Monday, 25 April 2011

Siri 8 : Betutu Here I Come !

Lebih kurang sebulan selepas Den selesa menjalani latihan pemanasan AK, maka Den pun diarahkan untuk melapur ke Kem Betutu, tempat dimana kursus AK peringkat kem akan dilaksanakan. Pada hari melapor, seramai 350 anggota dan 9 siswa yang melapur. Den agak gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan Den semasa di kolej dulu. Ada dua siswa dari Rejimen Khas Perisikan Tempur (RKPT) yang turut hadir, 6 lagi adalah siswa "tanggo" (gagal kursus AK terdahulu, Den seorang aje ambil kali pertama ) . Kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan,  Kumpulan Kursus AK A dan B. Kumplan AK B, telah ditempatkan di Kem Betutu Laut dan Kump A kumpulan Den, di Betutu Darat. Semasa berbaris mendengar taklimat, salah seorang rakan Den telah bertanya kepada Den " Kenapa kat kawasan lapang tu banyak sangat batas, seperti kebun sayur aje ?. Lau Den pun menjawab " itu adalah tempat dimana semua anggota  AK akan diajar untuk bercucuk tanam sayur-sayuran, salah satu cara untuk survival ". Kawan Den respond " Tak sangka lak nak jadi komando ini pun kena pandai bertani ya...dan yang tu kolam air yang keruh tu  untuk apa lak ...?" Tanya kawan Den lagi...." Den dengan kofiden jawab " ...Oh itu tempat untuk membela ikan dan tempat anggota belajar menangkap ikan ...nak belajar survival laa katakan .." jawab Den.  "Nampaknya kalau pencen besok kita sudah tentu pandai untuk menanam sayur-sayuran dan membela ikan kolam"...kata kawan Den. Mesti laa ..jawab Den, "sebab itu  susah kita nak dengar komando ini  mati sebab tak makan, sebab kita telah di ajar cara nak survival..." kata Den...

Selepas mendengar talimat, kami pun diarah untuk menikmati makan tenghari yang telah di sediakan. Kami beratur untuk mendapatkan bahagian masing-masing.Semasa kami menikmati sajian tengah hari yang pada dasarnya adalah "boleh telan aje" kami dapati beberapa buah trak 3 tan telah tiba. Den tak pasti apa pula agenda lepas makan nie..kerana " KAMI MEMANG TAK PERNAH MENGETAHUI APAKAH JADUAL LATIHAN KAMI "..yang Den tahu lepas makan , kami telah diarahkan untuk menaiki kenderaan tersebut dan bergerak keluar dari Kem Sungai Udang. Dalam trak kami rasa keliru kerana tidak tahu kemana kami di bawa dan untuk tujuan apa...Lebih kurang 25 minit kemudian, trak tersebut berhenti di kawasan pantai di Pengkalan Balak. Jam menunjukkan pukul 1315 tengahari...Kami telah diarah untuk berkumpul mengikut platun masing-masing. Selepas  beratur baru laa kami dimaklumkan bahawa kami akan menjalani latihan 'speed march" tak jauh katanya sejauh 10 batu aje. Den terkejut sekejap, perut masih penuh dan kenyang sebab baru lepas makan, matahari pulak tak mengasihani kami, panas terik....dan kami pula disuruh berlari ..fuhhhh seksa nie...kalau jadi orang awam, waktu nie laa paling sesuai untuk zzzzzzzzz.....

Tak sampai 4 jam kami mula melapur di Kem Betutu, kami dah mula rasa akan keperitannya. Berlari dengan pack yang lengkap dan bersenjata, dengan perut yang tengah kenyang dan cuaca yang panas terik. Langkah dibuka dengan penuh semangat. Mula-mula larian kami diring dengan nanyian-nanyian yang penuh semangat .. KOMANDO...KOMANDO...KOMANDO...tetapi di pertengahan larian tersebut..yang kedengaran hanyala bunyi..senjata yang berlaga dengan pack, 'water bottle" yang berkocak yang sangat menganggu jiwa...serta suara-suara sumbang yang menyanyi lagu ..yang hanya kedengaran ......DOOO...Do...Doo...sahaja.Entah mana hilangnya perkataan KOMAN...tu..hanya tuhan aje yang tahu. Yang pastinya semua tengah penat dan lelah...Kami tidak berani untuk berhenti berjalan, kerana ada jurulatih yang sentiasa mengekori kami..mana-mana yang berjalan akan mendapat habuanya. Akhirnya kami sampai juga ke garisan penamatnya walaupun di dalam keadaan yang terhuyung hayang...

Pada senja selepas kami menamatkan larian tersebut, kami pun berangkat balik ke kem. Selepas makan malam, kami telah diarahkan unutk berkumpul semula. Pada masa ini, jurulatih telah memberi taklimat-taklimat tambahan berkaitan perautran-peraturan kursus dan sebagainya. Taklimat yang akhir diberi sebelum kami dibenarkan tidur adalah berkaitan dengan tempat tidur kami. Kami telah diarahkan untuk membuat basha sendiri (khemah dgn menggunakan poncho) dalam masa 5 minit selepas mendapat arahan untuk tidur. Sebaik sahaja arahan diberi, kami pun berlari ke suatu sudut dimana terdapat kayu-kayu yang telah dikumpulkan, dan kemudiannya kami pacakkan kayu tersebut untuk dijadikan basha di batas-batas yang pada petang tadi kami sangka digunakan untuk menanam sayur-sayuran. Mana-mana anggota yang tidak sempat siapkan basha dalam masa yang ditetapkan (termasuk Den)  telah dipanggil oleh jurulatih dan telah direndam di dalam kolam yang kami sangkakan sebagai pusat menternak ikan itu......Selepas basah kuyup dan berbaur yang tak menyenangankan, disamping adengan-adegan senaman tambahan, kira-kira sejam kemudian baru laa kami dibenarkan untuk membuat basha untuk tidur...

Malam tu Den pun tidur dengan baju yang basah dengan bau yang tak berapa menyenangkan..Bukan tak ada pakaian 'spare' cuma memang tak sesuai untuk digunakan kerana nanti pack kami akan basah kerana bukannya boleh dijemur ikut sesuka hati mana-mana pakaian yang basah. Kami mesti sentiasa menentukan bahawa pack kami sentiasa dikemaskan dan bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu suka tak suka , pada malam tu, Den tidur juga dengan pakaian yang basah, hatta kasut pun tak dibuka, tetapi dengan mulut yang tersenyum...kerana  ": Ku sangka batas untuk menanam sayur, rupanya ia tempat ku tidur, ku sangka kolam untuk menternak ikan, rupanya ia tempat ku berendam...".....ini baru hari pertama, esok entah apa pula yang akan Den  lalui.....tunggu aje laa.