebab yang lambat akan mendapat habuan. Nasib baik kolam itu tidak dalam lebih kurang 3 kaki aje...kalau tidak mungkin ada yg mati lemas disebabkan bertolak-tolak dan berasak-asak untuk memasuki kolam tersebut. Setelah kira-kira 30 minit Sarjan Misai mengarahkan kami keluar dan mana-mana anggota yang tidak basah sampai hujung kepala diarah untuk masuk semula kedalam kolam untuk membasahkan keseluruhan tubuh badan dengan air kolam tersebut.

Setelah selesai upacara tersebut, Sarjan Misai dan Prebet Nasi Tambah mula memberi syarahan panjang lebar tentang tugas-tugas seorang senteri (pengawal) dan kepentingaanya. Kebanyakan dari kami tunduk dan diam seolah-olah insaf dan memberi perhatian terhadap khtubah yang disampaikan.Sebenarnya kebanyakkan dari kami pada masa itu adalah sedang tidur sambil berdiri. Heran juga bila difikarkan semula, dalam keadaan basah kuyup dan berbau yang tak menyenangkan kami masih boleh tidur lagi...Bagi kami pada masa tersebut "sekelip mata ada tidur.."Gelagat kami yang tidur semasa berdiri itu telah dikesan oleh Pbt Nasi Tambah (PNT), apa lagi pada masa tu...Den dapat mendengar dengan jelas rakan-rakan Den diketuk dan diluku oleh PNT. Luku meluku adalah satu hukuman spontan didalam latihan kami pada waktu itu.

Sarjan Misai menjadi marah bila dia mengetahui ramai daripada AK yang boleh tidur semasa beliau berkhutbah..lalu kami diarahkan untuk memasuki "basket ball court' yang pada waktu itu hanya diterangi oleh dua lampu kalimantang. Kami telah dibahgaikan kepada dua kumpulan, yang mana satu kumpulan terdiri dari hampir 80 orang. Kumpulan Den telah diarahkan untuk membuka baju . Dalam hati Den tertanya-tanya apalak si Misai nie nak buat kali ini. Rupa-rupanya kami dikehendaki bermain "futsal", (pada masa itu sukan futsal masih belum di cipta, di percayai menurut hikayat, komando adalah kumpulan yang bertanggunjawab mencipta dan memperkenalkan sukan futsal). Den tak dapat nak bayangkan pada masa tersebut, bagaimana bunyi bising dan jeritan yang dihasilkan oleh AK semasa bermain futsal dengan menggunakan bola khas iaitu "kelapa komeng". Sakit badan dibuatnya..dah lah tempat yang kecil dan sesak, mana-mana AK yang keluar dari kawasan basketball court tersebut akan kena "splashhhh" dengan pelepah kelapa, yang duduk berlegar tak turut bermain di dalam di dalam court tersebut akan kena splashhhh juga...nak tak nak, kami akan berkerumum dimana kelapa komeng itu berada seperti semut mengerumuni gula dan tendang-menendang untuk memastikan permainan tersebut berterusan....

Lepas 30 minit baru laa permainan tersebut dihentikan, kami pada masa itu memang teramat letih ditahap gaban. Tiada sebarang gol yang dapat dijaringkan, yang dapat diperhatikan adalah ramai diantara kami yang mengalami bengkak-bengkak di bahagian kaki dan badan. Maklumlah kasut yang kami pakai pula jenis "spike boot"..kalau kena sedas memang lebam . Permaian futsal yang sebegitu  adalah merupakan satu permaian yang sering dimainkan oleh anggota AK terutamanya diwaktu dini hari. Bezanya bola yang digunakan akan berubah mengikut citarasa jurulatih.  Ada yang menggunakan mess tin, ada yang menggunakan water bottle  dan ada yang menggunakan kelapa komeng atau kelapa hijau...itu kira ok juga kerana kami pernah juga menggunakan tin biskut yang besar..lagi haru dibuat nya. 

Kira -kira apada jam 4 pagi barulaa kami dilepaskan untuk tidur, dimana prosdur yang sama juga dikenakan, iaitu siapkan basha dalam masa 5 minit dan pada minit ke 6 tiada lagi pergerakan mahupun sebarang suara. Pada masa tu Den tak pernah terfikirkan bahawa permaianan yang baru Den tahu itu, pada masa hadapan menjadi sukan kegemaran remaja dan dikenali sebagi  futsal.....jadi sekiranya anda bermain futsal, anda harus berterima kasih kepada KOMANDO kerana sukan futsal ini telah di perkenalkan oleh anggota AK pada awal tahun 70an dulu lagi...Sepatutnya sukan futsal ini dikenali sebagai BODO (Bola Komando) mengambil sempena nama AK yang telah mempopularkan permainan ini...dan pada masa itu ia memang merupakan ssatu permainan yang BODO..yang  dimaikan oleh KOMANDO.