Wednesday, 20 April 2011

Siri 7 : Mengikuti Kursus Pemanasan

Diam tak diam dan hampir 8 bulan Den menjalani hidup sebagai GJ di unit 21 Komando. Dalam tempuh tersebut  pelbagai masalah dan halagan yang telah di lalui. Semuanya agak sukar untuk diceritakan secara teperinci. Rasa boring yang amat sangat dan terasa keseorangan. Akhirnya pad awal bulan Apr, Den telah dimaklumkan oleh Adjutan bahawa Den akan menghadiri kursus Asas Komando pada bulan Ogos. Tetapi sebelum Den layak menghadiri kursus tersebut Den di kehendaki menghadiri kursus pemanasan AK terlebih dahulu yang mana jangkamasanya adalah 2 bulan. Jika Den berjaya melalui kursus tersebut barulah Den akan mengikuti kursus AK yang sebenarnya di dalam bulan Ogos.

Sejak mendapat berita itu, Den telah mula berkerja keras. Siang malam bila ada kesempatan Den akan berlari tak kiralaa berlari kosong atau membawa pack. Dalam pada itu Den banyak bertanya dengan senior-senior tentang apa yang perlu Den buat bagi menghadapi kursus tersebut. Pelbagai nasihat dan petua telah diberikan oleh senior-senior Den. Ada yang memberi petua, untuk menjaga kaki supaya tidak pecah, disuruhnya sediakan minyak bawang. Minyak itu hendaklah disapukan pada keseluruhan tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari. tujuannya supaya kaki tidak akan melecet semasa berlari, lebih-lebih lagi semasa "long march" dan juga peringkat "escape and evasion". Ada yang memberi petua, supaya banyakkan minum air putih dan dimasak dengan gula. Menurutnya, semasa latihan memang banyak menggunakan tenaga, kalau nak harapkan makan nasi saja memang tak mencukupi, apatah lagi masa makan kadang-kadang tak menentu. Dengan adanya air gula tu sekurang-kurang ia dapat memberi tenaga. Selain dari itu ada pelbagai lagi petua dan nasihat yang diberikan oleh senior Den...untuk terus "survive" di dalam kursus tersebut.

Semasa menghadiri kursus pemanasan tersebut, kami tidak ada dibeza-bezakan...antara peringkat bawah dan juga pegawai. Semuanya di layan dengan cara yang sama.,lagipun pegawai masa itu, hanya dikenali sebagai  "siswa" sahaja oleh jurulatih. Keadaan  semasa latihan pemanasan itu di buat seolah-olah semacam menghadiri kursus AK yang sebetulnya. Masa pemanasan sahaja hampir 25 % dah tidak tahan dan minta pelbagai alasan untuk "turun skot" dan tidak mahu mengikuti latihan lagi. Masa tu tuhan saja yang tahun bagaimana perasaan Den. Kalau ikut-ikut kan hati memang nak cabut lari saja dari kursus tersebut,tapi entah macamana dengan kuasa Allah Den lepas juga peringkat tu.

Mungkin ada dari pembaca dah mendengar banyak cerita berkaitan dengan bagaimana latihan AK tersebut  dilaksanakan. Mungkin juga anda akan mendengar bermacam-macam versi . Den tak dapat menceritakan secara detail kerana kebanyakkan kisah-kisah yang Den alami pada dasarnya tidak sesuai untuk diketahui ramai kerana beberapa sebab yang tidak dibenarkan. Mungkin para pembaca pernah melihat atau mengetahui tentang " isu latihan video komando" yang telah dimanupilasi dan dijadikan cerita politik oleh golongan tertentu. Pelbagai tomahan dan cacian telah dilemparkan oleh mereka yang selama ini "duduk bergoyang kaki, hidup senang lenang" akibat dari pengorban orang lain.Sebenarnya mereka tidak faham dan tidak tahu akan pengorbanan yang telah banyak dilakukan oleh askar-askar kita. Yang mereka nampak cuma kelibat askar-askar yang berada di bandar-bandar...dan mereka dengan mudah menuduh askar-askar dengan pelbagai tomahan tanpa usul periksa. 

Jika ditanya pada mana-mana anggota yan gtelah menjunjung "bere hijau" berkaitan dengan insiden klip video itu..Den percaya ramai dikalangan mereka akan memberi komen..."Biasalaa tu, namapun komando ". Kalau tak percaya disini Den 'pastekan' beberapa komen komando berkaitan isu klip tersebut dan juga kesusahan semasa latihan komando"...Anda nilaikan sendiri....Kalau Den bercerita, mungkin ada yang kata Den tambah-tambah lak..."

Biasalah tu nak jadi seorang komando mesti kuat dari segi mental, fizikal, rohani dll… orang zaman skang ni mmg pandai komen… termasuklah aku hehhehe tapi diaorang tak tahu benda tu semua salah satu latihan… dont judge the book by it’s cover kata orang putih la…. cuba depa dok kat tempat komando tu.. baru depat tau nak jadi komando kena lalui pelbagai rintangan mungkin lebih teruk daripada gambar video klip tu…

AHMAD ZAFIR (GERAKHAS)
April 19, 2009 at 12:17 am #
Assalamu’alaikum (censored) . Sy zafir yg lulus komando siri 2 08. nk becrita skit pengalaman sy spanjang krsus slama 3 bulan, yg start dr km sg udang… ‘Dtg mu tak diundng, jika ragu sila pulang’. Mksudnya jika anda takut dan tak sanggup dgn latihannya maka jgn la cuba2 nk jdi komando!

June 16, 2009 at 5:36 pm #
Latihan macam ni ,biasala untuk Komando..dah nama pun special & elit unit..dia punya training kena la ‘special’ la sikit..
takkan kita nak komando pondan lak..

jun xray
March 18, 2010 at 5:27 pm #
salam…..buat rakan2….hidop komando,komando,komando…..ayat itu di gunakan setiap….ujian2 dlm peringkat apa jua pun……bukan senang nak senang…..tiada masa utk rehat,…..saya dari 1/96 rasa berbangga…..memang susah nak melepasi halangan yang getir dalam komando. 2 minit adalah tidurmu…itu lah yang boleh digambarkan betapa sengsaranya untuk menjadi seorang anggota komando….hanya tuhan saja yg tahu……cuba anda bayangkan…..masa tu saya dan rakan2 seperjuangan…..kena diuji sampai tahap kami lupa siapa diri kami…..di suroh nyanyikan lagu NEGARAKU pun boleh lupa lirik……hahahahaha…..kerana fobia……tengok muka2 jurulatih…..tapi alhamdulilah…..saya berjaya akhirnya…….179org yg ikut kursus asas komando yg lulus masa intek saya hanya 28 org saja….
Kesimpulan Den tak nak bercerita dengan lebih lanjut berkaitan dengan fasa latihan latihan komando ini ....Susah dan azabnya hanya mereka-mereka yang pernah melaluinya akan memahami..Tapi itu semua untuk kebaikan dan keutuhan sebuah unit yang bernama KOMANDO.