Friday, 29 April 2011

Siri 10 : Tarzan Course .

Dalam diam-diam dah masuk Siri 10,macam drama bersiri lak. Untuk pengetahuan pembaca semua Siri 1-15 adalah Bahagian Pertama Kisah Den Masuk Komando. Bahagian Kedua Pula adalah : Pengalaman Den Bertugas Sebagai Anggota Komando. Kalau ada masa dan panjang umur, Den akan cerita lak nanti pengalaman Den yang lain selama 27 tahun dalam askar ini......

Setiap pagi semua anggota AK akan bangun pagi dalam pukul 5 pagi. Setelah siap mengemas basha kami, kami akan bebaris untuk membuat 'area cleaning'. Ada kumpulan yang diarahkan untuk mengambil minuman pagi di "cook house" yang teletak kira-kira 3 km dari Kem Betutu. Kumpulan tersebut akan berjalan kaki dan membawa 'container' yang akan digunakan untuk membawa makanan bagi 180 anggota. Den selalu 'volunteer' nak ikut dalam kumpulan ini, tetapi biasanya 'siswa' tak akan dipilih. Walaupun perjalanan untuk memgambil ration minuman pagi tu agak jauh dan agak membebankan kerana kumpulan tersebut akan mengangkat makanan dan minuman dengan berjalan kaki..tetapi hakikat sebenarnya adalah berbaloi. Sebab tim ini akan berpeluang untuk dapat makanan lebih dan juga biasanya akan membawa balik saki-baki makanan yang lebih dari 'cook house' dengan meminta kepada anggota cook. Biasanya sebelum mereka mendapat bekalan tambahan tersebut , memang mereka akan terima pelbagai habuan dari anggota cook, tetapi pada dasarnya ia memang berbaloi...kerana sepanjang latihan, AK sentiasa kelaparan kerana...output..does not equal to input...!

Sementara itu, anggota lain akan diberi kawasan untuk dibersihkan. Mana-mana daun yang gugur hendaklah dikutip dan dibersihkan. Kalau pada malam hari tu hujan atau angin kuat, lagi banyaklea kerja kami. Walau bagaimanappun dalam keadaan begitu, di pagi yang hening itu, masih juga akan cuba curi-curi untuk tidur. Den pernah menangkap seorang anggota AK yang pegang penyapu tetapi tidur masa berdiri, ada juga yang tidur dengan bersandarkan kepada pagar, seolah-olah seperti kelawar. Pendek kata, dua perkara yang  sangat-sangat berharga bagi anggota AK pada waktu peringkat kem itu adalah makan dan tidur. Ini adalah kerana kami tidak dapat menikmati kedua-dua perkara itu dengan sewajarnya semasa kursus.

Pada jam lebih kurang , 7:30 selepas sarapan pagi, kami telah berbaris semula untuk mengikuti sessi latihan pada hari itu. Kami diarahkan untuk memakai pakaian PT Komando, iaitu , baju PT loreng, seluar loreng dan kasut spike bersama senjata. Laithan pagi itu dimulakan dengan larian keliling kem Sungai Udang yang pada jaraknya adalah lebih kurang 6 km. Kami berlari di dalam kumpulan, semua AK nampaknya ceria kerana, kebiasaanya kami akan berlari bersama 'pack' yang beratnya hampir 30 kilo (selain dari pakaian dna peralatan persendirian yang disimpan didalam pack, semua anggota AK dikehendaki membawa 10 kilo pasir yang dibungkus dan sentiasa berada di dalam pack.) Kami sampai di garisan penamat di dalam kumpulan dan ini adalah satu petanda yang baik kerana, kami akan didenda, jika ada anggota dari kumpulan kami yang tertinggal.

Digarisan penamat, kami telah diberi arahan untuk membuat latihan "Tarzan Course". Siri latihan ini adalah satu-satunya latihan yang Den tak sukai. Tarzan Course adalah merupakan satu halangan yang dibina antara 6 tiang konkrit (menara) yang mempunyai ketinggian 30 kaki. Untuk naik kehalangan pertama, kami terpaksa menaiki tangga tali, setinggi 30 kaki. Tangga ini amat sukar untuk dinaiki kerana ia sentiasa bergoyang...bila Den berjaya saja sampai ke tempat untuk melalui halangan pertama, tenaga Den masa tu dah tinggal setengah dah. Nafas pun masa tu macam nafas naga dah...penat sangat, maklumlah baru lepas lari 6k. Jarak antara menara 1 dan menara 2 adalah 30 meter, halangan pertama adalah "jambatan tali ". Den kena berpijak pada satu tali yang direntang dan berjalan dengan bantuan dua tali lagi yang direntang paras dada.Memang sukar untuk berjalan kerana tali-tali tersebut tidak lah setegang sebagaima tali "sarkas". Halangan menara 2 pula adalah satu beam konkrit yang berukut lebarnya 6 inci., genap-genap untuk tapak kaki Den berpijak.di atas halangan dan halangan ini agak bahaya juga, kerana ramai anggota AK yang telah terjatuh kebawah. Mana yang jatuh di dalam kolam yang berlumpur yang disediakan dibawah, biasanya bernasib baik, ada juga yang tak bernasib baik , jatuh dari arah 30 kaki tersebut dan terkenan tebing kolam dibawah....ada yang patah dan ada juga yang meninggal.....

Halangan menara 3 adalah halangan paling Den suka. Duduk dan bergensot (Kata org kampung  Den) diatas kayu balak sehingga ke menara 4. Halangan ini jarang berlaku sebarang kemalangan dan biasanya AK akan mengambil masa yang lama di halangan ini kerana nak berehat dan mengambil nafas. Halangan ke 4, adalah "double rope crossing". Anggota komando terpaksa meniarap di atas dua tali dan seterusnya bergerak seolah-olah merangkak sehingga ke menara ke 5. Halangan ini amat memenatkan dan biasanya anggota AK yang  terjatuh adalah disebabkan kepenatan yang melampau. Halanga di menara ke 5 adalah  "one rope crossing". Halangan ini adalah lebih sukar jika dibandingkan dengan halangan ke 4. Biasanya ramai akan terjatuh dihalangan ini, termasuk Den. Bila dah jatuh, kami akan dikehendaki membuat semula dan bermula di halangan pertama tadi. Tetapi yang klas nya, biasanya sebelum kami jatuh, kami akan memberi tabik hormat dulu dengan bergayut pada tali tersebut dan meminta kebenaran jurulatih untuk jatuh. Den memang minat part ini kerana sebelum Den jatuh Den kena minta kebenaran dengan menjerit seperti berikut : "Komando selamat pagi Staf, saya..1234455  pkt dan nama...minta kebenaran untuk jatuh stafff !" Bila jurulatih kata ok baru laa Den akan lepas tangan sementara satu tangan lagi akan berada di dalam keadaan tabik hormat ...tak ke haru dibuatnya.... nak jatuh pun kena minta kebenaran. sekiranya lepas halangan ke5, barulah sampi ke halangan yang terakhir dan merupakan latihan tarzan sebenarnya. 

Halangan ke 6 adalah bergayut dengan mengunakan tali dan kemudian bila sampai di penghujung, anggota akan melepaskan tangan dan cuba menangkap pada jaring yang dipasangkan di hadapan. Halangan ini amat berbahaya kerana masa  kursus Den aje tak kurang 9 orang yang cedera seperti patah tangan, kaki dan ada juga yang telah meninggal. Apa pun sebab nak jadi komando kami buat juga. 

Sepanjang peringkat kem, lebih kurang 5 minggu, kami terpaksa menjalani latihan 'tarzan course' sekurang-kurangnya sebanyak 10 kali. Kalau kena buat dengan hanya PT komando dan senjata, tak ada masalah, tapi bila kena buat dengan pack, (full FSMO -field service marching order) dan senjata....tuhan aje yang tahu azabnya. Keadaan akan menjadi lebih teruk bila latihan dibuat waktu malam dan semasa latihan tersebut, ada sound effect seperti bunyi tembakan senjata GPMG dengan menggunakan peluru hidup dan  thunder flash. (bom dummy-bunyi sama macam bunyi bom..kalau ada 'flare' (suar cahaya) yang  ditembak pada waktu malam akan menyukarkan lagi keadaan kerana, ia akan menggangu pandangan dan konsentrasi semasa melalui halangan tersebut.

Apa-apa pun itu adalah pengalaman Den semasa menjalani latihan "Tarzan Course" semasa kursus AK dulu. Pada hari ini bila Den tengok cerita "George the Jungle" menghayung tali sehingga melanggar pada pokok, Den akan senyum,senyum...tak perlu berkata apa-apa...kerana  apa yang digambarkan di dalam filem tu jauh tak sama dnegan apa yang sebenarnya Den dan rakan-rakan komando lain lalui...