Sunday, 17 April 2011

Siri 6 : Hari Jadi Kor

Dalam diam-diam dah 2 bulan Den bertugas di unit komando ni. Den pun dah mula biasa dengan suasana dan cara hidup komando. Dalam masa dua bulan juga , Den tak pernah keluar ke Bandar untuk beriadah. Hanya sekali aje Den pernah keluar ke Bandar untuk ambil duit gaji anggota, sebab masa tu gaji askar masih lagi dibayar cara tunai dan di gelar “gaji tepuk”.  Ada kawad tertentu yang mesti dibuat semasa nak mengambil gaji itu. Den rasa askar sekarang mungkin tak tahu kot, sebab gaji semuanya dah dibayar melalui bank. Pendek kata kehidupan Den masa tu lebih kepada  dunia Den sendiri  sebagai anggota GJ. Den tidak ada peluang nak berinteraksi dengan dunia luar. Keluarga Den pun tak pernah Den hubungi dalam masa 2 bulan tu, sebab masa tu tiada kemudahan untuk berkomunikasi seperti sekarang. Nasib baik juga masa tu Den tak ada teman wanita lagi..kalau ada dah tentu tak boleh bertahan lama.
Pada masa tu, Markas GGK dan unit-unit di bawah naungannya sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari jadi kor. Mengikut sejarah penubuhan pasukan komando ini bermula ketika konfrontasi yang melibatkan  Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfrontasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian.
Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor. Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :
1.     Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
2.     Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
3.     Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
4.     Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
5.     Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
6.     6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
7.     300152 Sarjan Anuar bin Talib
8.     4861 Sarjan Zakaria bin Adas
9.     201128 Sarjan Yahya bin Darus
10.202072 Koperal Silva Dorai
11.203712 Koperal Moo Kee Fah
12.13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
13.10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando. Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komando Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama.
Walau macam mana pun, tarikh ulang tahun hari GGK ini disambut pada awal minggu pertama pada bulan Ogos pada setiap tahun. Kenapa perkara ini terjadi Den tak tahu. Biasanya sambutan akan dibuat selamat 3 hari dan akan dibuat di Kem Sungai Udang, Melaka. Pelbagai acara yang meriah telah diaturkan. Semasa hari sambutan tersebut, Kol Kehormat GGK, pada tahun tersebut, Almarhum Sultan Johor akan turun hadir bersama Sultanah dan juga kaum kerabat Diraja Johor sebab Almahrum adalah Kolonel Kehormat Gerak Khas, sekarang ini diwarisi oleh Baginda Sultan Johor. Jadi sudah tentulah satu persiapan rapi perlu dilaksanakan untuk menyambut rombongan di Raja.

Pada satu pagi kira-kira sebulan sebelum acara tersebut, Den telah dipanggil oleh Adjutan dan telah diberi tahu akan penugasan Den.  Kata Adjutan, “Kau tahu hari jadi Kor dah dekat dan kau akan diberi satu penugasan khas yang sangat penting. Kau jangan “kokap” (gagal) kerana tugas ini amat penting.” Den pun terus menjawab .”Tidak Tuan”...Dalam hati Den rasa amat bangga kerana baru dua bulan di dalam unit komando, dan masih berstatus GJ dah diberi satu penugasan penting. Fuhh ..meremang bulu roma Den masa tu.

Bangga..sekurang-kurangnya CO mesti mempunyai kepercayaan kepada Den, kalau tidak takkan Den diberi penugasan ini. Lepas tu Den dengar Adjutan berkata “Kau tahu apa tugas yang akan diberikan kepada kau semasa Hari Jadi Kor tu nanti ? “ Den tak pasti dan terus jawab “ Tak tuan”. Masa tu Den dah buat persiapan mental dan dah pun bersedia untuk diluku, kerana menjawab tidak tahu. Dalam komando jawapan TIDAK TAHU adalah bukan merupakan satu jawapan dan biasanya kalau level Den, memang kepala Den akan kena luku. Tapi kali ini kepala Den tidak diluku..ehh baik pulak si Adjutant nie. Walau bagaimanapun.... selamat Den. “OK tak pa, lepas ini kau pergi jumpa Mej..bla..bla...dan dia akan beritahu kau tugas tersebut dan kau akan dibantu oleh beberapa anggota lain”...”OK kau boleh pergi sekarang..” kata Adjutan. Den pun keluar dan berlari dengan pantas menuju ke pejabat Mej..bla..bla.. untuk menerima tugas. Perasaan bangga kerana telah diberi kepercayaan untuk turut menjadi AJK semasa Hari Jadi Kor.

Sesampai aje Den di pejabat Mej bla..bla..bla... Den disuruh masuk dan disuruh  duduk. Den rasa pelik juga, kerana dilayan begitu. Den rasa tugas Den ini mesti penting kalau tidak takkan Mej tu layan Den baik .semacam aje. Ini menambahkan lagi keegoan Den. Lepas bagi latar belakang fasal sambutan tersebut dan juga jadual atur cara....Mej tu kata, “ok sekarang aku nak bagi tahu tugas kau.” Jeng..jeng..jeng...Den tumpukan segala alat deria Den untuk mengetahui penugasan sebenar Den. Mej tu kata “...tugas kau adalah in charge karpet merah semasa acara kat mess, hanger, semasa ketibaan di LP dan di bla..blaa...blla...”  Pinngggg.....WHAT, DEN KENA IN CHARGE KARPET ??????...Den ingat mesti tugas yang penting-penting, in kena  in charge karpet aje...Den memang rasa sedih sangat masa tu, malu pun ada pada diri sendiri...Lepas tu Den dengar Mej tu kata “Sebagai GJ kau tak layak lagi nak jadi AJK yang penting-penting...buat masa ini kau jadi in charge karpet  dulu..OK”. Den pun menganggukkan kepala dan terus beredar dari pejabat tu...............dengan perasaan sedih dan...hiba, kerana penugasan itu tak seperti yang Den sangka.

Tiba hari sambutan, segala-galanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Den pun dah boleh dikatakan jadi pakar  untuk menggulung dan membuka  karpet ini. Maklumlah hasil latihan yang pesat dan rehearsal telah berkali-kali Den dan tim Den lakukan...SO FAR SO GOOD. Tugas Den bila rombongan Tuanku tiba untuk majlis tertentu, Den akan bersiap untuk membuka/pasang karpet merah..sebagai laluan mereka. Den kena  pastikan bahawa karpet tu sentiasa kemas, lurus, bersih supaya semasa rombongan Tuanku berjalan di atasnya, tidak akan timbul sebarang masalah atau mendapat teguran dari Baginda Al Mahrum  pada masa tu. Hari kedua, malam tu, Sultanah akan hadir di Mess Pegawai untuk Majlis Ramah Mesra dengan  BAKAT. Boss Den...Mej Bla..bla....berada di tempat menginap rombongan DiRaja. Apabila entrourage Sultanah bergerak aje di dari sana, Mej bla..bla..menghubungi Den melalui walkie talkie...

Mej bla : 05 sini 01 ganti ...

Den : 05 terima, kirim ganti...roger...(masa tu Den tak mahir lagi bercakap menggunakan walkie-talkie)

Mej bla : 01...maklum entourouge no 2 dah bravo ke lokasi anda...ganti .(Ini isyarat yang Den tunggu dan mula bertindak dengan tim Den untuk roll karpet dan menunggu ketibaan mereka. Karpet tak boleh dipasang awal-awal kerana, dikhuatiri, akan kotor, atau ada kesan tapak kasut...oleh orang  yg berada di tempat menunggu.)

Den : 01 terima roger...(sambil Den buat tanda thumbs up) pada tim Den untuk mula buka karpet...bila karpet tu dipasang saja, Den perasaan ada beberapa kesan tapak kaki di atas karpet dan amat ketara sekali. ) Den terus hubungi Mej bla...

Den: 01 sini 05  MASALAH BESAR GANTI.....
Mej bla : dah tak pakai kod-kod lagi terus jawab : MASALAH BESAR ? APA DIA ?

Den : ehhhhhh...02 KARPET BERABUK/ DIDAPATI ADA KESAN TAPAK KAKI....DAN USAHA SEDANG DIBUAT UNTUK MEMBERSIHKAN KESAN TERSEBUT....GANTI..

Mej bla : KEPALA HANGUK KAU...PERGI CARI PENYAPU....CEPAT..CE
PAT.......SULTANAH DAH NAK SAMPAI TU (tempuh masa pergerakan dari lokasi Mej bla..bla ke mess adalah 5 minit).

Den :TERIMA...TERIMA...DIFAHAMI....DAH JUMPA PENYAPU.....SEDANG DIBERSIHKAN....aaa..DAN SULTANAH PUN DAH SAMPAI GANTI.....

Mej bla bla : ...05...KAU TUNGGU AKU KAT BELAKANG MESS SEKARANG , AKU AKAN KE SANA...KAU NIE ITU PUN KAU TAK BOLEH NAK TENTUKAN KE....TUNGGU AKU KAT SANA...(bunyinya macam marah aje...)

Den :  OK TUAN...OK TUAN...SAYA TUNGGU...

Lepas sahaja rombongan Sultanah beredar menuju ke majlis, Den terus bergerak ke tempat yang telah diarahkan oleh Mej bla..bla..Sampai aje...belum sempat Den bagi salam lagi pun...kelekuk...kepala Den kena luku dengan walkie talkie...Mej bla..bla tanya Den, “Kenapa kau tak check tadi  ? kenapa kau tak siap kan penyapu? Kau nie memang menyusahkan aku saja”. Kelekuk lagi..Lepas nie kalau  kau buat masalah lagi ..siap kau..”Mej bla..bla terus blah dan tinggal kan Den yang tak dapat nak membela diri walau sepatah pun....

Itu adalah pengalaman pertama Den  menjadi AJK penting di dalam sambutan hari jadi kor yang pertama bagi Den. Dari hari itu Den belajar bahawa kesilapan adalah sesuatu yang tak sepatutnya berlaku oleh mana-mana anggota komando, apalagi kalau semasa operasi sebenar. Den ingat lagi ungkapan yang selalu dikata-kata oleh komando...lalai sesaat , derita seumur hidup. Maksudnya...sebagai anggota komando...anda tak boleh silap ! dan silap bukanlah satu alasan.! Pening juga nie, sebab yang Den tahu manusia tak sunyi dari buat kesilapan, yang komando mahu...komando tak boleh buat silap. Begitulah nilai yang tinggi yang diletakkan kepada seorang anggota komando.